Wednesday 24 June 2009

cinta ibarat air

Cinta ibarat air.Anda sangat memerlukannya di dalam hidup namun jika ia ibarat air di lautan, ia akan menjadi ombak yang akan membuatkan hidup anda terumbang-ambing.

Jika ia ibarat air di kutub, maka ia akan menjadi ketulan ais yang membekukan kita.

Jika ia ibarat air sungai yang mengalir tenang maka ia akan berterusan menghanyutkannya ke muara.

Sekiranya ia ibarat air terjun, lalu terhempaslah anda berulang-ulang ke bawah.

Kalau ia ibarat air tasik yang tenang membiru, anda dalam diam akan menyimpan berjuta keladak di dasarnya.

Lalu jenis air mana yang anda inginkan?

Carilah mata air yang suci lagi murni walaupun keluar sedikit demi sedikit, tetapi akan melimpahi perigi dan menghilangkan kehausan kita dengan sekali teguk saja.

Biarlah anda menjadi cinta terakhir kepada seseorang kerana mungkin sudah terlambat untuk menjadi cinta pertamanya, tetapi anda tidak akan pernah terlambat untuk menjadi cinta terakhirnya.

Free Signature Generator

Sauna sendiri di rumah

Mandi sauna atau bersauna sememangnya baik untuk kesihatan mental dan fizikal anda. Cuba anda bayangkan ..., dengan hanya bersauna selama 15 minit, ia mampu membakar sebanyak 400 hingga 600 kalori. Bukan itu saja, ia turut membantu menyegarkan badan, melegakan stress, mencantikkan kulit, melancarkan peredaran darah, menyingkirkan toksin serta mencairkan lemak dalam badan anda.

Namun begitu, kos untuk mandi sauna ni agak tinggi bagi sesetengah individu. Lebih-lebih lagi kalau anda melakukannya di pusat-pusat kecantikan. Kalau nak beli set sauna di rumah tu pun harganya hampir mencecah RM500. Malah ada yang lebih mahal dari itu.

Sehubungan itu, jika anda ingin bersauna di rumah dengan kos yang lebih murah daripada itu, cubalah alternatif di bawah ini;

1. Sediakan bahan-bahan asas iaitu 10 batang serai wangi, 10 helai daun kunyit dan juga segenggam bunga melati.

2. Rebus kesemua bahan di atas (serai wangi, daun kunyit dan bunga melati) dalam periuk.

3. Selepas mendidih, anda tuangkannya ke dalam baldi.

4. Kemudian, selubungkan badan anda dengan kain selimut yang tebal bersama-sama dengan baldi berisi air rebusan tu tadi. Biarkan diri anda dalam keadaan ini selama 15 ke 20 minit.
Kalau anda tak tahan, mula-mula buat dalam 10 minit saja pun dah cukup. Bila dah biasa nanti, buatlah dalam 15 minit yer.

5. Dengan cara ini, wap dari air rebusan tersebut akan membuatkan badan anda berpeluh seperti bersauna dengan cara biasa.

Setelah selesai sessi ini, badan anda akan terasa ringan dan bertambah segar.

Free Signature Generator

Monday 15 June 2009

Rahsia di sebalik kata2 wanita

1. Kalau perempuan tanya:
Lawa ke budak pompuan tu?

Makna tersembunyi:
Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

2. Kalau perempuan tanya:
You dah makan ke belum?

Makna tersembunyi:
Jom pi makan. Lapar ni!

3. Kalau perempuan kata:
Lawa-lawa la baju kat sini, yek.

Makna tersembunyi:
Belikanlah untuk I.

4. Kalau perempuan kata:
Rasa macam nak pening la.

Makna tersembunyi:
Tolong picit kepala.

5. Kalau perempuan kata:
Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi…

Makna tersembunyi:
Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

Apa awak nak sebenarnya?

Apa awak nak sebenarnya?

6. Kalau perempuan kata:
Kita lebih sesuai berkawan saja.

Makna tersembunyi:
I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

7. Kalau perempuan kata:
I suka berkawan dengan you. You baik,memahami bla bla bla…

Makna tersembunyi:
Hish… I rasa macam minat sesangat kat you. Rasa macam nak jadi awek you je.

8. Kalau perempuan tanya:
You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?

Makna tersembunyi:
Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

9. Kalau perempuan kata:
I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.

Makna tersembunyi:
Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

10. Kalau perempuan kata:
I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil. Ape yg ‘dia’ dapat i pun dapat..

Makna tersembunyi:
Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

Free Signature Generator

personaliti berdasarkan gaya cuti

jawab soalan ini dulu. Sekiranya anda diberi pilihan, ke manakah anda akan bercuti?
  1. PULAU (Contoh, Pulau Perhentian ker…)
  2. BANDAR-BANDAR BESAR (Contoh, TOKYO, LONDON ker…)
  3. TAMAN TEMA (Contoh, Genting Park ker, Disneyland ker…)
  4. BANDAR / KOTA BERSEJARAH (Contoh, Melaka ker, ISTANBUL ker…)
  5. GUNUNG-GANANG (Contoh, Gunung Tahan ker, Kinabalu ker…)

  • PULAU

Keindahannya dan kedamaian pulau pasti menjadi pilihan individu yang gemarkan ketenangan. Walaupun terpaksa memperuntukan sejumlah wang yang agak banyak yang agak banyak untuk merealisasikan percutian ini, itu tidak menjadi halangan! Apa yang pasti, kenikmatan dan ketenangan akan diperolehi kelak!

Personaliti
Bijak mengawal emosi, itulah gambaran tepat mengenai personaliti individu yang gemarkan percutian ke destinasi-destinasi sebegini. Selain itu, individu yang tergolong dalam kategori ini juga memiliki jiwa yang agak sensitif, justeru tidak hairanlah sekiranya orangnya agak sensitif perasa dan mudah tersinggung.

Percintaan
Perwatakan yang lembut dan ramah sering membuatkan individu di sekeliling mudah jatuh hati dengan individu ini. Tidak hairanlah sekiranya mereka mempunyai ramai peminat. Walau bagaimanapun individu yang memiliki ciri-ciri sebegini sememangnya bijak memilih pasangan hidup dan sentiasa berhati-hati dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya sudah terikat dengan cinta, kejujuran dan keikhlasan individu ini tidak perlu diragui lagi oleh pasangannya.

  • BANDAR-BANDAR BESAR

Lain orang lain persepsinya. Percutian di bandar-bandar besar mungkin digemari oleh segelintir individu. Ada yang berpendapat percutian di bandar-bandar besar ini mampu memberikan satu kepuasan yang agak eksklusif. Sudah tentu di bandar-bandar besar sebegini memiliki serba-serbi kemudahan yang memuaskan dan sekaligus memudahkan perjalanan percutian individu itu.

Personaliti
Individu yang gemarkan percutian di bandar-bandar besar ini dikatakan memilliki sifat yakin diri sendiri dan mereka tergolong dalam kategori individu yang optimis. Kadangkala agak keras kepala dan ada kalanya sukar menerima pandangan dan pendapat orang lain. Selain itu soal kewangan juga harus dipandang serius kerana mereka terlalu mudah mengeluarkan wang untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah, pendek kata orangnya agak boros!.

Percintaan
Cinta bukanlah agenda utama dalam hidup individu yang tergolong dalam kategori ini. Mereka tidak serius apabila membincangkan topik berkaitan cinta. Takut pada komitmen soal ini. Walau bagaimanapun, individu di sekelingnya juga perlu berhati-hati kerana mereka yang tergolong dalam kategori ini dikatakan gemar bertukar-tukar pasangan.

  • TAMAN TEMA

Selalunya destinasi sebegini menjadi pilihan utama kanak-kanak.tapi tidak kurang juga, ada segelintir goilongan dewasa yang gemarkan percutian ke taman-taman tema ini. Keseronokan dan kemeriahan itulah yang dicari sehingga sanggup menghabiskan masa seharian dengan bermain-main sambil berjalan-jalan di destinasi taman tema pilihan mereka.

Personaliti
Selalunya individu yang tergolong dalam kategori ini memiliki ramai teman. Mereka gemar menghabiskan masa diluar bersama teman-teman. Sikap mudah bergaul menjadikan mereka individu yang sangat disenangi. Sikap agak keanak-anakan juga menjadi faktor mengapa ramai yang gemar mendampingi individu yang tergolong dalam kategori ini.

Percintaan
Melihat sikapnya yang agak keanak-anakan, ada kalanya membuatkan pasangannya agak bosan. Mereka sukar untuk bersikap serius sekiranya dikehendaki membincangkan sesuatu perkara. Walau bagaimanapun pasangannya harus bersyukur kerana individu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan seorang yang tabah dan rela berkorban, khususnya untuk kebahagian pasangannya itu.

  • BANDAR / KOTA BERSEJARAH

Bandar bersejarah merupakan tempat utama mencari ilham bagi mereka yang berjiwa patriotik. Tak hairanlah ada yang sanggup menitiskan air mata tatkala mengingatkan pengorbanan para pejuang dahulu kala mempertahankan negara tercinta. Contohnya Melaka, pasti kita akan kagum dengan pengorbana yang telah dilaburkan. Tanpa pengorbanan tersebut oleh mereka yang terdahulu pasti kita tidak dapat menikmati kehidupan seperti sekarang ini.

Personaliti
Individu yang gemar bercuti tempat bersejarah umumnya mempunyai jiwa dan perasaan yang abstrak. Sukar di tafsirkan dan dimengertikan. Dari segi penampilan,mereka lebih gemar berpakaian ringkas dan sempoi contohnya seluar besar, baju besar, beg besar dan bersandal nipis. Mereka ini persis seniman jalanan yang gemarkan kehidupan yang sederhana.

Percintaan
Sikapnya yang agak tegas dan serius kadangkala membuatkan cinta mereka ini tidak dapat dilihat secara telus. Dan ini amat membimbangkan sekiranya pasangan mereka tidak dapat memahami dan mengenali secara lebih dekat siapakah diri mereka yang sebenar. Lazimnya mereka ini sebenarnya gemar dimanja walaupun kadangkala mereka terlalu sukaruntuk mempamerkan kasih sayang terhadap pasangan.

  • GUNUNG-GANANG

Mendaki gunung, berekspedisi dan menhabiskan masa di kawasa hutan merupakan saat paling indah bagi mereka yang berminat denga aktiviti lasak. Malah, peluang dapat bersama teman-teman menhabiskan cuti hujung minggu di kawasan pergunungan merupakan pengalaman paling manis bagi mereka. Satu kepuasan yang tinggi nilainya sekiranya impian untuk menawan puncak gunung yang menjadi target utama berjaya. Tak kisahlah sekiranya terpaksa mengeluarkan wang yang banyak semata-mata ingin menyertai sesebuah ekspedisi, asalkan hati puas dan gembira.

Personaliti
Selalunya, individu seperti ini tidak gemar menghabiskan masa di kompleks membeli belah atau bersembang di cafe mewah bersama teman-teman. Pada pendapat mereka, sikap begini hanya mendatangkan kerugian dan tidak memberi apa-apa makna dalam hidup mereka. Individu yang gemarkan aktiviti lasak seperti ini merupakan seorang yang berfikiran terbuka. Lasak dan berdikari. Tak hairanlah jika mereka ini bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Pastinya mereka ini bukan seorang individu yang membosankan.

Percintaan
Individu jenis ini sukakan pasangan yang mampu hidup berdikari tanpa bergantung kepada sesiapa. Malah, kebanyakan masa mereka dihabiskan dengan melakukan aktiviti lasak bersama teman-teman yang mempunyai minat yang sama dengan mereka.. Selalunya mereka jenis ini bukanlah seorang yang taksub dengan cinta atau terlalu manja. Mereka gemarkan percintaan yang berlandaskan prinsip ‘ada kalanya kita bagai pasangan kekasih, dan ada kalanya kita sebagai kawan biasa’. Bagi mereka yang tidak memahami prinsip seperti ini, pasti hati mudah terhiris dan terluka. Tidak hairanlah jika individu seperti ini lebih senang menjalinkan cinta dengan kawan-kawan yang sudah mereka kenali.



Free Signature Generator

Sunday 14 June 2009

petua kempiskan perut

Memiliki perut yang kempis atau kurang berlemak memang menjadi idaman kebanyakan anda. Sebab ada di antara anda yang dah pun berjaya kempiskan perut setelah mengamalkan petua-petua tertentu. Mesti seronok bila usaha anda tu berhasil, kan?

Tapi, ada gak yang masih belum berjaya mencapai matlamat tersebut. Mungkin anda patut kaji semula mengapa perut anda masih tak kempis-kempis lagi. Mesti ada yang tak kena ni.

Adakah kerana anda tak serasi atau tak mengamalkan sesuatu petua tu secara konsisten? Kalau tak serasi, cuba anda praktikkan pula satu lagi petua kempiskan perut ni.


perut yang kempis




1. Mula-mula, anda bancuhlah segelas air teh tanpa gula. Ya, teh TANPA gula tau.

2. Kemudian, perahkan sebiji limau nipis ke dalam segelas teh tadi.

3. Amalkan meminum air tersebut setiap hari sehinggalah perut anda yang buncit tu kempis.

Free Signature Generator

diet pelik

Pelbagai cara sanggup dilakukan semata-mata mahu tampil kurus biarpun sesetengah amalan diet tidak menjanjikan hasil yang diidamkan.

Di Jepun, diet pisang jadi satu kegilaan hinggakan kedai runcit di sana sukar menyediakan stok pisang diperlukan. Menerusi pelan diet pisang yang dikatakan boleh meningkatkan kadar metabolisme tubuh, sebiji dua pisang dimakan berserta air masak pada suhu bilik untuk sarapan.

Pengamalnya boleh makan apa saja untuk hidangan tengah hari dan malam tetapi tiada pencuci mulut manakala makan malam harus diambil sebelum jam 8 malam. Tengah malam pula, waktu untuk tidur.

Penyanyi opera Jepun, Kumiko Mori mengakui turun berat badan kira-kira tujuh kilogram dalam tempoh singkat menggunakan pelan diet berkenaan. Begitu juga dengan suaminya yang menyatakan turun berat badan berbelas-belas kilogram. Biarpun sehingga kini keberkesanannya belum dapat dipastikan, ia tetap mengundang kegilaan di kalangan penggemar diet.

Diet menggunakan biskut juga tidak kurang pelik. Pencipta diet biskut, Sanford Siegal yang berpengalaman dalam bidang perubatan, menyediakan enam jenis biskut yang dirumus khas serta dimakan bersama satu hidangan makanan setiap hari.

Tidak menghairankan pengamal diet ini boleh menurunkan berat badan memandangkan mereka hanya mengambil kira-kira 800 kalori setiap hari. Namun pakar menganggap pengamal diet terbabit tidak dapat mempertahankan penurunan berat badan dalam tempoh lama.

Diet kelapa - satu lagi diet pelik yang turut diamalkan pelakon Jennifer Aniston. Diet berkenaan dikatakan mampu meningkatkan kadar metabolisme dan membantu seseorang menurunkan berat badan dengan pantas.

Bagaimanapun, kebanyakan pakar menyatakan pengambilan kelapa seharusnya dikurangkan dalam pemakanan kerana ia kaya dengan lemak tepu yang boleh meningkatkan kadar kolesterol.

Diet sup kubis yang diminati pelakon Sarah Michelle Gellar, mengandungi campuran kubis, lada benggala, bawang dan daun saderi. Ia diamalkan selama tujuh hari lantas ia juga mampu mengurangkan berat badan secara mendadak kerana pengamalnya tidak makan banyak.

Bagaimanapun, selepas tempoh berpuasa dengan sup ini tamat, berat badan juga bertambah secara mendadak. Namun, ada yang mendakwa boleh mengurangkan sehingga lima kilogram seminggu memandangkan sup kubis itu mengenyangkan.

Walaupun diet ini kaya dengan antioksidan, ia tidak menyihatkan kerana berat badan yang berkurangan itu disebabkan pengamalnya mengurangkan pengambilan makanan. Ia juga boleh menyebabkan kehilangan jisim otot memandangkan tubuh membakar protein, bukannya lemak.

Beberapa selebriti Hollywood turut terjebak dalam diet limau gedang yang hanya membenarkan pengambilan kira-kira 800 kalori sehari. Diet ini agak terkenal kerana mula diamalkan kira-kira 70 tahun lalu malah terus popular khususnya di Internet.

Diet itu dikatakan berkesan kerana limau gedang mengandungi bahan khusus yang menyebabkan tubuh membakar lemak. Bagaimanapun, tiada bukti saintifik yang menyokong fakta terbabit kerana sehingga kini, ia didapati tidak mengandungi enzim "pembakaran lemak" yang didakwa pengamalnya.

Pada asasnya, diet terbabit rendah dari segi karbohidrat tetapi tinggi kandungan protein. Pengamal diet berkenaan akan mencampurkan limau gedang sebagai sebahagian daripada hidangan seharian.

Kehilangan berat badan yang berlaku adalah disebabkan kehilangan cecair, bukannya lemak akibat pengurangan mendadak dari segi pengambilan karbohidrat dan kalori. Limau gedang pula tidak memainkan peranan dalam diet berkenaan.

Diet Caveman pula dianggap pakar sebagai diet yang merbahaya memandangkan seseorang itu memaksa diri mereka kebulur sepanjang hari. Diet terbabit hanya mengamalkan pengambilan makanan sehari sekali (dipercayai mengikut amalan nenek moyang prasejarah yang makan sekali sehari) manakala waktu terbaik untuk makan adalah pada waktu malam.

Menurut pakar pemakanan yang juga penulis buku The Beauty Diet: Looking Great Has Never Been So Delicious, Lisa Drayer, kebanyakan diet dicipta berasaskan beberapa fakta kebenaran tetapi ramai yang tidak memahami kemusnahan yang boleh dialami tubuh akibat mengamalkan pelbagai diet berkenaan.

Diet pelik itu, menurut Lisa, lazimnya rendah dari segi kandungan kalori dan protein serta boleh menyebabkan kekurangan khasiat yang mengganggu kesihatan dan kecantikan jika diikuti untuk tempoh berpanjangan. Ia juga boleh mengakibatkan penurunan berat badan mendadak yang sukar untuk dikekalkan malah ramai yang mengalami pertambahan berat semula selepas menghentikan diet.

Menurut Lisa, penurunan berat badan mendadak juga boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan termasuk keguguran rambut. Penurunan mendadak mengakibatkan tekanan pada tubuh dan perubahan metabolisme yang seterusnya menjejaskan pertumbuhan rambut.

"Jika seseorang itu kehilangan lebih daripada 10 peratus berat badannya dalam tempoh singkat, dia akan keguguran rambut. Keadaan terbabit yang dikenali sebagai telogen effluvium, biasanya disebabkan pemakanan yang kurang kandungan protein," katanya dalam satu temubual rancangan bual bicara televisyen.

Baginya, sesetengah amalan diet itu pula hanya sesuai untuk jangka pendek misalnya diet limau gedang tetapi berat yang hilang hanyalah air daripada badan.

Diet kubis pula, menurutnya, sememangnya tidak praktikal kerana ia sangat rendah dari segi kalori. Kajian menunjukkan menikmati sup sebelum sajian boleh membantu seseorang mengurangkan kalori ketika makan.

"Justeru, lebih elok jika sup itu tinggi kandungan serat seperti sup kubis. Menambah sup dalam sajian yang seimbang dan menyihatkan boleh membantu seseorang untuk mengurangkan berat badan," katanya.


Free Signature Generator

Sukar memaafkan

Orang yang sudah dilukai itu cenderung untuk sukar memaafkan. Hal ini disebabkan kerana pemikiran yang tidak menyeluruh dalam memaafkan ini . Mereka merasakan memaafkan itu merugikan diri sendiri, tetapi sebenarnya memaafkan itu menguntungkan kerana hati akan berasa tenang aman dan damai.

Faktor-faktor yang menyebabkan orang sukar untuk memaafkan :

1. Sejak kecil sudah sukar untuk memaafkan orang lain, jadi sifat itu terbawa-bawa sehingga dewasa.
2. Sejak kecil perkembangan jiwanya belum menyeluruh, belum berkembang dengan baik sehingga dia belum mampu mempercayai orang dan ini membuat dia sukar untuk memaafkan orang lain.

Untuk boleh memaafkan orang lain, ada peringkat-peringkat yang harus dilalui :

1. Ia harus tahu bahawa sesuatu yang mengganggu adalah suatu masalah dan harus diselesaikan.
2. Dia boleh memahami semua perasaannya dan mengeluarkan semuanya.
3. Membuat satu batasan agar tidak lagi diperlakukan seperti ini.
4. Setelah itu memaafkan dengan kasih sesama manusia.

Manfaat dari memaafkan orang lain iaitu orang lebih sihat, jantungnya lebih sihat, tekanan darahnya lebih rendah, hidupnya lebih bahagia, hubungan suami isteri lebih baik, hubungan dengan anak-anak lebih baik, hubungan dengan Tuhan lebih baik, bahkan orang yang berniaga akan bertambah banyak untungnya kerana dia menjadi orang yang lebih ramah. Dia menjadi bahagia kerana tekanannya hilang. .

Pada umumnya, kecenderungan kita berkata sudah memaafkan tetapi saat berjumpa dengan orang itu kita menjadi sakit hati lagi. Untuk menghadapi hal ini kita perlu sentiasa ingat kepada Allah dan kita perlu sentiasa mendoakan musuh kita, belajar merendah diri dan bertolak ansur. Maka Tuhan akan memberikan kekuatan kepada kita, sehingga ketika kita berjumpa orang itu kita tidak lagi akan membenci.


Free Signature Generator

Saturday 13 June 2009

Panaskan enjin kereta sebelum mulakan perjalanan

UNTUK menjaga agar kenderaan dapat digunakan dalam tempo yang panjang, pemandu disarankan jangan selalu melakukan pemecutan, pembrekan dan pembelokan dengan tiba-tiba kecuali dalam keadaan terdesak.

AMALAN hidupkan enjin kereta dan terus jalan adalah tidak baik. Sebaik-baiknya setelah enjin dihidupkan, biarkan dua atau tiga minit sebelum memulakan perjalanan. Ini penting bagi memastikan enjin dalam keadaan panas.

Ketika proses pemanasan, minyak pelincir akan dialirkan ke semua bahagian enjin. Jika enjin terus dibebani sebelum dipanaskan, ini bermakna enjin terpaksa bekerja ketika minyak belum sampai ke setiap bahagian yang perlu dilinciri.

Dengan itu, setiap bahagian yang bergeseran akan mengalami kehausan akibat geselan yang berat sehingga enjin akan lebih cepat rosak.

Enjin dikira sudah cukup panas apabila jarum suhu air pendingin naik sedikit. Proses pemanasan juga berlaku untuk sistem transmisi serta bahagian lain yang bergerak. Apabila sudah mula memandu, jangan terus memecut. Bergeraklah perlahan untuk beberapa ketika sebelum memecut.

Selain itu, enjin kereta juga tidak boleh dibebani secara kasar. Janganlah biarkan enjin bekerja pada sesuatu gear rendah dengan terlalu lama, contohnya gear tiga ketika mendaki bukit.

Amalan ‘tarik’ gear rendah yang lama untuk kuasa pecutan juga cara yang tidak sihat untuk kesihatan kereta. Jika dibiarkan dalam keadaan itu terlalu lama, selain daya enjinnya berkurangan, enjin juga akan terlalu panas. Enjin yang selalu berada dalam keadaan terlalu panas akan cepat rosak.

Enjin juga akan bekerja melebihi had maksimum putaran gandar dalam keadaan melahu atau pada waktu pemindahan gear ke posisi yang lebih rendah (contohnya, dari gear tiga ke gear dua) dilakukan pada waktu kenderaan masih bergerak dengan kelajuan tinggi atau ketika kenderaan sedang meluncur di atas jalan yang curam). Jadi, berjaga-jagalah.

Untuk menjaga agar kenderaan dapat digunakan dalam tempoh yang panjang juga, pemandu disarankan jangan selalu melakukan pemecutan, pembrekan dan pembelokan dengan tiba-tiba, kecuali dalam keadaan terdesak.

Selain itu, elakkan juga terlalu kerap menggunakan brek di atas jalan yang curam atau pada kelajuan tinggi untuk mengelakkan masalah sekatan wap. Elakkan juga memijak injak cekam apabila tidak diperlukan dan janganlah memindahkan gear secara kasar, tidak kira gear manual atau automatik.


Free Signature Generator

Happiness


People spend a lifetime searching for happiness; looking for peace. They chase idle dreams, addictions, religions, even other people, hoping to fill the emptiness that plagues them. The irony is the only place they ever needed to search was within - Ramona L. Anderson

Free Signature Generator

Faizal Tahir - Cuba

Cuba kau dengar
cuba kau cuba
diam bila ku cuba
tuk berbicara dengan kamu

Pernahkah kau ada
bila ku perlu
tuk meluahkan rasa hati

Dan bila kau bersuara
setia ku mendengar
agar tenang kau merasa

Siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku…padamu

Cuba kau lihat
cuba kau cuba
renung ke mata aku
bila ku kaku melihatmu

Pernahkah kau ada
bila ku perlu
tuk menyatakan rasa sakit
dalam diri

Dan bila kau perlu
setia ku menunggu
agar senang kau merasa

Siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku…padamu

Maafkan kerana aku tak pernah
terlintas tuk menulis pada mu
salahkan ku
tak mungkin lagi aku meminta
untuk kau mendengar..
untuk kau melihat ke mataku

Siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku…padamu

Biarkan aku menjadi matahari

Seorang wanita bertanya kepada seorang pemuda tentang cinta dan harapan. Wanita berkata ingin menjadi bunga terindah di dunia dan pemuda berkata ingin menjadi matahari. Wanita tidak mengerti kenapa pemuda ingin menjadi matahari, bukan kupu-kupu atau kumbang yang terus menemani bunga.

http://www.swpc.noaa.gov/primer/primer_graphics/Sun.png

Wanita berkata ingin menjadi rembulan tetapi pemuda tetap ingin menjadi matahari. Wanita semakin bingung kerana matahari dan bulan takkan boleh bertemu, tetapi pemuda tetap ingin menjadi matahari. Wanita berkata ingin menjadi burung yang mampu terbang ke langit jauh di atas matahari dan pemuda berkata ia akan selalu menjadi matahari.

Wanita tersenyum pahit dan kecewa. Wanita sudah 3 kali menduga namun pemuda tetap keras kepala, ingin menjadi matahari tanpa mahu ikut berubah bersama wanita. Maka wanita itu pun beredar pergi dengan rasa kecewa dan tak pernah lagi kembali tanpa pernah tahu alasan kenapa matahari juga menjadi pilihan pemuda. Sang pemuda merenung sendiri dan menatap matahari.

Saat wanita menjadi bunga, pemuda ingin menjadi matahari agar bunga dapat terus hidup. Matahari akan memberikan semua sinarannya kepada bunga agar ia tumbuh, berkembang dan terus hidup sebagai bunga yang cantik. Walau matahari tahu ia hanya dapat memandang dari jauh dan akhirnya rama-rama yang akan menari bersama bunga. Ini disebut kasih iaitu memberi tanpa syarat, tanpa mengharapkan imbuhan dan balasan.

Saat wanita menjadi bulan, pemuda tetap menjadi matahari agar bulan dapat terus bersinar indah dan dikagumi. Cahaya bulan yang indah hanyalah pantulan cahaya matahari, tetapi saat semua makhluk mengagumi bulan siapakah yang ingat akan matahari? Matahari rela memberikan cahayanya untuk bulan walaupun ia sendiri tidak berupaya menikmati cahaya bulan, dilupakan jasanya dan kehilangan kemuliaannya sebagai pemberi cahaya agar bulan mendapatkan kemuliaan tersebut.

Ini dinamakan pengorbanan, menyakitkan namun sangat layak untuk cinta. Dan saat wanita jadi burung yang dapat terbang tinggi jauh ke langit, bahkan di atas matahari, pemuda tetap selalu jadi matahari agar burung tetap bebas untuk pergi pada bila-bila masa pun yang ia mahu dan matahari tidak akan mencegahnya. Matahari rela melepaskan burung untuk pergi jauh, namun matahari akan selalu menyimpan cinta yang membara di dalam hatinya hanya untuk burung.

Matahari selalu ada untuk burung bila-bila pun ia mahu kembali walau burung tidak selalu ada untuk matahari. Tidak akan ada makhluk lain selain burung yang berupaya masuk ke dalam matahari dan mendapatkan cintanya. Ini disebut sebagai kesetiaan, walaupun ditinggal pergi dan dikhianati namun tetap menanti dan tegar untuk memaafkan. Pemuda tidak pernah menyesal menjadi matahari untuk wanita yang dicintainya….

Berhubung melalui bahasa tubuh

Melahirkan apa yang tersurat dan tersirat dalam fikiran kadang kala tidak perlu menggunakan perkataan sebaliknya boleh 'dibaca' melalui gerak tubuh seseorang.

Malah dalam sesebuah perhubungan, bahasa tubuh atau body language kadang kala memberi 'impak' lebih kuat berbanding kata-kata atau suara untuk meluahkan sesuatu.

Cara gerakan tubuh kita boleh menjadi isyarat bagi memberitahu orang lain mengenai sejauh mana kita boleh didekati untuk berinteraksi dan sejauh mana kita berminat terhadap apa yang lain sedang katakan.

Oleh itu, jika mahu memberi isyarat kepada orang lain bahawa anda sekarang berkeadaan relaks, selesa, terbuka dan berminat terhadap apa yang ingin disampaikan oleh orang lain, mungkin hanya perlu 'menyampaikannya' melalui beberapa bahasa tubuh seperti:

Senyuman

Senyuman merupakan cara paling penting untuk memberi isyarat tentang kesediaan atau keterbukaan anda untuk memulakan sesuatu perbualan atau sebagainya.

Jika anda gagal untuk senyum, orang mungkin akan berfikir anda tidak berminat atau anda sememangnya tidak berperasaan dan sombong. Senyuman yang mesra seolah-olah anda menggantung papan tanda 'selamat datang', bagi menjemput orang untuk mengenali anda.

Tegas

Dalam perbualan atau perbincangan, untuk memberi isyarat bahawa anda faham atau setuju tanpa perlu berkata-kata (non-verbal) ialah melalui anggukan kepala atau nada suara yang tegas. Jika anda tidak menegaskan dengan cara itu, dia mungkin mengandaikan bahawa anda tidak suka atau tidak berminat dengan apa yang dia katakan.

Membongkokkan badan ke depan

Membongkokkan badan ke arah seseorang yang sedang bercakap dengan anda menunjukkan bahawa anda berminat untuk meneruskan perbualan dengannya. Tetapi hanya bongkokkan sedikit saja kerana jika terlalu mendorong tubuh ke depan itu sudah dianggap kasar.

Mengunci tubuh

Gerakan-gerakan seperti berpeluk tubuh, menekap kedua belah tapak tangan atau menyilangkan kaki adalah isyarat bahawa anda cuba bersikap 'mengunci diri' atau menutup sebarang bentuk interaksi. Buka atau longgarkan postur tubuh untuk lebih terbuka bagi berkomunikasi.

Sentuhan

Sentuhan menggambarkan anda peduli. Jika anda ingin menunjukkan anda seorang yang mesra dan peduli, letakkan tangan kiri anda di atas tangan kanan rakan anda ketika berjabat salam, sentuh lengannya, tepuk belakang atau berikan pelukan. Sentuhan fizikal merupakan syarat bahawa anda bersedia untuk mendengar luahan emosi.

Pandangan mata

Mata merupakan anggota tubuh yang paling mudah untuk menunjukkan perasaan. Renungan mata boleh menjadi interaksi sosial. Pandangan mata isyarat paling berkuasa untuk mendapatkan perhatian dan penghormatan.

Ia seolah-olah menyatakan, "Ketika ini saya lebih berminat terhadap anda daripada perkara-perkara lain."

Jika anda cuba mengelak daripada melihat individu yang bercakap dengan anda, dia mungkin akan berfikir bahawa anda cemas, tidak jujur atau tidak berminat untuk berbual.

Ketika sedang berbual, cuba bertentang mata antara satu hingga 10 saat.


Free Signature Generator

Rahsia di sebalik bibir wanita

Bibir wanita memang penuh tarikan. Namun di sebalik keindahan yang dipaparkan, terdapat suatu misteri atau rahsia tentang watak si pemiliknya.Di sini dinyatakan misteri bibir yang patut diketahui.

Bibir segar dan kemerahan

Wanita yang mempunyai bibir segar dan kemerah-merahan secara semulajadi menandakan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai menjaga kesihatan diri.

Sifat mereka juga terbuka dan periang. Ramai yang suka berkawan dengan wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan ramah dalam pergaulan.

Wanita ini juga mampu memberi keriangan kepada pasangannya dengan sifat semulajadinya sebagai wanita.Dia manja dan kehidupannya yang ceria sungguh menyenangkan sekali.Secara umumnya, wanita ini suka dimanja dan mahukan kasih sayang yang penuh kehangatan. Dia akan kecewa sekiranya mendapat pasangan yang kaku dan tidak tahu memanjakannya. Biasanya juga mereka mempunyai raut wajah yang menarik, selari dengan kecantikan bibirnya yang sentiasa mengundang rasa senang dan mesra kaum lelaki.

http://fashionista.com/images/ss_blonde_lips4.jpg

Bibir yang biru (pucat)

Tidak kira apa juga bentuk bibir wanita ini, cahayanya kelihatan kebiruan. Biasanya wanita ini tidak begitu boleh diletakkan kepercayaan. Kata-katanya tidak boleh dipegang,selalu bersifat ingkar dan cuai terhadap tanggungjawab dan kewajipannya. Cerewet dan suka menimbulkan perselisihan dengan pasangannya. Jika anda ingin menjadi kekasihnya, anda hendaklah seorang yang boleh mengatasinya atau mengawalnya.

Bibir yang tipis

Tipis bukan beerti nipis! Wanita yang memiliki bibir tipis pada umumnya banyak mulut dan suka membicarakan hal-hal yang kadangkala boleh disifatkan sebagai tidak wajar. Suka melakukan sesuatu dengan caranya sendiri tanpa mempedulikan apa kata orang lain. Wanita ini pandai memujuk rayu dan tahu juga berpura-pura dalam memainkan peranan demi kepentingannya. Wanita ini juga mempunyai nafsu yang cukup besar dan memerlukan belaian yang penuh kehangatan dari pasangannya. Wanita ini bersikap optimis dalam menjalani kehidupannya.

Bibir yang mungil

Wanita ini secara umumnya mempunyai gaya dan pesona yang mendebarkan lelaki. Selalu mempamerkan gaya keanak-anakan dan bersifat manja. Suka didampingi dan dibelai oleh pasangan. Wanita ini juga suka bergantung kepada orang lain, tidak mempunyai pendirian yang mantap lantaran selalu bersikap ragu-ragu dengan apa yang dilakukan.Lelaki mudah mengambil kesempatan untuk menggodanya. Wanita jenis ini juga mudah dijinakkan jika pandai membaca kelemahannya.Wanita ini boleh diharap menjadi ibu yang baik dan suri rumah yang bertanggungjawab. Namun suka merungut dan berleter jika tidak mendapat apa yang diingininya.


Bibir yang tebal

Wanita berbibir tebal dikatakan mempunayi nafsu yang kuat. Sukakan kemesraan dan kehangatan. Dia juga bersikap agak bebas dan terbuka apalagi jika dikaitkan dengan persoalan cinta dan seks. Mampu memberi keseronokan dan kesenangan kepada pasangannya, namun boleh juga menimbulkan suasana yang sebaliknya lantaran sikapnya yang suka mencemuh dan memalukan dikhalayak ramai.Wanita ini tidak suka sikap yang berpura-pura. Jika diamanahkan suatu rahsia, dia boleh menjaganya dengan baik dan mengunci rapat.

Bagaimanapun jika dia mula membenci seseorang ,kata-kata yang dihamburkan menyinggung perasaan orang dan terburailah segala rahsia orang yang dibencinya.Begitu mementingkan kecantikan dan bersolek lama. Banyak wang yang dihabiskan untuk tujuan kecantikan serta bersikap pemboros. Tidak pandai menguruskan rumahtangga dan anak- anak. Jika anda sebagai suaminya, seharusnya mempunyai sifat kewibawaan untuk membimbingnya. Jika tidak dia akan bersikap queen- control!

Bibir sentiasa terbuka

Mempunyai keinginan yang tinggi dari segi kehidupan dan juga seks. Dalam soal kerja atau tanggungjawab, mereka cukup berdisiplin dan mencapai prestasi yang membanggakan. Ramai wanita jenis ini memperoleh kedudukan yang baik dalam kerjaya kerana mampu berjaya dalam setiap bidang yang diceburinya. Optimis dan bermatlamat.

Dia juga mudah jatuh cinta dan berusaha sedaya-upaya untuk memiliki atau memenangi hati lelaki yang dicintainya. Tidak segan atau malu untuk meminta apa yang dihajatinya dalam perhubungan. Dia pandai merangsang pasangan dengan gaya pesonanya yang hebat dan erotik. Pandai memanfaatkan keistimewaan diri .


Free Signature Generator

Saturday 6 June 2009

khasiat timun

Timun ada pelbagai khasiat & penawar. Kebanyakan org suka memakannya kerana ia dianggap dpt menyejukkan badan. Sebenarnya timun kaya dgn kandungan mineral. Ia juga mengandungi kalsium, fosforus, zat besi & Vitamin C.

Berdasarkan kandungannya tidak hairanlah ia menjadi penawar mujarab beberapa penyakit. Yang penting ianya mampu mengekalkan kandungan alkali dlm darah kita.

Jika mengalami sembelit, ia dpt diatasi dgn mengamalkan makan timun setiap hari. Kandungan jus di dlm timun amat mujarab utk merawat gastrik, ulser serta kandungan asid tinggi. Jika jus dicampurkan dgn perahan lobak merah & saderi, ia dpt mengatasi masalah pusingan asid spt gout, reumatik & artritis.Bijinya pula kaya potasium. Cecair dpd bijinya dpt merawat masalah kekerapan buang air kecil.

Selain itu, perahan airnya juga boleh merawat kudis. Untuk mendptkan kesan mujarab, perahan timun boleh dicampur dgn jus lobak & salad.Parutan timun juga boleh digunakan utk rawatan kecantikan spt masalah jerawat. Campur parutan timun dgn kuning telur. Kacau sebati & sapu pd seluruh muka. Biar 15-20 minit, kemudian bilas dgn air bersih. Lakukan selalu supaya jerawat cepat kering.

Selain itu timun juga dpt menghilangkan masalah bau badan. Ambil sebiji timun muda & kupas kulitnya. Cuci & gosokkan pd bahagian badan yg sering berpeluh. Lakukan selalu samada semasa mandi ataupun selepas mandi.

Kulit muka yg kasar juga boleh dirawat dgn menggunakan timun. Caranya,parut timun & ambil air perahan timun & gaul dgn tepung jagung. Sapu ke seluruh muka pd setiap mlm sebelum tidur.

Kita juga boleh mengatasi masalah panas badan dgn timun. Kikis sebiji timun dgn menggunakan garpu supaya berjurai. Boleh juga dikisar sehingga halus. Buat sbg bahan minuman dgn mencampurkannya bersama gula & garam. Kacau hingga sebati & simpan dlm peti sejuk. Kemudian minum setiap pagi,petang & malam.


Free Signature Generator

Wednesday 3 June 2009

Petua kasih sayang

Bagaimana petua orang tua-tua dapat membantu kita membina rumahtangga yang harmoni serta penuh kasih sayang...InsyaAllah , dipermudahkan kita oleh NYA mendapat petunjuk dan jalan.

Begitu juga membasuh pakaian, kalau dapat, memang sekarang rasanya 95 dari kita semua ada mesin basuh, ok tak apa suruh maid basuh baju kita, tapi yang 'kecik'2 terutama kita punya dan suami tu, sebaik2nya kita basuh sendiri. Sedapat mungkin bila kain baju sudah dibasuh dan siap diangkat, masa melipat pun, kita pilih anyg patut kita lipat dan uruskan sendiri. (ada rahsia tu).

Juga bilik. Bilik tidur kita sepatutnya adalah kawasan larangan terutama kepada penbantu rumah. NO ENTRY !!!!. apa pun yang ada didalamnya adalah hanya dalam pengetahuan kita dan suami.Terutama tempat tidur (katil), minta sangatlah kita yang bergelar ISTERI ini yang mengemasnya. Usah sesekali dibiarkan pembantu yang menguruskannya. (ada rahsia tu),APA RAHSIA NYA???

AIR TANGAN!!!!

Itulah rahsianya, air tangan kita sebagai isteri dan sebagai ibu. Tak ada cara
yang saintifik yang mampu menjelaskan kehebatan serta 'powernya' air tangan seorang ibu dan isteri itu terhadap keluarganya, tapi dapat dijelaskan melalui kaedah rohaniah. Kalau kita masih keliru dan kurang yakin, cuba kita fikir (bagi yang merantau selalunya terasa sangat), kita sering teringat masakan ibu, kemana pun kita pergi dan bertemu dengan masakan yang serupa, namun rasanya masih tidak dapat menyamai dari apa yang terhidang hasil 'air tangan ibu'. Walaupun sekadar mee maggie!!!.

Begitu juga memberi makan anak, suapan ke mulut anak dengan tangan kita itu membawa banyak kesan yang akan hanya kita nikmati 10 - 15 tahun akan datangnya. Bila anak2 sudah pandai bergaul sendiri, sudah tahu memilih teman, kebanyakan mereka 'kurang mendengar' apa yang kita ibu bapa pesan dan ingatkan, namun baraqah dari 'air tangan' (usaha ibu bersusah payah mendidik dan menyediakan
keperluan anak2) sedikit sebanyak, kalau pun anak2 itu ingin mengikut 'kehendak sendiri' namun dia, Insya Allah pada akhirnya akan tetap mencari 'restu siibu' dalam hidupnya. Pecayalah...

Tak dapat lakukan sepanjang hari kerana kita bekerja, mungkin pada sebelah malamnya kita dapat lakukan, sekurang2nya sekali sehari pun memadai, kalau dapat selalu lebih baik lagi. Sebab dengan suapan kita itu sambil kita berdoa ' air tangan' yang masuk ke perut anak, Insya Allah akan membentuk darah daging yang baik, berkat doa dan tangan ibu.

Kebajikan Suami juga, kenapa harus biarkan pembantu yang beriya2 menggosok baju dan seluarnya, melipat pakaian dalamnya. Kita isteri, sentuhan kita pada barang2 suami sebenarnya ada 'roh' nya, jika 'roh' itu sentiasa di belai oleh orang lain... apa akan jadi, sudah pasti daya tarikan itu beralih arah. Tu sebab kadangkala terjadi suami yang segak kacak dan tampan serta isteri yang jelita, bekerjaya hebat serta pandai pun, bermadu dan madu nya pula hanya seorang pembantu rumah yang rupanya alahai... (ni bukan kes menghina fitrah rupa manusia yang dijadikan Allah swt, ini kes nak menunjukkan bahawa si isteri jelita pun, kalau kurang beri perhatian dan belaian suami boleh berubah angin!!!).

Jadi berhati2lah dalam mengizinkan orangg lain menguruskan barangan/ kebajikan suami. Begitu juga dalam hal makan minum, kan sudah dipesan orang tua bahawa nak jaga suami jaga perutnya terlebih dahulu.

Dan antara dua lututnya... (syahwatnya) . Insya Allah, suami sentiasa sayang dan merindui kita.

Bayangkan suami balik dari kerja, sudahlah lapan jam diluar, makan mungkin beli di kedai, dah tentu orang masak. Balik kerumah pun kita minta 'sunarti' buatkan air???. So bila masa kita dapat 'belai roh' suami agar dekat dengann kita??? Jadi kalau setakat secawan / seteko air, tolonglah buat sendiri.

Penat usah cerita, semua kita penat, samada bekerjaya diluar atau sekadar surirumah. Namun itulah salah satu cari beribu2 cara yang boleh diguna pakai. Yang kadangkala kita anggap remeh serta tak masuk akal.

Lagi satu bab pakaian kecik, kalau org moden2 sekarang mungkin dia rasa ... apalah mana ade logik, tapi cuba kita lihat orang tua dulu2 kat mana agaknya dia sorok pakaian dalam dia ya? Tak kan tak pakai pula kan , tapi kalau mereka basuh pun mereka sidai dalam satu tempat khas jauh dari penglihatan orang lain. Masa saya kecik2 dulu, nenek sidai pakaian dalam dia, dibelakang rumah, dalam satu ruang yang berpagarkan mata punai dan terbuka (berangin) so, semua yang kecil2 (pakaian dalam) nenek sidai disini, jauh dari penglihatan orang ramai yang lalu lalang. Sampai hari ini ibu juga sidai pakaian dalam berasingan dengan baju2 lainnya.

Berbanding kita sekarang, sidai pakaian dalam, bergayutan diampaian dan kalau duduk apartment lagi seronok, sidai di ruang yang menghadap ke jalan raya lagi... semua mata boleh memandang. Sorok2lah sikit...malu orang tenguk...tak boleh bagi alasan tak ade ruang cuba adjust, ... kita buat dia kan, bukan dia yang buat kita...

Pakaian dalam ini bekas kita 'menyorokkan' aurat (bahagia sulit) kita suami isteri. Sekali lagi, sebaik2nya dijaga / diurus hanya oleh siisteri. Usah sekali2 membiarkan maid / pembantu membasuh (walau guna mesin) dan menyidai lalu melipatkannya. Bukan payah sangat pun, saiznya pun kecik2 saja ye tak...kenapa
mesti bagi orang lain 'menguruskannya' ???

Dan ini yang paling penting, bisik nenek ke telinga, "bilik tidur kamu ibaratkan tubuh kamu sendiri, usah dibiarkan orang lain menyentuhnya sewenang2, rahsia suami isteri ada didalamnya terutama di katil (ranjang). Jadi usahakan sedapat mungkin tangan sendiri yg mengemasnya! !!. Betul juga tu, bukankah saban malam kita bersama suami baring di situ, 'bersama' juga disitu, justeru 'roh' yang ada pada nya hanyalah antara suami dan isteri, peliharalah 'keserasian dan hubungan mesra antara keduanya agar kekal sampai bila2.

Free Signature Generator

Kahwin wanita muda bantu lelaki hidup lama?

Lelaki lebih berkemungkinan hidup lebih lama jika mengahwini wanita lebih muda, menurut satu penyelidikan baru yang mendapati kaum Adam berpeluang mengurangkan risiko mati muda sehingga satu perlima jika usia isteri antara 15 dan 17 tahun lebih muda.

Risiko mati muda dikurangkan sehingga 11 peratus jika mengahwini wanita yang tujuh hingga sembilan tahun lebih muda.

Kajian yang dibuat di Institut Max Planck di Jerman juga mendapati lelaki mengahwini wanita lebih tua berkemungkinan mati muda.

Hasil kajian menunjukkan wanita tidak mendapat faedah sama jika mengahwini lelaki muda atau tua.

Isteri dengan suami lebih tua atau muda antara tujuh dan sembilan tahun meningkatkan risiko mereka meninggal dunia lebih awal sehingga 20 peratus.

Saintis berkata, perangkaan bagi lelaki mungkin hasil pemilihan semula jadi - cuma lelaki tua paling sihat dan berjaya boleh menarik perhatian wanita muda.


Free Signature Generator

Tuesday 2 June 2009

Petua melambatkan muka berkedut

Salah satu petua melambatkan muka berkedut yang boleh saya tonjolkan di sini adalah dengan menggunakan minyak sayuran dan kuning telur.

gambar minyak sayuran

Gambar hiasan - current.com


gambar kuning telur




Beberapa langkah yang boleh anda praktikkan adalah:


1. Anda perlu menyediakan topeng muka (masker) buatan sendiri.

2. Ambil sebiji telur dan gunakan bahagian kuning telur saja. Bahagian putih tu anda boleh simpan dulu buat masa ni.

3. Kemudian, titiskan beberapa titik minyak sayuran ke atas kuning telur tadi.

4. Kacau campuran itu hingga sebati. Pastikan campuran tersebut tak terlalu pekat atau cair.

5. Sapukan campuran tersebut ke seluruh wajah anda dan biarkan sehingga ia kering. Lebih kurang dalam 15 ke 20 minit.

6. Kemudian barulah anda cuci muka dengan air bersih.


Anda boleh mengamalkannya 1 atau 2 kali dalam seminggu sebagai permulaan. Kemudian, bila kulit anda dah bertambah baik, boleh jarakkan sikit tempohnya. Contohnya macam anda buat 2 minggu sekali atau sebulan sekali.

Kalau anda nak buat topeng muka tadi dengan menggunakan putih telur pun boleh. Buat selang seli. Sekali guna kuning telur + minyak sayur. Giliran seterusnya anda pakai formula putih telur + minyak sayur. Kedua-dua bahagian telur tu baik untuk kulit. Kalau tak diguna, membazir pula nanti.

Free Signature Generator

Tips menjelang peperiksaan

1. Bertenang dan melapangkan fikiran.

2. Melakukan ulangkaji bagi semua topik.

3. Tidur yang mencukupi.

4. Menjaga kesihatan diri.

5. Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat.

6. Bagi pelajar Islam, perbanyakkan sembahyang hajat .

7. Membuat dan membaca nota-nota ringkas.

8. Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.

9. Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai kerana badan yang cergas akan meransang kecerdasan otak.

10. Meminta doa dan restu ibu bapa dan guru-guru.

11. Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.

12. Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.

13. Menjawab soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.

14. Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula.

15. Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan.

16. Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yang berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.

17. Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawab sebelum dan selepas peperiksaan.

18. Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.

19. Membaca dengan teliti setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.

20. Menjawab soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.

21. Pastikan pelajar menjawab semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan


http://www.ums.edu.my/library/Rak%20Buku.jpg

Free Signature Generator

Monday 1 June 2009

Romantik dalam seminggu

WALAUPUN kerap kali memadahkan kata-kata sayang kepada si dia tetapi, kamu masih tercari-cari idea pengucapan yang kreatif dan romantis untuk dilontarkan kepadanya. Padahal, perasaan romantis dalam sebuah perhubungan amat jelas diperlukan. Itulah yang membuatkan hubungan kamu dan si dia bertambah intim.

Persoalannya, tidak semua orang mempunyai sikap romantis yang berterusan. Walaupun kehadirannya tidak boleh dipaksa tetapi, bagaimana pula jika kamu tergolong dalam insan yang tidak romantis? Sekiranya benar, usah risau kerana kamu masih mempunyai masa untuk meraih gelaran romantis hanya dalam tempoh satu minggu. Ikuti panduan di bawah ini.

Hari pertama

Buat catatan berunsur pernyataan cinta kamu kepada pasangan di atas sekeping nota atau sebuah buku yang dihias indah. Catatan yang ditulis itu boleh digantikan dengan serangkap puisi. Jadi, kamu tidak perlu lagi mengucapkan I love you sekiranya berasa malu atau tidak selesa. Letakkan catatan atau puisi tersebut di tempat yang mudah dilihat dan senang ditemuinya.

Misalnya di atas meja makan, saku jaketnya atau di atas kusyen keretanya. Jangan lupa tampilkan nama kamu sebagai penulis catatan. Dengan cara ini, dia tidak perlu lagi menunggu giliran untuk kamu menyatakan rasa cinta kepadanya. Jika agak sulit untuk meninggalkan catatan tanpa diketahui atau tidak sempat bertemu dengannya pada awal pagi, luahkan rasa itu menerusi Pesanan Khidmat Ringkas (SMS) atau e-mel.

Begitu juga, tiada bezanya sewaktu menunggu kepulangannya dari tempat kerja. Luahkan perasaan romantis kamu terhadapnya dengan cara memeluk erat pasangan sambil memberi ciuman mesra. Katakan kepadanya betapa kamu mencintai dan merinduinya setiap masa. Kongsi bersamanya tentang apa yang dilakukan seharian. Jadikan satu kebiasaan baru buat diri kamu.

Hari kedua

Sekiranya, sebelum ini kamu bukan pasangan yang gemar mengirim sejambak bunga, kini lakukannya sebagai rutin minggu atau bulanan. Pesan sejambak bunga atau sekuntum bunga segar dan kirimkan ke pejabatnya atau letak sendiri di atas meja pasangan. Jika hari ini kamu membuat temu janji dengannya, berikan dia sedikit kejutan. Kamu seharusnya membuang rasa segan untuk membawakan hidangan, minuman, atau ais krim kegemarannya.

Sekiranya kamu lupa untuk membelinya, peluk dan beri ciuman mesra saat bertemu dengannya. Pelukan dan ciuman kamu mampu mewakili perasaan rindu dan cinta kamu kepadanya.

love2.jpg Love Light image by lotuslightweddings


Hari ketiga

Jika jarak tempat kerja kamu dan pasangan tidak terlalu jauh, cuba aturkan waktu makan tengah hari bersama. Setelah kembali ke pejabat masing-masing, kamu seharusnya mengirimkan SMS atau e-mel berisi ungkapan perasaan senang kamu pada waktu makan tengah hari bersamanya sebentar tadi.

Hari keempat

Telefon pasangan pada siang hari saat dia sedang menikmati waktu lapang. Tanyakan kepadanya, adakah dia sudah ada temu janji pada malam ini. Jika belum, cuba bincang dan lakukan perkara romantis pada malam ini. Ingat, malam romantis tidak seharusnya diisi dengan candlelight dinner di restoran mewah atau eksklusif. Makan di pinggir jalan dengan hidangan lazat, dalam suasana tenang sambil diiringi lagu kegemaran kamu berdua sudah cukup membangkitkan rasa romantis di antara kamu.

Hari kelima

Adakah pasangan mempunyai waktu terluang? Jemput dia datang ke rumah sebaik dia pulang dari tempat kerja. Siapkan makanan kegemarannya dan sajikan di bawah cahaya lampu lilin.

Dengan menulis menggunakan pensil, buat gambar hati bersaiz besar. Tuliskan kalimat I love you di tengahnya. Letakkan gambar itu di tempat yang mudah dilihat saat dia menjejak kaki ke rumah kamu.

Hari keenam

Jika cuaca baik, kamu harus mengajak pasangan menikmati udara luar. Bukan ke kelab atau pusat beli-belah, tetapi menikmati keindahan dengan berjalan kaki bersama di taman. Ceritakan kenapa dia begitu istimewa buat kamu.

Hari ketujuh

Cinta tidak semestinya selalu bersama dan bertemu setiap hari. Beri kesempatan kepada pasangan untuk beristirehat bersama sahabat mahupun ahli keluarganya. Kamu boleh menggunakan hari itu untuk menghiasi potret wajah kamu berdua di dalam bingkai dan hadiahkan kepadanya pada esok hari.

Meskipun tidak bertemu, kamu masih berpeluang menunjukkan kehadiran menerusi panggilan telefon. Ucapan selamat tidur atau mengalunkan puisi romantis sebelum dia melelapkan mata mampu melahirkan rasa kasih dan romantis kamu terhadapnya.

Free Signature Generator

Cara untuk mantapkan air mani

Dr Ismail Thamby, pakar sakit tuan menulis 10 Kaedah di dalam Harian Metro. ImageAIR mani ialah campuran cecair dari pundi prostat, pundi seminal, pundi cowpers, pepundi dalam salur kencing, cecair dari pundi epididimis dan sperma dari kilang sperma.

Ada 10 cara yang dapat membantu meningkatkan isi padu air mani, antaranya:

1. Jangan kerap bersetubuh kerana lebih kerap anda mencapai ejakulasi, isi padu air mani makin berkurangan dan cair. Jika ejakulasi selang tiga hari, air mani lebih mantap.
2. Elak tabiat merokok dan minum minuman keras. Kedua-dua perkara itu merendahkan tahap hormon testosterone yang mustahak untuk fungsi optima pundi yang menghasilkan air mani.
3. Lakukan senaman secara berkala. Lakukan senaman kegel atau kemut, iaitu mencengkam otot lantai pelvis atau otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing.
4. Makan makanan berkhasiat yang mengandungi kurang lemak, tinggi khasiat protein, sayur-sayuran dan kekacang. Semua itu sesuai untuk kesihatan sperma dan kandungan air mani. Kurangkan makanan pedas dan berempah.
5. Elakkan buah zakar terdedah kepada kepanasan. Kepanasan menjejaskan kilang sperma. Pakai seluar dalam longgar seperti seluar pendek ‘boxer’ dan elak sauna atau merendam badan dalam air panas.
6. Kurangkan berat badan jika didapati meningkat. Peningkatan lemak perut mengganggu kestabilan hormon testosterone.
7. Belajar mengurus tahap tekanan secara positif melalui yoga dan bertakafur kerana tekanan memberi kesan negatif kepada kesihatan badan.
8. Dapatkan urutan badan yang menyegarkan supaya otot selesa dan badan tenang serta mudah berinteraksi secara seksual dan memberi isi padu air mani yang lebih.
9. Makan makanan tambahan dan herba yang dapat membantu meningkatkan isi padu air mani dan bilangan sperma. Kekacang membantu meningkatkan sperma, zink dapat memantapkan kilang sperma.
Herba Horny Goat Weed atau Epimedium, Tribulus dan extrak standard Tongkat Ali (NU-PREP75) semuanya dapat membantu meningkatkan tahap hormon testosterone dan DHEA yang secara langsung dapat membantu memantapkan pundi serta kilang sperma. Semua ini boleh didapati dari farmasi.
10. Lakukan hubungan seksual sebelah pagi atau petang kerana ketika itu mudah mengalami pemanasan yang dapat membina kecergasan pundi yang menghasilkan air mani.
Jika lakukan seks sebelah malam, tahap keaktifan badan menurun dan rangsangan kurang, jadi pengeluaran air mani juga kurang.

Free Signature Generator

Faktor pendidikan anak terabai

Pelbagai faktor menjadi punca pendidikan anak terabai, malah lebih malang apabila ia turut menjerumuskan anak ke kancah kehidupan tidak menyihatkan.

Renungi perkara berikut yang mungkin mampu dijadikan bimbingan dalam mendidik anak:

# Kesibukan ibu bapa terutama dalam bidang kerjaya masing-masing atau sengaja menyibukkan diri dengan urusan seharian sehingga mengetepikan usaha mendidik anak.

# Kaedah dan cara didikan yang tidak betul, sama ada dilakukan secara sedar atau tidak yang boleh menjejaskan perkembangan fikiran anak.

# Pergaduhan berpanjangan antara suami isteri, malah keluarga mentua secara tidak langsung menyediakan landskap hodoh kepada persekitaran pendidikan anak.

# Perceraian suami isteri boleh menjadikan si anak terkontang-kanting dan keliru sehingga mereka mencari jalan penyelesaian yang mungkin memburukkan lagi keadaan.

# Pendedahan terhadap aktiviti yang boleh menyebabkan anak menjadi asyik dengan dunia palsu dan menghancurkan.

# Silap memilih kawan atau kelompok kawan yang akhirnya mendorong anak terjerumus ke lembah keruntuhan budi.

# Perantara seperti Internet, cakera padat (CD), cakera padat video (VCD), imej di telefon bimbit, majalah, televisyen dan seumpamanya yang mempunyai pengaruh cukup kuat boleh mendorong anak berkelakuan atau berfikiran tidak sewajarnya jika tidak dipantau.

# Kemiskinan dan pengangguran ibu bapa serta kesempitan hidup yang melampau boleh mendorong anak terjebak dalam gejala keruntuhan, ditambah pula dengan tarikan dunia yang serba materialistik.

# Anak-anak yatim yang dahagakan perlindungan dan kasih sayang juga boleh menjadi mangsa keruntuhan akhlak jika kebajikan dan pendidikan mereka tidak ditangani dengan sebaiknya.


Free Signature Generator