Showing posts with label rumah tangga. Show all posts
Showing posts with label rumah tangga. Show all posts

Tuesday, 2 November 2010

resipi perkahwinan bahagia



Cadangan ini memang ringkas dan boleh dibuat seberapa segera oleh mana-mana pasangan suami isteri.

1. Jika anda mahukan perkahwinan yang telah dibina bertahun-tahun kekal segar-bugar seperti hari pertama berkahwin, anda perlulah berusaha untuknya. Caranya ialah dengan meletakkan perkahwinan itu pada tempat utama. Berikan perhatian padanya dan selalu memperuntukkan masa untuk setiap perkara yang berkaitan rumah tangga. Tidak kiralah apa yang anda selalu katakan tentang rumah tangga anda yang penting sekali ialah bagaimana cara anda menanganinya.

Tip: Buat penilaian sejauh mana anda telah memberi komitmen terhadap perkahwinan anda. Adakah anda telah meluangkan masa dan tenaga yang sepatutnya demi keharmonian rumah tangga anda?

2. Fokuskan tentang perkara yang disukai tentang pasangan anda dan abaikan apa jua perkara yang tidak berkenan tentang dia. Jika berjaya melakukan ini maka anda telah mengelakkan banyak perkara negatif yang mungkin berlaku seperti adanya hubungan sulit, perselisihan faham antara suami isteri dan yang paling penting dapat mengelakkan penceraian. Jadi fokuskan yang positif dan buang tanggapan negatif jauh-jauh.

Tip: Jangan asyik mengkritik dan mencari kelemahan pasangan. Walaupun perkara tersebut terdetik jangan biarkan ia bersarang di hati. Bila anda mula memikirkan perkara baik tentang pasangan, ia sekali gus merangsang rumah tangga menjadi lebih bahagia.

3. Sifat baik hati amat penting dalam sesebuah rumah tangga. Maka, jadilah seorang yang baik. Menerusi kajian yang dilakukan kebanyakan suami atau isteri akan lebih melayan orang luar berbanding layanan terhadap ahli keluarga sendiri. Jika anda diberi pilihan untuk menjadi ‘yang benar’ atau ‘yang baik’ maka pilihlah untuk menjadi yang baik. Itu memang satu nasihat yang bagus.

Tip: Dalam minggu ini cuba buat sesuatu yang menggembirakan hati pasangan anda. Buat kejutan seperti belikan hadiah atau menyediakan makan malam istimewa. Pastikan hati anda ikhlas ketika melakukannya dan jangan pula harapkan balasan.

4. Bila pasangan membantu anda dalam sesuatu perkara walaupun nilainya tidak seberapa, berilah dia penghargaan. Cukup sekadar mengucapkan terima kasih atas bantuan tersebut yang telah meringankan beban anda. Jadikan sikap itu satu amalan dan jika ia sudah sebati dengan diri anda pasti rumah tangga akan dipenuhi keceriaan dan kegembiraan.

Tip: Lihat balik betapa pasangan anda itu bermakna dalam hidup anda. Cuba renung sesekali ke dalam mata mereka dan senyum. Anda boleh bermula dengan ayat-ayat penghargaan yang amat ringkas seperti ’saya suka senyuman awak’ atau ‘terima kasih atas hidangan makan malam yang lazat malam tadi.’

Friday, 22 October 2010

Bila si "DIA"... (wanita perlu tahu)


1. Bila si dia sibuk....... .Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2. Bila si dia ego.......Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. Bila si dia romantik.... .....Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran....... ..Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.MySpace

5. Bila si dia penat.......Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri..... .... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong. .....Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya.. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba...... ... Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang......Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul......Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.

Wednesday, 20 October 2010

9 perkara tak boleh bincang dengan lelaki


Tidak semua pkara ttg diri kita or apa yg kita lakukan, perlu kita bincangkan dgn teman lelaki kerana setiap dr kita punyai rahsia & rsnye tk elok kita luahkan segalanye kepada teman lelaki. Mana tahu ia akan merosakan hubungan anda. Dibwh ni ada 9 pkara yg tk boleh anda bincang dgn lelaki....so ambil langkah bjaga, ok.

1. Jangan ceritakan ada seorang lelaki yang diam-diam meminati anda, apalagi jika lelaki tersebut adalah teman lama anda atau dia.

2. Membenci ibunya? Cukup dengan menyimpan perasaan itu dlm hati saja. Meskipun si dia yg membuka cerita soal keburukan sang ibu. Jangan cuba-cuba menambah atau mengiyakannya. Bertindak tenang dan tutup mulut. Kalaupun hendak memberi komen, utarakan hal-hal yang positif dan neuteral sahaja.

3. Jangan menceritakan hal kecurangan yang pernah anda lakukan dibelakang dia. Hal ini akan meruntuhkan kepercayaan dia pada diri anda. Juga jangan sesekali memanjangkan cerita kecurangan dia terhadap anda. Tidak mustahil dia akan mengulanginya.

4. Seiring dengan bertambahnya usia, ‘keperkasaan’ si dia tentu akan mengalami penurunan. Jangan cuba-cuba membandingkan hal itu dengan masa lalu.

5. Jangan juga menceritakan bahawa sahabat anda mencurangi suaminya. Dia akan berfikir bahawa anda juga akan bertindak demikian. Dia mungkin akan meragui kesetiaan anda ataupun dia akan mengongkong diri anda atas sebab keselamatan hubungan dia dengan anda.

6. Jangan membuatnya patah semangat terhadap pekerjaan. Jika suatu hari dia mengeluh tentang bosnya yang bermasalah, berdirilah dipihaknya. Sokonglah dia dan bantunya mencari penyelesaian. Jangan terlalu mencampuri permasalahan tersebut. Cukup sekadar mendengar dan memberi pendapat. Dikhuatiri akan memudaratkan sekiranya anda cuba untuk masuk campur secara keterlaluan.

7. Bercerai adalah perkataan yang paling harus dihindari, walaupun anda benar-benar bertengkar hebat. Jika anda benar-benar tidak mahu berpisah darinya, buang kata-kata itu jauh-jauh.

8. Jika anda mempunyai pendapatan yang lebih besar darinya, jangan pernah menyinggung hal tersebut, apatah lagi menjadikan ia sebagai punca masalah.

9. Ghairah hidup anda tiba-tiba meningkat kerana bertemu dengan seorang teman lama atau seorang teman yang membuka hati anda. Jangan sesekali menceritakan hal ini pada pasangan anda. Biarkan hal itu berlalu dan anda nikmati sendiri tanpa melampaui batasan tatasusila. Yang penting, anda tidak akan merosakkan hubungan dengan pasangan hanya dengan keseronokan sementara.

Monday, 18 October 2010

25 actions to say "I Love U"


1. Place notes in your lover’s lunch telling him how much you love him.

2. Page you sweetheart with an I Love You page.

3. Give her a soft kiss.

4. Make everyday things special.

5. Give your love a little note or sending him an e-mail with a poem in
it.

6. Listen to her every word.

7. Making a list of everything you love about them. No matter how
stupid.

8. Spend quality time with the one you love.

9. Have flowers delivered with a note attached saying simply, “I love
you.”

10. Give unexpected hugs and kisses in unexpected places.

11. Cook them their favorite meal.

12. Hold each other when you fall asleep.

13. Just be together.

14. Give your love a long hard kiss on the lips, followed by a gift.

15. Sending romantic postcards on a daily basis.

16. Get off work early and surprise your sweetheart with a dozen roses
and dinner, just because.

17. Spend all week thinking of something special for the weekend and
then… do it!

18. Give him a loving smile from across the room.

19. Draw or obtain a new romantic picture of two lovers in each others
grasp and give it to your love as a reminder of your passion.

20. If you live quite a distance from your love, surprise them with a
visit.

21. When she is asleep in the morning, cover her with rose petals and
wake her up to an I love you breakfast in bed.

22. Secretly write S-H-M-I-L-Y anywhere your lover will find it. SHMILY=
See How Much I Love You.

23. Have a romantic weekend.

24. For a week, smothering your spouse with all the small intimate
things they like.

25. Do a simple act of kindness, such as a backrub when he feels sick,
to brighten his day.

Friday, 15 October 2010

Bertengkar yang selamat


Elak bercakap panjang

Dalam menjalinkan perhubungan yang matang, kamu mesti menghormati pasangan dan diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila kamu mula bertanya dengan panjang lebar kepada seseorang tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan kurang selesa di dalam dirinya. Fokus kamu mesti kepada bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.

Tiada dendam dalam percintaan

Selalunya, bila hati seseorang itu benar-benar disakiti dan dihancuri, dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula. Alasannya, biar pasangannya berasa bersalah dan turut berasa apa yang dia rasakan selama ini.

Jangan sesekali bersikap membalas dendam kerana ia membuktikan kamu benar-benar seorang yang kurang profesional dalam hal percintaan.

Jangan mencari kelemahan pasangan

Sekiranya tercetus pertengkaran tanpa dipinta, kamu dinasihati agar jangan sesekali mencari kelemahan yang ada pada diri pasangan. Tidak elok sekiranya kamu menjadikan pertengkaran itu berakhir dengan kemenangan yang berpihak kepada kamu. Cuba selesaikan masalah secara profesional dengan alasan dan bukti yang kukuh.

Jangan melibatkan hal lain

Jangan sesekali melibatkan hal atau topik lain mencampuri pertelingkahan kamu berdua. Ia bertujuan mengelakkan masalah ini berlanjutan. Bangkitkan suasana komunikasi yang aman dengan penggunaan nada suara yang rendah.

Jangan bertindak secara fizikal

“Kamu memang bodoh”, “tak guna”, “menyesal bercinta dengan kamu”, atau “perangai kamu tak ubah seperti ahli keluarga kamu”. Kata-kata ini tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya mendatangkan risiko lebih besar.

Dalam bercinta, kamu dinasihati agar jangan sesekali mengeluarkan kata-kata kesat yang berunsur maki hamun, menyakitkan hati pasangan atau bertindak ganas.

Sebaliknya, guna perkataan yang lembut seperti, “tak sangka kamu sanggup buat macam ini” atau “hancurnya hati mengenangkan perbuatan kamu”.

Usah menjauhkan diri

Insan mana yang tidak tersentuh apabila hatinya diguris dengan rasa tidak bersalah. Sekiranya kamu berhadapan dengan perbalahan sehingga menyebabkan kamu terpaksa membawa diri, jangan sesekali membuat keputusan terburu-buru untuk menjauhkan diri daripada pasangan. Tindakan ini tidak dapat menyelesaikan masalah kamu berdua.

Saturday, 10 October 2009

kasih sayang pada wanita



Dr. John Gray, seorang pakar perhubungan rumahtangga di Amerika mengesyorkan beberapa jenis perkara-perkara kecil yang boleh membuat wanita berasa dirinya dikasihi, di antaranya:

1. Sekali-sekala belikan isteri saudara itu buah tangan, walaupun saudara tidak pergi ke mana-mana. Ramai lelaki membeli buah tangan untuk isteri apabila mereka pergi jauh dan lama pula. Buah tangan seperti itu tidak berapa memuaskan hati isteri kerana ia boleh diramalkan. Pemberian yang amat memuaskan hati isteri ialah pemberian yang dia langsung tidak sangka akan menerimanya pada hari itu.

2. Sekali-sekali pujilah pakaian yang dipakai oleh isteri. Lelaki lazimnya suka memuji pakaian wanita sewaktu mereka masih belum berkahwin. Semakin lama mereka berkahwin semakin jarang mereka memuji pakaian isteri. Pujian jenis ini amat menyukakan hati mana-mana wanita.

3. Ambil tahu apa makanan yang isteri saudara sukai. Lazimnya, isteri-isteri amat mengambil berat makanan yang digemari oleh suami, tetapi tidak sebaliknya. Isteri saya sangat suka buah salak, dan setiap kali saya nampak buah salak, saya belikan untuknya. Saya sendiri tidak suka buah itu. Hingga hari ini, buah hodoh itu belum pernah gagal membuat isteri saya seronok menerimanya.

4. Pandanglah muka isteri saudara apabila bercakap-cakap dengannya. Tingkah-laku ini menjadi ciri tingkah-laku pasangan yang sedang berkasih-kasihan, tetapi semakin lama selepas berkahwin, kita cenderung semakin kurang melakukan perbuatan ini. Wanita berasa romantis apabila orang yang dikasihinya bercakap dengan memandang matanya.

5. Dengarlah isteri saudara bercakap sampai dia puas bercakap dan berhenti sendiri. Perbuatan ini amat memenuhi keperluan psikologi wanita. Tetapi, kebanyakan lelaki tidak berapa sabar hendak mendengar isteri mereka bercakap panjang-panjang mencurahkan apa yang ada dalam dada mereka.

6. Apabila nampak isteri saudara sedang risau, bermasalah ataupun bersedih, ajaklah dia bercakap-cakap mengenai perasaannya itu. Tetapi jangan pula saudara beri dia nasihat supaya jangan risau ataupun bersedih. Dan jangan cepat-cepat beritahu dia cara bagaimana masalahnya itu patut diselesaikan. Kesilapan begini sering dilakukan oleh lelaki.

7. Apabila saudara nampak dia penat, tolong dia sedikit sebanyak. Inilah antara perkara kecil tetapi yang amat menyukakan hati wanita.

8. Jangan lupa telefon isteri saudara awal-awal apabila saudara mungkin balik lambat balik.

Perbuatan-perbuatan di atas adalah cara-cara yang mudah dan murah untuk saudara menyatakan kasih sayang saudara kepada isteri. Dengan melakukan perkara-perkara di atas isteri saudara akan selalu berasa puas hati dengan layanan saudara mahupun dengan perhubungan antara saudara berdua. Baginya, apa yang saudara buat itu sebenarnya memberitahu kepadanya bahawa saudara menyayanginya, bahawa saudara tahu apa yang menjadi kesukaannya, dan saudara suka menolongnya.

Apabila saudara membuat sesuatu untuk isteri saudara dengan tidak payah diminta, dia berasa dirinya sangat saudara kasihi.Apabila saudara menolong dia mencuci pinggan, isteri saudara berasa saudara seorang yang sangat bertimbang rasa kepadanya. Dengan cara begini, saudara boleh membuat dia berasa romantik. Apabila saudara tahu mood isteri saudara baik, saudara sendiri berasa yakin bahawa saudara seorang lelaki yang pandai melayan isteri. Hasilnya, saudara berasa bahagia.

Apabila seseorang suami duduk menghadap tv dan melihat sahaja isterinya mengemas meja makan dan membasuh pinggan mangkuk dan periuk belanga, barangkali si suami itu berasa relaks dan berterima kasih kerana isterinya tidak menyusahkan dia. Tetapi, perbuatan si suami itu tidak membuat hati isterinya berasa romantik. Wajah si isteri yang begitu tidak memarakkan emosi romantik di hati si suami.

Emosi romantik wanita menggebu-gebu apabila sahaja dia tahu bahawa dirinya sungguh istimewa. Perasaan itu menyuburkan nafsu ghairahnya. Tidak ada yang lebih menyuburkan ghairah wanita melainkan tingkah-laku suaminya yang memberitahu bahawa hanya dirinya seorang sahaja yang diingini oleh suaminya.

Saturday, 26 September 2009

Kesilapan pasangan baru berkahwin

Berikut beberapa kesilapan yang kerap dilakukan oleh pasangan baru berkahwin.

Kesilapan 1: Tidak menguruskan hutang

Memang bunyinya tidak romantik, tetapi hakikat ini tidak boleh ditolak. Banyak perkara membabitkan kewangan perlu ditangani pada tahun pertama perkahwinan terutama jika berhajat untuk membeli rumah dalam tempoh beberapa tahun lagi. Wang antara yang kerap menjadi punca pergaduhan dalam rumahtangga (sehingga membawa perceraian). Jadi mengurus kewangan dengan cara bijak adalah antara perkara utama.

Apa yang perlu dilakukan: Berterus-terang antara satu sama lain mengenai hutang-hutang peribadi yang ada, kerana baik atau buruk anda sudah berkahwin. Langkah bijak jika anda mula membentuk pelan kewangan keluarga untuk masa depan

Kesilapan 2: Menyingkirkan kawan

Kawan adalah asas kepada kejayaan kepada sebuah perkahwinan, jadi anda masih memerlukan mereka.

Apa yang perlu dilakukan: Jelaskan pada kawan-kawan anda bahawa mereka juga penting dalam hidup anda. Undang mereka ke rumah atau sesekali keluar bersama mereka (tanpa pasangan anda) dan jadikan ia satu kelaziman walaupun jadual harian anda ketat.

Kesilapan 3: Tiada kepuasan seks

Seks juga amat penting dalam mewujudkan sebuah perkahwinan yang bahagia. Bagaimanapun melalui kajian lebih 60% pasangan yang baru kahwin sudah menghadapi masalah ini.

Apa yang perlu dilakukan: Berusaha mencetuskan keghairahan walaupun ada berasa tidak berminat. Jadikan seks satu kelaziman dan lebih kerap melakukannya anda mungkin akan lebih menyukainya.

Berbincang tentang perkara ini dengan pasangan anda. Hadapi isu ini sekarang dan berasa selesa bercakap mengenainya dengan suami atau isteri. Jangan memandang remeh tentang soal keintiman.

Kesilapan 4: Tidak lagi menjaga soal penampilan diri kerana sudah selesa

Ini termasuk membiarkan berat badan terus meningkat. Pasangan baru kahwin cenderung untuk naik berat badan bermula dari tempoh bulan madu lagi dan tidak berusaha untuk memberi perhatian terhadapnya. Bagi mereka, mengapa perlu risau kerana sudah menemui pasangan hidup.

Apa perlu dilakukan : Buat rancangan bersama-sama pasangan anda untuk kembali cergas. Saling memberi motivasi, memuji dan bukan mengkritik


Kesilapan 5: Bergaduh secara tidak adil

Apabila sudah berkahwin tidak bermakna anda boleh bertindak melulu. Perselisihan faham mudah berlaku, tetapi tidak harus menyimpan dendam. Percaya atau tidak bahawa peraturan untuk 'bergaduh' dengan adil memang ada.

Apa yang perlu dibuat : Jika berasa marah, lebih elok keluar rumah seketika untuk meredakan perasaan. Dalam keadaan marah, seseorang mungkin tidak boleh berfikir dengan betul dan cenderung mengeluarkan kata-kata atau melakukan perubatan yang akan dikesali kemudian hari. Ambil langkah berbaik-baik.


Kesilapan 6: Menjadi terlalu obses dengan langkah seterusnya - anak

Pasangan baru kahwin boleh menjadi terlalu obses tentang soal anak sehingga mereka terlupa untuk menikmati apa yang mereka ada sekarang.

Apa yang perlu dilakukan: Fokus terhadap hubungan yang sedia ada. Nikmati kebahagiaan yang sedia ada bersama-sama. Nikmati saat-saat indah sebelum anda perlu bangun 4 pagi untuk menyusukan anak.

Buat perancangan supaya anda lebih bersedia terutama dari segi masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata. Ini dapat mengelak anda daripada terlalu obses

Saturday, 5 September 2009

Tips menyemarakkan cinta

Dlm hubungan suami isteri ataupun saat bcinta, kita harus sentiasa myemarakkan cinta d hati masing2. Agar ia terus mekar & wangi selamanya. Jom ikuti tips myemarakkan cinta d bwh ini:

1. Tunjukan minat kalian terhadap perkara-perkara yang dilakukannya tanda sokongan (walaupun kamu sendiri berasa bosan dengan apa yang dilakukannya).

2. Jangan saling berbohong ataupun menyimpan rahsia yang berkaitan dengan si dia. Kejujuran penting dalam sesebuah perhubungan.

3. Lakukan perkara yang berbeza setiap kali keluar bersama bagi membangkitkan kelainan dalam perhubungan, apapun perlulah sehati sejiwa.

4. Hindari dari melontarkan kata-kata yang menyakitkan hati si dia .

5. Ingatkan kelebihan si dia yang membuatkan kamu jatuh cinta terhadapnya.

6. Luangkan banyak masa untuk bersama si dia agar rasa cinta ini lebih dihargai.

7. Jangan memperbesarkan masalah ataupun memanjangkan pertengkaran kerana ia boleh menggugat perhubungan.

8. Jangan cuba untuk mengongkong atau pun menyimpan perasaan cemburu yang membukit kerana ia akan membuatkan hati si dia sakit.

9. Jangan berpura-pura tidak mempercayainya atau pun menguji setebal mana cinta si dia terhadap kamu.

10. Jangan membanding si dia dengan jejaka/gadis lain terutamanya bekas kekasih kamu.

Wednesday, 19 August 2009

Tips membelai cinta kasih sayang...

Dalam perkahwinan, keintiman antara pasangan adalah perkara asas dalam membentuk keharmonian rumah tangga.

Keintiman akan hadir jika kita sama-sama saling mengambil berat dan bertolak ansur antara satu sama lain. Lantas, ia membina kekuatan dan keteguhan dalam sesebuah ikatan perkahwinan.

Selain itu, kepercayaan memainkan peranan penting dalam sesebuah ikatan perkahwinan. Isteri haruslah mempercayai tentang kebolehan dan usaha pasangan dalam melakukan sesuatu perkara serta jangan menolak pandangan pasangan jika ada rasionalnya.

Biarpun anda dan pasangan masing-masing sibuk dengan tugasan, namun cubalah mencuri masa untuk bersemuka. Setidak-tidaknya berilah masa selama 20 minit untuk bersembang dengannya. Cara ini membolehkan anda memahami perasaan dan hati budi masing-masing.

Di sini terdapat 15 tip mudah untuk menyatakan "Aku cinta padamu" untuk tujuan mengeratkan lagi hubungan suami isteri walaupun dalam keadaan yang sibuk.

http://www.commentsarchive.com/showing_some_love/showing_some_love_comment_graphic_11.gif

1. Belai pasangan anda dengan ciuman manja sebagai tanda penghargaan diri anda kepada dirinya, malah senyuman juga memain peranan penting dalam meneruskan perjalanan awal untuk mencipta hubungan antara pasangan. Biarkan mata anda berkelip-kelip manja sebagai tanda anda terlalu merindui dirinya.

2. Hangatkan hubungan cinta anda dengan si dia dengan memberi kejutan ciuman di lehernya semasa si dia membuat kerja-kerja di meja komputer ketika sedang berehat di rumah.

3. Sesekali ketika bersantai di rumah bersama si dia, apa salahnya, berikan urutan kepadanya, lagipun bukan untuk orang lain tetapi kepada insan yang kita disayangi. Berikan ciuman romantik atau tunjukkan mesej melalui isyarat badan terhadap si dia.

Pada ketika itu berbual bersama-sama. Biarpun masing-masing sibuk dengan tugasan, cubalah mencuri masa untuk bersemuka dengan berkongsi cerita bersama. Cara ini membolehkan anda memahami perasaan dan hati budi si dia .

4. Walaupun telah berkahwin dan memiliki anak, tidak salah untuk menyatakan ucapan cinta dan sesekali apa salahnya tinggalkan pesanan ringkas pada si dia, mungkin ia boleh mengimbau kembali zaman percintaan anda suatu ketika dulu.

5. Luahkan kata-kata cinta anda kepada si dia untuk menghangat keintiman hubungan anda.

6. Buktikan kasih sayang anda kepada si dia, tulislah surat dengan menyatakan anda berbangga dengan pencapaian dirinya. Ini kerana kebanyakan lelaki gemarkan pujian daripada seseorang lebih-lebih lagi daripada isterinya.

Atau anda boleh menulis kepadanya menyatakan sesuatu tentang kelebihan dirinya. Letakkan ayat-ayat 'cinta ' itu di dalam dompet tangan atau beg kerja untuk memberi kejutan pada dirinya.

7. Buktikan perasaan cinta anda pada si dia, berikan dia satu ciuman romantik diikuti dengan pelukan sebagai tanda penghargaan diri. Setiap pasangan sentiasa inginkan dirinya dibelai dan disayangi.

8. Usah malu dengan si dia, peluklah si dia dengan pelukan erat, luahkan kata-kata cinta kepadanya dan berikan ciuman romantik untuknya.

9. Kebanyakan lelaki gemarkan pujian daripada seseorang, lebih-lebih lagi daripada isterinya. Sambil itu si isteri bolehlah menepuk bahu si suami sebagai tanda memuji kehebatan dirinya.

10. Luahkan pada pasangan anda, bahawa anda bangga dengan kehebatan si dia, tunjukkan rasa hormat anda terhadap si dia agar ikatan percintaan menjadi lebih intim.

Sebagai contoh, anda mungkin berkata, ''Anda seorang yang hebat'' atau "Saya sungguh menghargai bagaimana susahnya kerja dalam memberi kesempurnaan kepada keluarga kita".

11. Apabila membeli barang, belikan sesuatu kepada si dia sebagai tanda anda mencintai dirinya.

12. Dapatkan persetujuan bersama ketika membuat keputusan bersama si dia. Kadang-kadang si dia akan berasa marah dan tidak suka sikap si isteri cuba menukar sesuatu jadual mahupun kehendaknya.

Ini boleh membangkitkan kemarahan si dia, dalam hal ini si isteri perlu bersabar dengan kemahuan si dia.

13. Isteri haruslah menunjukkan rasa hormat terhadap suami, jangan sesekali melakukan perkara-perkara negatif, ketika membeli-belah contohnya, cuba dapatkan pandangannya.

Contohnya ketika membeli kad ucapan untuk kad hari jadi, cubalah minta pandangan si dia untuk membuat pilihan. Hal ini akan membuatkan si dia merasakan dia mempunyai hak terhadap diri anda.

14. Ketika masa lapang, gunakan bahan-bahan terbuang untuk melukis bentuk dua keping hati disambungkan bersama dengan nama-nama anda pada hati itu dan menulis "aku cinta padamu" terhadap si dia.

15. Cuba hasilkan sajak-sajak cinta kepada si dia untuk menyatakan isi hati anda.


Wednesday, 27 May 2009

Menghidupkan hubungan pudar

Berikut beberapa panduan yang mungkin boleh diambil perhatian bagi mengembalikan semula kemesraan dan keintiman dalam rumah tangga yang semakin pudar.

1. Memaafkan pasangan walaupun anda mungkin tidak boleh melupakan apa yang dia lakukan.

Kadang kala kegembiraan lebih penting daripada mencari kebenaran. Ia akan menjadi lebih mudah selagi ikatan perkahwinan itu masih dirasai dan dihormati. Begitupun anda masih perlu berwaspada untuk mengelak perkara sama berulang lagi pada masa depan.

2. Meminta maaf (sekerap yang boleh) dan dilakukan dengan ikhlas. Ingat jika pasangan anda marah atau terluka dengan perbuatan tertentu anda, perbuatan sama juga boleh melukakan hati anda jika dia yang melakukannya.

3. Cuba selami dan merasai 'kesakitan' yang dialami pasangan. Sekurang-kurangnya sehari sekali anda cuba berfikir sejenak bagaimana agaknya perasaan pasangan anda jika anda melakukan sesuatu yang tidak disukainya.

4. Membina hubungan. Perkara-perkara kecil seperti minum teh bersama, menyuruh menukar cadar, bertanya apa hidangan makan malam dan sebagainya, sebenarnya membantu menghidupkan lagi sesuatu hubungan.

5. Bersangka baik terhadap pasangan. Sebagai contoh jika dia mengeluh anggaplah dia penat, bukan bosan manakala jenakanya yang tidak lucu adalah usahanya untuk berlawak bukan untuk merendahkan anda. Cara ini bukan saja dapat menghindari konflik tetapi menjadikan hubungan lebih menarik.

6. Curahkan pujian-pujian. Ini boleh membawa aura positif dalam hubungan anda dan boleh menjadi 'magis' yang diperlukan untuk menghidupkan lagi hubungan.

7. Bangkitkan perasaan positif dengan mengingat perkara-perkara yang baik pada masa lalu. Selak semula gambar-gambar lama semasa bercuti dan berbuallah mengenai bagaimana anda berdua bertemu.

8. Bina semula kepercayaan dalam hubungan. Antaranya, bersama-sama melakukan perkara-perkara yang anda berdua suka. Rancang percutian atau berkebun atau mengecat semula bilik bersama-sama.

9. Buka ruang untuk berbincang. Apabila suasana rumah tangga semakin baik dan tidak tegang, cuba berbincang mengenai apa yang anda mahu lihat dalam perhubungan anda dan apa yang masing-masing boleh memainkan peranan.

Cara paling baik mengambil angkah demi langkah untuk membaiki hubungan dalam hidup anda.


Free Signature Generator

Monday, 25 May 2009

Elak suami / isteri curang

Meskipun tidak mahu perkara ini berlaku namun hal yg sebaliknya boleh berlaku sekiranya suami isteri lemah dalam menghadapi godaan. Lebih memburukkan lagi jika pasangan iaitu isteri sendiri memberikan peluang atau memberikan suatu persekitaran utk menyebabkan berlakunya kecurangan. Jafi bagaimana hendak mengelakkan suami anda berlaku curang, berikut adalah tips yg mesti diketahui oleh setiap isteri mahupun suami.

1) Selalu berpenampilan Menarik

Setelah menjalani alam rumahtangga bertahun-tahun, penampilan diri selalunye diabaikan. Keinginan utk menarik perhatian pasangan pun semakin pupus. Namun begitu bila berada diluar seperti ditempat kerja, penampialn kita selalunay berbeza.

Kita cukup mengambil berat soal penampilan bila berhadapan dgn org lain terutamanya jika ada yg memuji. Puji-pujjian ini ini merupakan salah satu punca yg memungkinkan berlakunay kecurangan.

2) Kehidupan Seks Yang Sihat

Memenuhi keperluan seks pasangan sgt penting utk menjaga perkahwinan tetap utuh. Banyak kes penceraian atau perkahwinan runtuh akibat masalah seks suami isteri. Jika anda menghadapi masalah yg berkaitan dgnnya, berusahalah utk mengatasinya secepat yg mungkin.

3) Persamaan

Menikahlah dgn lelaki atau pasangan yg anda rasa sama dengan anda. Sama dalam erti, sama menariknya, berpendidikan setara dan memiliki pendapatn yg hampir sama. Percaya atau tidak, persamaan yg banyak antara suami isteri dapat mengecilkan kecenderungan utk berlakunya kecurangan.

4) Waspada

Jika anda mengesan pasangan anda berlaku curang, jgn ragu utk menyiasatnya. Kecurangan akan berlangsung lebih lama jika pasangan anda berasa senang dan jauh dari jangkauan anda. Jgn biarkan perkara ini berlaku dalam perkahwinan anda.

5) Waktu Hanya Berdua

Ada pasangan menganggap perkara ini sebagai perkara remeh temeh. Waktu romantis hanya utk anda berdua sekurang-kurangnya seminggu sekali cukup penting utk membuatkan hubungan suami isteri bertambah erat.

6) Mencari Kaunselor

Jangan ragu utk mendapat khidmat dpd kaunselor ataupun org tgh sekiranya merasakan hubungan anda menghadapi masalah atau ada masalah yg sukar utk diatasi. Kebun bunga tidak akan nampak segar dan indah tanpa disiram dan dipupuk.
Begitu pula dgn perkahwinan. Jika bukan anda berdua yg bersikap proaktif dlm menjaga keutuhan rumahtangga, siapa lagi yg anda harapkan?

7) Menghargai Pasangan

Hargailah pasangan, kerana penghargaan akan dibalas dgn kesetiaan. Ucaplah terimakasih setiap kali pasangan membantu anda. Sekali sekala berilah hadiah buat suami ataupun isteri sebagai tanda anda menghargai apa yg dilakukan.

8) Bersahabat Dengan Teman-Teman Pasangan

Sekiranya pasangan curang, anda lebih cepat mengetahuinya dan tindakan segera boleh cepat diambil sebelum segala-galanya terlambat. Jadikan teman-teman pasangan anda sebagai teman anda sendiri.


Free Signature Generator

Sunday, 24 May 2009

Petua dalam perkahwinan

Dalam kehidupan hari ini yang sentiasa sibuk mengejar masa, budaya memesan piza atau memesan makanan melalui kaunter pandu lalu di restoran makan segera semakin menjadi kebiasaan berbanding menikmati makanan malam dengan cara lebih sempurna di meja makan

Kita cenderung mengorbankan sesuatu yang lebih bermanfaat hanya kerana untuk kesenangan yang sedikit. Lebih malang lagi apabila gaya makan makanan segera ini turut 'diadaptasi' dalam perkahwinan.

Sebagaimana sistem imun badan akan menurun apabila kita terlalu bergantung kepada makanan rapu (junk food), begitu juga perkahwinan akan menjadi hambar apabila mengambil mudah dalam hal-hal berkaitan keintiman.

Budaya makan ini mungkin menjadi analogi paling tepat untuk menggambarkan sebuah perhubungan dalam perkahwinan. Jika tubuh manusia memerlukan diet makanan berkhasiat, begitu juga perkahwinan yang memerlukan 'makanan berkhasiat' dalam meningkatkan kehangatan perkahwinan. Berikut tiga 'makanan berkhasiat' tersebut:

http://images.teamsugar.com/files/users/0/3362/28_2007/73091678.jpg

Rancang

Sebagaimana pentingnya untuk merancang dalam menyediakan makanan begitu juga pentingnya merancang dalam perkahwinan.

Jangan biarkan rumah tangga atau perkahwinan berlalu begitu saja. Rancang masa untuk anda suami isteri dapat berdua-duaan.

Keluar 'berdating' seminggu sekali mungkin satu idea yang bagus. Memanglah tidak praktikal untuk keluar bersama sepanjang hari, jadi cari jalan untuk mungkin makan tengah hari bersama atau berjalan-jalan berdua selepas malam.

Letakkan peraturan untuk tidak bercakap mengenai kerja atau hal anak-anak ketika 'berdating', sebaliknya tumpukan pada hal-hal lebih peribadi dan impian anda berdua.

Berusaha mencari masa untuk anda berdua dan nikmati sepenuhnya masa yang cukup berharga itu. Ketika anak-anak sudah masuk tidur, tidak ada salahnya duduk bermanja-manja bersama suami atau isteri sambil menonton televisyen.

Memuji

Biasanya apabila anda selesai menikmati makanan yang enak di sebuah restoran anda akan memberi pujian kepada chef yang bertanggungjawab. Bagaimanapun, kita sering terlupa untuk memberi pujian kepada isteri yang membasuh baju kita atau suami yang membereskan segala bil-bil rumah.

Kadang kala apabila usia perkahwinan sudah menjangkau belasan atau puluhan tahun, hubungan akan menempuh rintangan-rintangan emosi yang mungkin memerlukan anda untuk berhenti melihat sejenak apa yang berlaku dan mulalah belajar menghargai satu sama lain.

Jangan biarkan cinta dan kasih sayang terhakis oleh kritikan-kritikan yang menyentuh emosi. Sebaliknya, bina semangat masing-masing dengan saling memuji.

Sebagai contoh, apabila suami menyenangi dan mengagumi isterinya yang bijak dan cantik akan membuatkan isteri berusaha untuk membuatkan suami gembira dengan menjadi lebih bijak dan lebih cantik.

Berdoa

Sebagaimana kita menjadikan membaca doa sebagai amalan harian sebelum makan begitu juga dalam perkahwinan. Sebuah perkahwinan yang disirami dengan keimanan adalah petunjuk kepada satu hubungan yang sihat secara keseluruhannya.

Bersolat dan berdoa bersama mampu mengeratkan lagi keintiman pasangan suami isteri dan untuk lebih berkesan ia haruslah dilakukan dari hati yang tulus ikhlas. Berdoa dapat menyuburkan lagi perkahwinan dan hubungan kita dengan Tuhan.


Free Signature Generator

Friday, 1 May 2009

Hidup bermadu

Barangkali hanya yang sedang atau pernah melalui kehidupan bermadu dapat merasai pahit manisnya berkongsi kasih daripada seorang lelaki bergelar suami.

Pernahkah terfikir untuk menamatkan sebuah hubungan dengan seseorang yang anda kenali dan sayangi itu yang nyata milik wanita lain?

Melihat sisi yang pelbagai terutama menelusuri kisah rumah tangga pasangan lain yang pernah hidup bermadu sentiasa bergolak hingga berakhir dengan kehancuran, pasti menggugat impian anda untuk memanjangkan hubungan.

Namun, suratan takdir menyatakan memang dia adalah jodoh anda, lalu anda reda atas segalanya.

Diserang atau dicop dengan pelbagai tuduhan seperti perampas, pemusnah rumah tangga insan lain dan pelbagai kejian atau kata kesat mungkin juga membuatkan anda gentar untuk melayari bahtera berdua walau hakikatnya anda terpaksa berbahagi atau berkongsi kasih.

Jika itu keputusan dan jalan yang anda pilih, beberapa petua berikut mungkin mampu dimanfaatkan untuk menjadi insan yang tabah dalam memadu kasih.

Tidak dinafikan, menjadi isteri kedua sering dipandang serong dalam masyarakat lalu anda harus bersedia secara mental dan fizikal dalam menempuh fasa yang mungkin melukakan perasaan anda. Apa yang penting (bukan menggalakkan), cinta sejati tidak mudah goyah hanya kerana hinaan atau kejian orang.

# Jangan peduli apa orang kata, peduli hanya apa yang keluarga dan suami anda kata kerana hanya mereka yang berjasa dan berkepentingan dalam hidup anda.

Masyarakat hanya tahu mengutuk, tetapi tidak tahu memberi jalan penyelesaian. Tidak berdosa hidup bermadu, tidak hina menjadi isteri kedua, ketiga atau keempat, dengan syarat suami anda mestilah seorang suami bukannya seorang ‘lelaki’.

http://images.inmagine.com/img/eyecandy/ec006/ec006051.jpg

# Sentiasa merendah diri dan hormati isteri pertama, biar dia marah atau mengata apa saja asalkan anda sentiasa mengalah.

Kuatkan hati dengan matlamat bahawa perkahwinan anda adalah mencari keredaan Allah melalui kebaikan suami. Jika niat jelas dan ikhlas, lama-kelamaan isteri pertama akan lembut hatinya bahkan dia boleh menjadi kawan baik.

Pasti anda akan tenang apabila madu menghubungi dan bertanyakan khabar anda di kala suami bersamanya. Lakukan perkara serupa kepadanya apabila suami bersama anda pula.



# Senangkan hati suami, dia akan menyenangkan hati anda. Bukankah semua isteri mahu disayangi suaminya?

Oleh itu, anda perlu sentiasa memainkan peranan aktif supaya hati suami selalu senang dan tenang kerana apabila hati suami senang, madu anda juga senang hatinya. Secara langsung, kebaikan itu datang kepada anda juga, hati akan terus diselubungi kebahagiaan tanpa sedikit pun rasa iri bermukim di hati.

# Jangan tamak masa dan harta, terimalah seadanya daripada suami. Ini kerana segelintir isteri yang bermadu mengimpikan masa yang panjang untuknya sedangkan dia kena ingat dia ‘datang’ kemudian.

# Sewajarnya isteri kedua mampu berdikari supaya masa santai itu dipenuhi sebaik-baiknya. Jadi, akan kurang masa untuk memikirkan yang bukan-bukan dan jangan benarkan syaitan menguasai diri.

Mana ada perempuan yang tidak cemburu? Sedikit sebanyak ada rasa cemburu di hati kerana kita hanya manusia biasa, tetapi biarlah berpada-pada dan tunjukkan juga rasa sedikit cemburu itu kepada suami supaya dia tahu yang anda sayang kepadanya.

# Ambil hati mentua sewajarnya supaya dia juga kasihkan anda dan anak seperti dia kasihkan keluarga suami anda yang satu lagi.

# Tiada siapa yang menang atau kalah dalam perhubungan seperti ini, yang penting adalah ketenangan dalam perhubungan itu.

# Sokongan keluarga sendiri sangat penting untuk wanita seperti anda, jadi anda tidak akan rasa kekurangan apabila suami tiada bersama.

# Fikirkan konsep poligami itu adalah berkongsi bukannya merampas.


Free Signature Generator

Elakkan bertengkar

Elak bercakap panjang

Dalam menjalinkan perhubungan yang matang, kamu mesti menghormati pasangan dan diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila kamu mula bertanya dengan panjang lebar kepada seseorang tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan kurang selesa di dalam dirinya. Fokus kamu mesti kepada bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjR_NF0Ntyu3cM7EJKD15AmAUFJTRoe5ge0Jenjx_zdDBGP1UH2ufMHsF6RrxrEntacsBZYAEIfK7wGe-Q7FOJElQ70gBPGHEBNO7po1rUSQwwg8E1i-invQ5DXnvrgErxc8t1BvZm5ZmE/s400/Lawak+Rumah+Tangga.jpg

Tiada dendam dalam percintaan

Selalunya, bila hati seseorang itu benar-benar disakiti dan dihancuri, dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula. Alasannya, biar pasangannya berasa bersalah dan turut berasa apa yang dia rasakan selama ini.

Jangan sesekali bersikap membalas dendam kerana ia membuktikan kamu benar-benar seorang yang kurang profesional dalam hal percintaan.

Jangan mencari kelemahan pasangan

Sekiranya tercetus pertengkaran tanpa dipinta, kamu dinasihati agar jangan sesekali mencari kelemahan yang ada pada diri pasangan. Tidak elok sekiranya kamu menjadikan pertengkaran itu berakhir dengan kemenangan yang berpihak kepada kamu. Cuba selesaikan masalah secara profesional dengan alasan dan bukti yang kukuh.

Jangan melibatkan hal lain

Jangan sesekali melibatkan hal atau topik lain mencampuri pertelingkahan kamu berdua. Ia bertujuan mengelakkan masalah ini berlanjutan. Bangkitkan suasana komunikasi yang aman dengan penggunaan nada suara yang rendah.

Jangan bertindak secara fizikal

"Kamu memang bodoh", "tak guna", "menyesal bercinta dengan kamu", atau "perangai kamu tak ubah seperti ahli keluarga kamu". Kata-kata ini tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya mendatangkan risiko lebih besar.

Dalam bercinta, kamu dinasihati agar jangan sesekali mengeluarkan kata-kata kesat yang berunsur maki hamun, menyakitkan hati pasangan atau bertindak ganas.

Sebaliknya, guna perkataan yang lembut seperti, "tak sangka kamu sanggup buat macam ini" atau "hancurnya hati mengenangkan perbuatan kamu".

Usah menjauhkan diri

Insan mana yang tidak tersentuh apabila hatinya diguris dengan rasa tidak bersalah. Sekiranya kamu berhadapan dengan perbalahan sehingga menyebabkan kamu terpaksa membawa diri, jangan sesekali membuat keputusan terburu-buru untuk menjauhkan diri daripada pasangan. Tindakan ini tidak dapat menyelesaikan masalah kamu berdua.

Free Signature Generator

Thursday, 23 April 2009

Persediaan sebelum kahwin

1 Persediaan Minda dan Kerohanian.
Pasangan yang ingin berkahwin perlu bersedia secara minda melalui dan juga memikul tanggungjawab sebagai suami/isteri.Setiap pasangan juga perlu bersifat matang. Dan juga hendaklah mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam menguruskan hal ehwal rumahtangga. Soal hukum-hakam dan ilmu agama amatlah penting,begitu juga dengan kemahiran berkomunikasi,menguruskan sumber (masa,wang dan tenaga) dan kemahiran mengatasi tekanan.

http://koleksifoto.com/blog/blog-images/love-heart.jpg

2 Persediaan Fizikal
Bakal pasangan perlu bebas daripada sebarang penyakit berjangkit.
Kesihatan yang baik akan membolehkan pasangan hidup bahagia dan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna.Dan juga bakal pasangan hendaklah memiliki kemampuan seksual.Ia amat penting dalam menjamin kebahagiaan sesebuah rumahtangga.Ia juga merupakan faktor utama
bagi membolehkan pasangan mendapatkan zuriat.Kematangan fizikal pula penting terutama bakal isteri yang inginkan anak sebaik sahaja berkahwin.Bagi seorang wanita,mengandung pada umur kurang 18 tahun adalah tidak digalakkan,kerana pada umur tersebut tubuh badan wanita itu sedang membesar dan belum bersedia untuk mengalami perubahan-perubahan fizikal dan fisiologikal semasa mengandung.Umur yang ideal bagi wanita untuk menjadi seorang ibu ialah antara 20-30 tahun.

3. Persedian Ekonomi
Tugas dan tanggungjawab utama suami ialah memberi nafkah kepada isteri mengikut kadar kemampuannya.Sebarang sumbangan daripada isteri berhubung dengan perbelanjaan rumahtangga adalah merupakan sedekah daripada isteri.

4. Persediaan Sosial
Perkahwinan membawa kepada perubahan peranan ke atas kedua-dua
pihak.Contohnya mereka yang berumahtangga kini mempunyai jaringan hubungan sosial dengan mertua dan saudara mara pasangan.Oleh itu bakal pasangan perlu memastikan diri masing-masing untuk menerima
segala nasihat dan tunjuk ajar daripada mentua masing-masing.


Free Signature Generator

Sunday, 19 April 2009

Lelaki lebih berahsia

Jangan melihat lelaki anda terlalu idealistik, mereka adalah makhluk yang praktikal.

Jangan melihat lelaki anda secara yang terlalu idealistik, mereka adalah makhluk yang praktikal.

Wanita dan lelaki memiliki sifat-sifat asas yang berbeza. Biarpun lelaki menyatakan yang mereka mudah, hakikatnya kebanyakan wanita sukar memahaminya.

Berbeza dengan sifat wanita yang mudah menyatakan sesuatu yang dirasai atau apa disukai, sifat lelaki semakin sukar difahami jika orang yang paling hampir dengannya tidak cuba memahami biologi dan sikap sebenar mereka.

Bagi memahami golongan Adam ini dengan lebih mendalam, cuba baca petua berikut untuk lebih memahami dan mengenali mereka.

# Sifat lelaki lebih mudah

Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan oleh wanita.

Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham tetapi mereka lebih suka jika ia dijelaskan dengan bahasa yang mudah serta berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

# Bahasa lelaki adalah berlainan

Lelaki bercakap dengan bahasa berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Daripada kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkannya.

Ini bukan bererti dia berbohong namun lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki daripada apa yang dilakukannya berbanding daripada apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

# Lelaki suka membisu

Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikannya serta membisu.

# Lelaki tidak kompleks

Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan melakukan jimak secara kerap dengannya, wanita harus percaya itulah yang lelaki mahukan.

Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.

# Lelaki berahsia dengan lelaki lain

Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah bercakap dengan wanita lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia serta peribadi, sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.

# Lelaki pentingkan kejujuran

Jika lelaki tahu isterinya suka bercerita pada wanita lain mengenai dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal rahsia kepada isterinya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Dia mahukan isterinya menyimpan rahsia rumah tangga.

# Lelaki tidak suka dikritik

Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan.

Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau kawannya, mungkin dapat mengelakkan konfrontasi serta-merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara itu disampaikan kepadanya.

Cara yang baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan mereka jarang melakukannya.

Apabila lelaki mahu mengkritik, mereka memilih masa dan keadaan dengan teliti. Ketika menegur, perbincangan itu ringkas, tidak beremosi dan tepat. Untuk wanita mengkritik lelaki, elok jika kritikan itu digabungkan dengan sedikit pujian.

# Lelaki juga mahukan sokongan

Ketika berdepan masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan, sokongan serta kata-kata “Saya cintakan abang…” dan “Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang … .”

# Sahabat yang paling baik

Jadilah sahabat yang paling baik kepada suami dan dia akan menjadi sahabat yang paling baik kepada anda.

# Lelaki mesra tanpa emosi

Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi serta mengasihi sebagai balasan. Kemesraan emosi dan bersatunya jiwa bukan hanya jasad tetapi cara lahirnya kasih sayang. Ia bukan satu proses saja tetapi membabitkan hal yang tidak terungkai dan agak magis.

Setiap manusia bergantung kepada kemesraan emosi untuk seimbang dan gembira, paling kurang ia diperlukan untuk meneruskan kehidupan. Lelaki berbeza daripada wanita dari segi kebolehan lelaki untuk bermesra secara seksual tanpa kemesraan emosi.

Jalinan atau hubungan antara dua perkara ini iaitu kemesraan seks (cinta berahi) dan kemesraan emosi (cinta kasih) tidak penting pada ramai lelaki.

Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah kepada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding wanita.

Lelaki lazimnya lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi wujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri.

Ia mungkin dianggap penting sebagai hubungan intim tetapi tanpa kemesraan emosi, seks boleh dilakukan oleh lelaki sehingga boleh menyebabkan punca konflik semula jadi antara lelaki dan wanita.

Free Signature Generator

Monday, 13 April 2009

Petua Mengasihi suami

1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja.

2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.

3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasaalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.

4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.

6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.

7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.

8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.

9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya. Jangan sekali mengatakan, busuk pengotor,selekeh atau kata2 yg tidak sepatutnya dilemparkan, kerana hati suami akan tersentuh apabila isteri berkata2 demikian.

10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya kekasihku".

11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.

12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain, terutama sekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka suami anda. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.

13. Sekiranya suami anda berhajat untuk "bersama" anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.

14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima'. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima'. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.

15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.

16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat. Ingat wahai isteri jgn biarkan suami anda kesakitan sendiri, sesungguhnya dalam keadaannya sakit dan anda pula tidak sikit pun menghiraukannya, hati lelaki mudah berkata' inginkanseseorang yang dapat membantu', jangan la hanya ingin senang bersama, bila susah tidak hiraukan. Pemikiran lelaki tak dapat di baca apabila umurnya 40 an.

17.Selalu la memasak untuk suami terutama bagi wanita yg berkerjaya. Elakkan suami anda dari selalu makan di luar, kerana air tangan seorang isteri juga dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga.

Free Signature Generator

Thursday, 9 April 2009

Kunci kebahagiaan

Tidak semua pasangan mampu mencipta kebahagiaan untuk tempoh yang lama.Ada yang hanya mampu mengekalkan hubungan untuk jangka masa singkat. Tidak kurang yang merana gara-gara tidak mampu menyelamatkan keadaan.Petua berikut barangkali boleh dijadikan panduan untuk mengekalkan hubungan supaya bertahan lama.

Mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Bagi anda, apa yang dibicarakan tidak perlu disangsi kerana ia ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan. Tapi berhati-hati kerana mungkin dengan cara ini si dia boleh 'menjerat' anda.

Mengawal pasangan. Contohnya, si dia datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat anda. Ini bermakna, anda boleh 'mengawal' dirinya daripada me lakukan perkara yang anda tidak gemari.

Apapun, ia tidak bererti anda boleh mengongkongnya tetapi jika si dia menuruti kehendak anda, ini bermakna si dia mempercayai anda dan tidak ragu-ragu dengan cara anda.

Komitmen bukan sekadar menepati janji tetapi juga menghargai perjanjian yang dipersetujui bersama. Jika anda ataupun si dia berani memberikan komitmen dan ber sungguh-sungguh dalam perhubungan, tentu saja perhu bungan ceria serta bahagia.Sikap saling mempercayai yang wujud dalam diri masing-masing akan mewarnai lagi perhubungan anda berdua. Malah, ia akan membuatkan si dia lebih yakin dengan kejujuran anda padanya. Justeru, tiada alasan untuk si dia berlaku curang.

Kejujuran memang perlu untuk menjamin perhubungan yang bahagia. Anda tidak patut menyembunyikan perkara yang sepatutnya diketahui pasangan.Jika anda dan si dia jujur, ini membuatkan anda berdua tidak takut berbahas kerana berpendapat ia untuk kebaikan ber sama.Walaupun ada kalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing-masing ingin mengutarakan pendapat sendiri, akhirnya anda dan pasangan akan mengambil keputusan untuk memilih pendapat yang terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.

Terima seadanya. Kunci keintiman dalam suatu per hubungan adalah menerima seadanya baik buruk pasangan.Apabila hati sudah sayang, tentu saja anda sanggup me nerimanya walaupun menyedari tentu ada perkara negatif mengenainya.

Pengertian. Sebahagian besar individu menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar pendapat sebelah pihak malah harus bijak mengutarakan pendapat sendiri.Anda juga tentunya berharap si dia mengerti pandangan anda terhadap pelbagai perkara. Jika tidak, mungkin perhubungan hanya mendatar saja.Bukan itu saja, kemarahan juga boleh timbul disebabkan tidak memahami perasaan dan menganggap diri tidak di hargai.

Simpati adalah usaha untuk memberikan pengertian yang lebih mendalam tetapi tidak mudah untuk melakukannya.Tetapi, apabila berjaya menimbulkan simpati, kebanyakan pasangan mampu mengatasi perkara yang boleh menim bulkan pertengkaran dan perselisihan pendapat.

Rasa yakin membolehkan anda memberi pandangan bersama si dia sama ada dalam hal remeh-temeh hinggalah ke perkara yang serius.Anda akan berasa si dia bukan saja mendengar malah akan menyimpan rahsia anda.

Anda dan si dia memang tidak dapat lari daripada perbezaan pendapat. Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui dirinya berbeza pendapat dengan pasangan lazimnya seorang yang tidak berani menghadapi kenyataan.Tidak mungkin anda dan pasangan sentiasa sependapat sebaliknya, harus berkompromi untuk menunjukkan ke dewasaan masing-masing.

Cinta sejati akan diwarnai oleh pengertian dan rasa untuk dimaafkan kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran perhubungan.Walaupun pernah dilukai, perasaan dendam ataupun mem balas balik perbuatan mungkin tidak akan terlintas di fikiran. Berdendam bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah ia akan memburukkan lagi keadaan.

Ketulusan dan kejujuran memainkan peranan penting dalam perhubungan, bukan saja dari segi perbuatan malah pertuturan.Apa yang ingin disampaikan haruslah dengan niat sejujur mungkin dan bukanlah hanya untuk melindungi kesilapan.

Wednesday, 8 April 2009

cinta di kamar



Hubungan intim tidak akan berlaku dengan sendirinya dan ia harus dicipta oleh pasangan.
PENCAHAYAAN berupaya menyeimbangi suasana romantik bagi kedua-dua pasangan.


"PENAT dan tidak bertenaga, apalagi setelah seharian bekerja." Itulah antara kata-kata yang sering menjadi alasan bagi pasangan suami isteri dalam menjalin hubungan intim. Padahal kemesraan perkahwinan perlu dipelihara.


Tatkala melihat si suami terbaring di atas sofa, tidakkah tercalit secebis keghairahan untuk berkasih-kasihan dengannya?


Ternyata, menerusi tinjauan yang dilakukan oleh laman web mydeco.com, sebanyak dua perlima responden yang terdiri di kalangan wanita memilih untuk membaca buku, satu lima daripadanya lebih gemar menonton televisyen, manakala lapan peratus memilih untuk berdua-duan dengan pasangan sebelum tidur.


Menurut seorang ahli psikologi tingkah laku Britain, Dr. Linda Papadopulus, masalah itu timbul disebabkan pasangan gagal mencipta suasana yang boleh membangkitkan keinginan seksual mereka.


Seharusnya mereka mengenakan pakaian yang seksi sewaktu di kamar tidur dan mengaturkan langkah baru mengenai cara membuat hubungan intim pada malam hari.
"Menerusi kajian yang dijalankan, kami mendapati kebanyakan pasangan lebih mementingkan hal berkaitan soal kerjaya dan anak-anak.


"Faktor ini menyebabkan mereka berasa terlalu tertekan akibat bebanan yang harus dipikul. Kami tidak lagi mendapati seks menjadi perkara penting dalam acara dinihari," katanya.
Padahal, kata Papadopulus, hubungan intim tidak akan berlaku dengan sendirinya dan ia harus dicipta pasangan.
"Masalahnya, tidak ramai isteri yang berusaha atau memikirkan sesuatu untuk mengubah konsep pada ruang kamar mereka," katanya.


Tambah beliau, warna-warna yang berhubung dengan aspek keghairahan adalah menjadi pilihan yang tepat. "Sebut saja warna merah yang seksi seperti sehelai kain cadar sutera, tilam dan langsir, pastinya akan mencipta atmosfera seksualiti yang lebih ideal," jelasnya.


Mengubah ruang tidur kamu semata-mata kerana ingin mengembalikan nafsu cinta berdua sudah menghuraikan satu pesanan yang jelas kepada pasangan bahawa kamu sedang berada dalam suasana keintiman.


Tip daripada Papadopulus:


1. Bangkitkan suasana pencahayaan bercinta di kamar beradu. Kamu tidak perlu membuat perubahan besar terhadap konsep dan susun letak perabot, cukup sekadar meredupkan cahaya lampu.


2. Ketahui perkara yang telah dicapai. Tanya sejauh mana perasaan, kepuasan hati dan kekhuatiran sepanjang mendirikan rumah tangga. Berbual pada waktu petang adalah masa paling sesuai untuk kamu berdua mencipta komunikasi lebih berkesan.


3. Sentiasa mengemas bilik tidur kamu bukan semata-mata untuk hubungan intim dan waktu tidur. Jadi, singkirkan perkara yang boleh menjauhkan kamu daripada melakukan hubungan seks. Contohnya, hal berkaitan pekerjaan, komputer dan rancangan televisyen.


4. Beristirehat sejenak dan tumpukan perhatian kepada diri sendiri dengan melakukan sesuatu yang kamu nikmati. Contohnya, menyegarkan tubuh atau menyapu lulur di badan. Cara sebegini dapat membangkitkan keghairahan ketika bersama pasangan.


5. Jangan membuatkan si suami berasa tidak selesa dengan dekorasi yang ditampilkan di ruang tidur. Tiada siapa pun yang inginkan dirinya berada di bawah pengawasan foto-foto yang dihiasi di segenap dinding kamar.


6. Hindari daripada menikmati hidangan sehingga membuatkan perut berasa kenyang sebelum tidur. Situasi sebegitu sememangnya tidak akan membuatkan kamu mencipta ketenangan.


7. Menikmati makan malam bersama sambil mendengar lagu santai atau menatap foto-foto lama anda berdua sebelum menuju ruang tidur untuk bermesra.

Sunday, 5 April 2009

Menawan hati suami

Kebahagiaan berumahtangga merupakan impian dan harapan semua pasangan suami isteri. Bukan sahaja kebahagiaan duniawi yang dicari bahkan juga kebahagiaan akhirat sebagaimana keinginan untuk menjadikan rumahku adalah syurgaku. Bagaimanapun, ianya sekadar panduan untuk dikongsi bersama terutama bagi bakal-bakal isteri...

1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.

2. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. ( jika suami dalam mood yang sesuai) Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.

3. Luangkan masa yang betul-betul "berkualiti" sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.

4. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.

5. Masak resepi ibu mertua ( kegemaran suami )sekali-sekala. Beri pujian terhadap penampilan suami.(rambut, wajah, pakaian kacak, kesederhanaan dan seumpamanya).

6. Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati. Minta bantuan suami hanya jika sesuai. sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.

7. Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. (Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )

8. Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. ( sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian).

9. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.

10. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. ( jika boleh )

11. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas.

12. Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.

13. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.

14. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.

15. Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam (walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.

16. Bila meminta bantuan suami : terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan menyuruh-nyuruh dan gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.

17. Pesan kepada suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.

18. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama. Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.

19. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual. Bila keluar berkereta: Jangan ganggu suami yang sedang memandu ( walau pun ada jalan yg lebih dekat atau kita sendiri boleh memandu dgn baik.).

20. Jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan selagi tidak dipinta berbuat demikian. Jangan berleter bila suami tersalah jalan semasa memandu. Bersangka baik apabila tersesat jalan.

21. Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama suami. Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendak suami diketika itu.Segala bantahan boleh dilakukan semasa berdua-duaan. Bila berpegangan tangan, peganglah sebagaimana yg disukai suami. Buatlah air minuman untuk suami tanpa diminta dan tanpa bertanya "Abang nak minum air apa?" atau " Abang nak minum ke?" Bila makan diluar, berilah peluang pada suami untuk memilih tempat / meja mana yang disukai.

22. Tanyakan pada suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai ketika disisinya.

23. Sentiasa bersegera apabila bersiap dan jangan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai.

24. Sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak. (jika sesuai) Belikan hadiah-hadiah praktikal dari semasa-kesemasa: - tali pinggang, kasut,cermin mata hitam dan seumpamanya.

25. Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa. Pergi " dating" atau " berbulan madu" sekali sekala. Jika suami melakukan kesalahan / kesilapan, jangan sesekali menempelak atau "pulangkan paku buah keras ".

26. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa. Urut mengurut suami dari semasa ke semasa

27. Layanlah suami sepertimana kita melayannya semasa baru-baru kenal.