Monday 31 August 2009

H1N1

Apa itu H1N1?

Ia adalah sejenia Viral Novel Influenza type A H1N1. Ianya berasal dari Virus Avian Flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti Babi @ Khinzir dan telah bergabung dengan Swine Flu (yang sepatutnya hanya menjangkiti ternakan babi sahaja) dan telah bertukar atau evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam ‘host’ yg lebih tinggi di dalam rantaian makanan @ manusia. Dan semasa di dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi ‘air born’ (terbang bebas di udara) dan menjangkit dari manusia kepada manusia.

Jangka hayat virus

Oleh kerana ia adalah viurs yang air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. Jika selepas tempoh tersebut ia tidak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.

Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan ventilasi udara atau ‘air ventilation’ yang baik, akan ‘bersih’ dari virus tersebut.

Apa yg perlu tahu ?

Sebenarnya telah terdapat outbrake di US, sebelum terjadinya outbrake di Mexico. Tetapi ianya tidak dilaporkan kepada WHO. Kemungkinan outbrake ini telah dikesan tetapi US mahu ‘baling batu sembunyi tangan’ lalu tercetus la outbrake di Mexico kemudiannya.

Virologi virus H1N1 incubation period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 - 4 hari, membolehkan ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit.

Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat, dan selewat2nya hari ke-4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yang normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk-batuk.

Cara seranganVirus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan. Virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS) pada peringkat awalnya, namun jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru-paru dan boleh menyebabkan kematian akibat ‘lung collapse’ membuatkan ia amat merbahaya kepada golongan yang berisiko tinggi.

Siapa yang berisiko

Orang yang ada masaalah ‘obesiti’ @ gemok
Perempuan yang mengandung
Orang yang ada lelah atau asma
Orang yang bermasalah dengan sistem imunisasi ( menjalani ‘operation yg besar’, kanak-kanak yang belum cukup suntikan imunisasi, golongan yang rendah tahap imuniti eg. HIV dan sebagainya)

* Kematian yang telah dilaporkan terdiri daripada golongan yang dinyatakan di atas
Simptom2

Hari 1 - Rasa kurang sihat, tak bermaya
Hari 2 - Selsema, batuk dan demam yang kekal ( demam tidak turun walaupun telah makan ubat demam)
Hari 3 - Rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
Hari 4 - Sakit dada yang teruk (sila jumpa doktor dengan segera)
Hari 5 dan seterusnya - Berlakunya komplikasi ‘lung collapse’ @ koma

Langkah2 kawalan
Golongan yang berisiko, elakkan daripada kesesakan ( kawasan yang padat dengan orang ramai)
Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dengan betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran
Elakkan diri jika terdapat ‘orang batuk, bersin dan kurang sihat’
Jika kurang sihat, elakan diri dari beraktiviti (sosial dan berkumpulan)
Jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. Jika terpaksa, pakai ‘mask’ (’mask’ yang mempunyai sekurang-kurangnya 3 lapisan)
Untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yang padat.
Jika ada tanda-tanda simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan
Jika sihat, jangan ke hospital atau klinik untuk ‘checkup’ kerana di kawasan tersebut mungkin ada banyak virus yang tersebar
Tak perlu ambil anti-viral @ apa-apa ubat Influenza! Jika sihat, tetapi ‘gatal’ juga nak makan anti-viral, akan mengakibatkan resistan kepada vaksin @ ubat-ubat untuk merawat jika terkena jangkitan nanti. Ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yang telah mengambil ubat-ubat tersebut terlebih awal.
Vaksin hanya akan ‘wujud’ seawal-awalnya pada oktober tetapi ianya hanya untuk pertubuhan dan badan-badan ‘frontliner’ atau yang berkenaan sahaja. Untuk awam akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada 2010.

Untuk makluman, ujian pemeriksaan Influenza hanya dijalankan di 2 makmal sahaja di malaysia. Pemeriksaan ini mengambil masa 6 jam untuk dijalankan kepada 1 batch sample. Jika ada mana-mana klinik menyatakan mereka boleh jalankan ujian, itu tidak betul. Tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.

Tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu untuk kita sama-sama menghadapi outbreak ini.

Sama2lah kita berdoa kepada ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu. Amin.

tips penjagaan muka

Tomato

1. Anda sediakan sebiji buah tomato yang telah masak.
Gambar buah tomato
2. Lenyek tomato tersebut sehingga halus.
3. Kemudian, sapukannya ke seluruh muka anda.
4. Biarkan ia kering lebih kurang dalam 20 ke 25 minit.
5. Akhir sekali, bilas muka anda dengan air bersih.

Amalkan petua ini sebanyak 2 atau 3 kali dalam seminggu. :)

Limau Nipis

1. Sediakan sebiji atau dua biji limau nipis.
2. Kemudian, perahkan limau nipis tu sebab anda perlukan airnya saja.
3. Campurkan air limau nipis tadi dengan sesudu minyak masak.
4. Kacau campuran di atas sehingga sebati.
5. Sapukanlah campuran tersebut pada muka anda sebelum nak tidur.
6. Pada keesokan paginya, anda rendamkan beberapa keping asam gelugor dalam bekas yang berisi air panas.7. Setelah direndam beberapa minit, biarkan air rendaman asam gelugor tu suam atau sejuk seketika.
8. Akhir sekali, gunakanlah air rendaman yang dah sejuk tadi untuk membasuh muka anda.

Petua ini boleh anda ulangi sebanyak 1 atau 2 kali seminggu.
Semoga petua di atas dapat membantu anda memiliki kulit muka yang halus, bersih dan licin tanpa perlu berbelanja besar.

Wednesday 19 August 2009

Tips membelai cinta kasih sayang...

Dalam perkahwinan, keintiman antara pasangan adalah perkara asas dalam membentuk keharmonian rumah tangga.

Keintiman akan hadir jika kita sama-sama saling mengambil berat dan bertolak ansur antara satu sama lain. Lantas, ia membina kekuatan dan keteguhan dalam sesebuah ikatan perkahwinan.

Selain itu, kepercayaan memainkan peranan penting dalam sesebuah ikatan perkahwinan. Isteri haruslah mempercayai tentang kebolehan dan usaha pasangan dalam melakukan sesuatu perkara serta jangan menolak pandangan pasangan jika ada rasionalnya.

Biarpun anda dan pasangan masing-masing sibuk dengan tugasan, namun cubalah mencuri masa untuk bersemuka. Setidak-tidaknya berilah masa selama 20 minit untuk bersembang dengannya. Cara ini membolehkan anda memahami perasaan dan hati budi masing-masing.

Di sini terdapat 15 tip mudah untuk menyatakan "Aku cinta padamu" untuk tujuan mengeratkan lagi hubungan suami isteri walaupun dalam keadaan yang sibuk.

http://www.commentsarchive.com/showing_some_love/showing_some_love_comment_graphic_11.gif

1. Belai pasangan anda dengan ciuman manja sebagai tanda penghargaan diri anda kepada dirinya, malah senyuman juga memain peranan penting dalam meneruskan perjalanan awal untuk mencipta hubungan antara pasangan. Biarkan mata anda berkelip-kelip manja sebagai tanda anda terlalu merindui dirinya.

2. Hangatkan hubungan cinta anda dengan si dia dengan memberi kejutan ciuman di lehernya semasa si dia membuat kerja-kerja di meja komputer ketika sedang berehat di rumah.

3. Sesekali ketika bersantai di rumah bersama si dia, apa salahnya, berikan urutan kepadanya, lagipun bukan untuk orang lain tetapi kepada insan yang kita disayangi. Berikan ciuman romantik atau tunjukkan mesej melalui isyarat badan terhadap si dia.

Pada ketika itu berbual bersama-sama. Biarpun masing-masing sibuk dengan tugasan, cubalah mencuri masa untuk bersemuka dengan berkongsi cerita bersama. Cara ini membolehkan anda memahami perasaan dan hati budi si dia .

4. Walaupun telah berkahwin dan memiliki anak, tidak salah untuk menyatakan ucapan cinta dan sesekali apa salahnya tinggalkan pesanan ringkas pada si dia, mungkin ia boleh mengimbau kembali zaman percintaan anda suatu ketika dulu.

5. Luahkan kata-kata cinta anda kepada si dia untuk menghangat keintiman hubungan anda.

6. Buktikan kasih sayang anda kepada si dia, tulislah surat dengan menyatakan anda berbangga dengan pencapaian dirinya. Ini kerana kebanyakan lelaki gemarkan pujian daripada seseorang lebih-lebih lagi daripada isterinya.

Atau anda boleh menulis kepadanya menyatakan sesuatu tentang kelebihan dirinya. Letakkan ayat-ayat 'cinta ' itu di dalam dompet tangan atau beg kerja untuk memberi kejutan pada dirinya.

7. Buktikan perasaan cinta anda pada si dia, berikan dia satu ciuman romantik diikuti dengan pelukan sebagai tanda penghargaan diri. Setiap pasangan sentiasa inginkan dirinya dibelai dan disayangi.

8. Usah malu dengan si dia, peluklah si dia dengan pelukan erat, luahkan kata-kata cinta kepadanya dan berikan ciuman romantik untuknya.

9. Kebanyakan lelaki gemarkan pujian daripada seseorang, lebih-lebih lagi daripada isterinya. Sambil itu si isteri bolehlah menepuk bahu si suami sebagai tanda memuji kehebatan dirinya.

10. Luahkan pada pasangan anda, bahawa anda bangga dengan kehebatan si dia, tunjukkan rasa hormat anda terhadap si dia agar ikatan percintaan menjadi lebih intim.

Sebagai contoh, anda mungkin berkata, ''Anda seorang yang hebat'' atau "Saya sungguh menghargai bagaimana susahnya kerja dalam memberi kesempurnaan kepada keluarga kita".

11. Apabila membeli barang, belikan sesuatu kepada si dia sebagai tanda anda mencintai dirinya.

12. Dapatkan persetujuan bersama ketika membuat keputusan bersama si dia. Kadang-kadang si dia akan berasa marah dan tidak suka sikap si isteri cuba menukar sesuatu jadual mahupun kehendaknya.

Ini boleh membangkitkan kemarahan si dia, dalam hal ini si isteri perlu bersabar dengan kemahuan si dia.

13. Isteri haruslah menunjukkan rasa hormat terhadap suami, jangan sesekali melakukan perkara-perkara negatif, ketika membeli-belah contohnya, cuba dapatkan pandangannya.

Contohnya ketika membeli kad ucapan untuk kad hari jadi, cubalah minta pandangan si dia untuk membuat pilihan. Hal ini akan membuatkan si dia merasakan dia mempunyai hak terhadap diri anda.

14. Ketika masa lapang, gunakan bahan-bahan terbuang untuk melukis bentuk dua keping hati disambungkan bersama dengan nama-nama anda pada hati itu dan menulis "aku cinta padamu" terhadap si dia.

15. Cuba hasilkan sajak-sajak cinta kepada si dia untuk menyatakan isi hati anda.


Wednesday 12 August 2009

mengurut akrabkan hubungan

Ramai tidak tahu bahawa urut-mengurut antara pasangan boleh memberi kesan terhadap hubungan mesra. Aktiviti urut bermula sejak zaman silam oleh banyak budaya. Malah urut telah menjadi satu seni dan industri pada dunia moden kini. Urut boleh memberi kelegaan pada tubuh badan dan juga memperkuatkan lagi rasa intim pasangan suami isteri.Setelah sibuk sehari dan selesai semua kerja rumah berilah masa untuk kegiatan urut bersama pasangan.

Urut itu sebenarnya adalah sentuhan dan belaian pada otot-otot atau mana-mana bahagian di tubuh badan kita. Seseorang itu akan menikmati rasa senang dan menyeronokkan tatkala badan kita diberi urutan, apatah lagi dengan urutan lembut.Ketegangan otot kembali lega dan dalam proses itu rasa erotik akan menyusuli. Jangan segan untuk memberi tahu bahagian mana yang perlu diurut, kadar tekanan yang diperlukan dan juga lamanya tempat itu diberi urutan.

Dalam keadaan normal, kedua-dua pasangan akan merasa saling seronok dan mempersiapkan diri untuk berintim.Urut-mengurut antara pasangan sebenarnya adalah satu teknik cumbuan juga. Ia bagaikan sebuah repertuar erotika itu tersendiri. Maka ambil kaedah ini untuk bermesra dengan pasangan anda. Jika seni mengurut ini dikuasai, kedua-dua pasangan akan mengalami kenikmatan yang luar biasa.

Bagaimanapun, aktiviti urut-mengurut harus dilakukan dalam kedaan yang tidak tergesa-gesa. Kita tidak perlu menjadi sehebat para ahli mengurut. Memadai saja dengan menyentuh dan belai dengan lembut kerana teknik yang paling sederhana dan kena dengan kehendak pasangan ini sudah boleh memberi satu sensasi erotik. Sekali anda menerapkan teknik sederhana ini, pengalaman yang luar biasa selanjutnya akan anda rasakan.

Jadi setelah melalui hari-hari panjang yang melelahkan, sakit kepala, bahu pegal dan tegang, otot-otot kaki mengencang keras, urut menjadi sebuah sarana yang luar biasa untuk menyelesaikan semua itu. Ada ketikanya kita tidak sempat menanggalkan pakaian untuk menikmatinya saat tangan pasangan kita memulai urut kepala, leher, dan belakang.Bagi pasangan suami isteri, sentuhan ini merupakan sarana untuk bisa bercengkerama dan menikmati kebersamaan. Pasangan akan menikmati getaran rasa, sensasi fisik erotik yang boleh dibagikan bersama.

5 keinginan suami di Ranjang...

1. Dambakan urutan, belaian dan sentuhan lembutSemua perkara ini cukup disenangi oleh suami. Sentuhan jari yang lembut pada tubuh suami mampu menyebabkan tindak balas yang hebat oleh suami. Sentuh lembut bahagian tubuh seperti dada, paha, telinga dan tengkuknya sewaktu anda bersamanya dan lihatlah reaksinya. Sentuhan paling cepat mendapat tindak balas sudah tentulah di bahagian bibir suami. Tautan dua bibir pastinya akan merangsang nafsunya, begitu juga dengan pelukan hangat daripada seorang isteri.

2. Ada responsMeskipun anda baru saja berumah tangga namun janganlah bersifat terlalu kaku ataupun pasif tatkala di ranjang bersama suami. Suami sebenarnya amat suka melihat reaksi isterinya ketika hubungan intim. Berikan tindak balas terhadap sentuhan suami contohnya saat suami memeluk tubuh anda janganlah anda keras dan kaku, balas pelukannya dengan sentuhan atau urutan lembut pada tubuhnya. Selain itu tiada salahnya anda mengeluarkan suara-suara desahan yang lembut. Sentuhan dan suara anda sebenarnya amat merangsang mood suami. Perlu diketahui oleh setiap isteri bahawa suami sebenarnya amat mengharapkan reaksi isteri bagi membolehkan mereka meneruskan aksi. Tapi pastikan reaksi yang dibuat adalah dengan rela hati dan bukan semata-mata untuk menjaga hatinya.

3. Gaya baruIsteri harus menyedari bahawa lelaki adalah manusia yang cepat berasa bosan. Oleh itu rangkalah strategi untuk menjadikan hubungan terutama yang berkaitan dengan seks sentiasa membuatkan dirinya teruja. Salah satu darinya adalah dengan mempelajari gaya baru dalam hubungan seks. Jangan terasa malu untuk memulakannya kerana suami sebenarnya cukup sukakan kelainan dalam hubungan intim. Gaya baru dalam hubungan seks pastinya akan membuatkan suami tidak sabar menunggu untuk bersama dengan isteri. Selain itu ajak suami untuk meneroka sesuatu yang baru ketika bersama dengannya.

4. Isteri yang seksiLelaki memang suka melihat wanita seksi, tanya lah mana-mana lelaki. Jadi ambillah peluang ini. Sebelum memulakan langkah ke ranjang kenakan pakaian yang seksi dan menggoda. Pakailah seseksi mana pun yang anda mahu kerana penontonnya adalah suami anda sendiri. Melengkapkan lagi keinginan suami, pamerkan aksi manja dan yang menggoda di hadapannya. Namun pastikan aksi tersebut tidak nampak seperti dibuat-buat, lakukan dengan bersahaja. Tidak sampai lima minit suami mungkin sudah merentap tangan anda masuk ke bilik.

5. Kepuasan isteriRamai wanita yang menyangka lelaki hanya mementingkan diri sendiri dalam hubungan seks. Bagi mereka suami akan puas setelah mereka mengalami ejakulasi tanpa mengira kepuasan isteri. Namun sebenarnya walaupun suami sudah mencapai ejakulasi namun ia belum tentu memuaskan hatinya. Seorang suami sebolehbolehnya mahu isterinya merasai kepuasan yang sama. Itulah kepuasan seks yang sebenar bagi lelaki sejati. Oleh itu sebaiknya seorang isteri tidak berpura-pura mencapai kepuasan seks ketika bersama suami. Lakonan ini bermakna anda telah membohongi suami anda sendiri.Berbincanglah dengan suami sekiranya anda tidak mencapai nikmat dalam hubungan seks kerana membiarkan ia berlarutan mungkin membahayakan keadaan rumah tangga anda dalam jangka masa panjang.