Monday 30 March 2009

Rahsia di sebalik nombor

Orang Cina memang cukup taksub dengan nombor 8″. Mereka percaya nombor 8 ada ong. Tapi ada juga kepercayaan dalam masyarakat Indiaa mempercayai bahawa nombor 8 adalah lambang kematian.

Hakikatnya, ramai orang percaya nombor boleh membawa keburukan dan kebaikan. Ramai yang mempercayai nombor mempunyai semangat atau tenaga semula jadi tertentu yang boleh membawa keburukan atau kebaikan kepada seseorang. Jadi, jangan terkejut kalau ada orang gunakan nombor tertentu untuk menjadikan dirinya bertuah.

Ada satu artikel yang menerangkan tentang peranan nombor dan hubung kaitnya dengan manusia. Menurut artikel itu, setiap orang dilahirkan bersama nombor yang ada pertalian dengan planet. Kedua-duanya akan mempengaruhi tingkah laku seseorang. Kalau seseorang tahu rahsia satu-satu nombor dan dapat menggunakan dengan betul, dia akan berjaya. Betulkah begitu??
Adakah anda percaya pada rahsia yang ada di sebalik nombor-nombor ini?

Berikut ini disenaraikan rahsia-rahsia dan hikmat-hikmat yang ada disebalik sesuatu nombor. Samaada mahu percaya atau tidak, terpulanglah kepada anda.

1 – Satu
Lambang keunggulan Tuhan. Nombor kemakmuran, keutuhan diri, kekuatan, keberanian dan kekuasaan. Rumah bernombor 1 akan sentiasa makmur. Tetamu suka datang kerana suasana yang tenteram, damai dan tenang. Kalau orang yang bernaung di bawah nombor ini, dia seorang yang berani. Mempunyai pendirian yang kukuh, memiliki kekuatan fizikal dan mental.

2 – Dua
Nombor ini bersifat pasangan seperti sejuk lawannya panas. Ia simbol pengesahan, penyaksian, perkaitan, syarat menemukan jawapan semula jadi dan jodoh. Bagi seseorang yang sukar mendapat jodoh, berlindunglah di bawah nombor ini. Tidak perlu jumpa dukun atau mandi dibawah jambatan, cukup sekadar mengingati nombor itu.
Untuk lebih mudah, ambil segelas air sejuk mentah atau air kelapa, lebih elok air zam-zam. Tuliskan nombor 2 di luar gelas, memadai menggunakan hujung jari. Kemudian minum, ingat nombor itu dan niatkan dalam hati untuk mendapat pasangan. Lakukan tujuh kali atau tujuh hari berturut-turut. Insha-Allah….tak sampai sebulan pasangan yang sesuai akan diperoleh.

3 – Tiga
Rahsia akal, bijaksana, keceriaan, kesuburan, keseimbangan, pembalasan dan penindasan.
Bernaung di bawah nombor ini menjadikan anda seorang yang pintar dan bijaksana. Biasanya apabila hendak melakukan sesuatu pekerjaan akal akan berkata-kata sama ada ia baik atau buruk. Boleh menjadi pencipta yang baik tetapi bermula dengan kemusnahan. Setelah melalui beberapa kegagalan baru menikmati kejayaan. Tapi kalau putus asa, habislah.
Mudah memiliki sesuatu kekayaan, benda, rumah, kereta atau apa sahaja tetapi mudah pula melepaskannya. Pintar menyelesaikan setiap masalah walaupun terlalu rumit. Seorang yang subur, mempunyai anak ramai dan ibu bapa yang baik. Paling penting mereka ini awet muda.

4 - Empat
Nombor ini membawa simbol rupa bentuk, kesempurnaan, kemantapan kedudukan, kewangan dan kehidupan. Lambang kekuasaan, kestabilan dan lengkap. Ia stabil dan tidak mudah di ganggu-gugat atau dipengaruhi. Kekuatan mereka yang bernombor 4 ialah mampu melihat melalui daya imaginasi. Agakan mereka selalunya tepat dan kalau merancang, insha-Allah berhasil. Ramai arkitek, jurutera dan pereka-pereka bernaung di bawah nombor ini.

5 – Lima
Simbol kreatif, intelek, mampu mempengaruhi, pemikir, bijaksana, pengkritik dan tahap intelekual yang tinggi. Kalau menjadi hakim, dia akan laksanakan tugas dengan bijaksana dan dapat menyelesaikan segala masalah, perbalahan, kerumitan dan kesusahan. Kekuatannya adalah pada kata-kata. Mampu mempengaruhi orang lain membuat keputusan. Pandai memujuk, merayu supaya pertelingkahan dapat dileraikan. Jika anda tidak mampu membuat keputusan, ingatkan 5, nescaya mudah semuanya.

6 – Enam
Hati-hati dengan 6 jika anda lemah semangat, jangan gunakannya kerana syaitan dan iblis mudah merasuk. 666 adalah lambang syaitan – gandaan kelemahan bagi mereka yang lemah semangat. Tetapi 6666 pula adalah kekuatan dan kesempurnaan kerana ia adalah bilangan ayat al-Quran.
Kalau nombor peribadi anda 6, anda suka meramal dan boleh meramal dengan tepat. Mulut masin. Suka pada benda ghaib, boleh melihat dan menembusi alam ghaib.
Bagi yang belum kahwin tetapi sudah mempunyai pasangan atau idaman hati cubalah ingatkan 6 dan niatkan pada air seperti nombor 2. Percayalah tidak sampai sebulan niat akan terlaksana.

7 – Tujuh
Inilah nombor paling baik. Selain itu ia juga lambang pembalasan, memerintah, membangkitkan tenaga dalaman, pelindung, pemusnah dan penghalau hantu. Insha-Allah doa mereka dimakbulkan jika mengulangi 7 kali. Mereka juga bersifat melindungi dan mampu memerintah dengan baik. Nombor ini digunakan untuk menghalau hantu yang meresap di dalam badan.
Caranya mudah – palitkan nombor 7 dengan menggunakan kapur di tempat yang sakit. Ia hanya mujarab dilakukan pada malam 13, 14 dan 15 (bulan penuh). Ataupun pelindung ibu yang sedang sakit bersalin daripada dimasuki iblis.

8 –Lapan
Orang Cina cukup suka nombor ini. Kebanyakan mereka sanggup bayar berpuluh ribu ringgit untuk mendapatkannya – untuk plat kereta atau rumah. Memanglah nombor itu mendorong ke arah menjadi semakin kaya tetapi sampai satu tahap jatuh bankrap. Sebabnya…. kerana mereka tidak tahu 8 sebenarnya bermaksud penamat kehidupan.
Bagaimanapun nombor ini memang baik jika tahu rahsianya iaitu ia mendorong ke arah kekayaan, kemantapan, kehidupan, keadilan, sempurna, lengkap dan akhirnya kematian. Jika anda tidak tahu rahsia 8, jangan sesekali cuba menggunakannya. Dari segi sains oksigen terletak dalam atom 8. Sebab itulah jika tidak cukup oksigen orang akan mati.

9 – Sembilan
Nombor ini lambang kebenaran. Kerana itu polis menggunakan 999? Ia juga lambang tenaga yang kuat. Sebab itulah ia disimbolkan sebagai perjuangan, kepahlawanan, peperangan dan pertikaian. Bagaimanapun mereka yang bernaung di bawahnya mudah terlanjur dalam perbuatan dan percakapan atau suka lepas cakap. Tapi, jangan bimbang….walaupun mudah terlanjur tetapi anda seorang yang cukup sempurna dalam hal ilmu keduniaan. Nombor ini boleh digunakan untuk mencari semula barang yang hilang. Ingat nombor 9, barang yang hilang akan jumpa semula, jika tersalah simpan!

10 / 0 - Sepuluh atau Kosong
Sombol keabdian Yang Mencipta, Maha Kuasa. Kebesaran yang tidak dapat diukur dengan apa sekali pun. Tidak ada permulaan dan tidak ada pengakhiran – tiada penamat. Ia sentiasa akan berlingkar dalam pusingan yang sama tanpa ada titik akhir. Satu nombor yang cukup kuat, tidak mampu dikalahkan oleh segala ilmu yang ada. Tidak ada orang bernung dibawahnya. Hanya pencipta memilikinya.

Mengetahui rahsia dan hikmat nombor ini penting kerana melaluinya kita dapat mengenal diri. Hidup akan lebih teratur, sentiasa berwaspada ketika membuat perhitungan.
Kita tidak perlu mencari Tok Piah, Kam tukang tilik, minyak cenduai Batin Yat atau bertemu bomoh fotostat bagi mencari barang hilang. Anda mampu meramal masa depan sendiri, menghalau hantu, mencari pasangan dan mendapat kekayaan. Semuanya boleh anda lakukan sekiranya anda tahu apakah rahsia nombor peribadi anda.

Nak tahu apakah nombor peribadi anda? Formulanya ringkas sahaja. Anda cuma perlu campurkan saja jumlah nombor tarikh lahir anda.
Misalnya anda lahir pada 12-12-1969. Maka, campurkan sekali semua nombor yang ada pada tarikh lahir anda tersebut.
1+2+1+2+1+9+6+9 = 31 ( 3+1=4)
Jadi nombor peribadi anda adalah 4.

Perlu diingat di sini bahawa, semua rahsia dalam nombor ini bukanlah satu perkiraan dan fakta yang tepat. Sebaliknya ia hanyalah ramalan melalui pengalaman dan hasil kajian bijak pandai dahulu kala.

8P pererat hubungan

petua kasih sayang suami isteri

Berikut adalah PETUA 8P tersebut ;

1. PUJI : iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. PELUK : yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. PENGHARGAAN : di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. PERHATIAN : yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. PERSEFAHAMAN : persefahaman suami isteri mesti dipupuk sejak dari awal perhubungan. Suami isteri perlu bertolak ansur antara satu sama lain.

6. PERGAULAN : iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. PERCUTIAN : di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8. PERMOHONAN : iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

kasih sayang suami isteri

Makna disebalik gaya makan

Wah! Skiema habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu buat kamu bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih 'minat' dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun di sebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu tetap satu di hatinya! Cewah!

Asyik belek makanan

Hai! Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu! Macamlah makan tu sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Elok saja! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. So, usahlah diragukan cintanya!

Serius ketika makan

Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat. Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna kamu masih lagi 'wujud' di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai! Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu 'hilang' sesaat pun dari pandangannya. Jaga-jaga, kang nanti tercekik tulang pulak! Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah yek!

Makan sambil borak

Syok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat dia marah. 'Angin satu badan'lah pulak!

Makan sambil kerap tengok jam

Tengok jam tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih panjang dan tak ada perkara yang nak 'dikejar'. Jangan salah faham, bukan dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti 'on time' dia sampai. Sebab tu dia tak suka seseorang yang lembap.

Makan sambil merungut

Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati kamu dibuatnya. Alah! Biasalah tu, dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan kamu.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma awas, dia tu kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata.

Sunday 29 March 2009

Senaman Kacip Fatimah

1. Halus Pandangan

Faedah: Menurut petua orang tua-tua Melayu, senaman mata ini mengelakkan diri anda dari mudah pusing mata dan dapat menajamkan fokus mata.

Gerakan: Apabila terjaga dari tidur, pejamkan kedua mata. Baring terlentang dalam keadaan santai tenang. Gerakkan bola mata seolah-olah anda memandang ke arah kepala anda, kaki, kiri dan kanan. Kemudian pusingkan bola mata itu mengikut arah jarum jam. Ulangi perkara yang sama tapi kali ini melawan arah jarum jam.

2. Angin Tunggal

Faedah: Gerakan ini membantu mengeluarkan angin dari dalam perut, mengurut dan menyengkak rahim serta menyempitkan anggota sulit wanita.

Gerakan: Baring terlentang, lunjurkan kedua-dua kaki. Tarik nafas. Kemudian angkat kaki kanan lurus ke udara. Bengkokkan lutut anda dan bawa ia ke arah dada sambil anda lepaskan nafas. Selepas itu, dalam keadaan nafas biasa, paut lutut yang dibengkokkan itu menggunakan kedua-dua tangan anda ke arah dada dan tahankan posisi ini selama 7 saat. Tukar kaki dan ulangi proses yang sama.

3. Angin Kembar

Faedah: Membantu mengeluarkan angin serta mengurut pinggul serta merampingkan pinggang wanita.

Gerakan: Baring terlentang. Angkat kedua-dua kaki anda tegak ke udara. Tarik nafas. Kemudian bengkokkan kedua-dua lutut anda itu ke dada sambil lepaskan nafas. Dalam keadaan nafas biasa pula, pautlah kedua lutut itu ke arah dada dengan kedua-dua tangan anda. Tahankan posisi ini selama 7 saat.

Adab di meja makan

Adab di meja makan agak kurang diberi perhatian terutama pada kanak-kanak. Mereka sering tidak mengendahkan tatatertib apabila sudah nampak makanan di depan mata.

Perlakuan yang kurang sopan dan makan dengan gelojoh merupakan fenomena biasa bagi kanak-kanak ketika menjamu selera.

Dalam usia sebeginilah, mereka seharusnya didedahkan dengan adab yang boleh mencerminkan kelakuan dan taraf seseorang itu supaya apabila dewasa kelak, adab ini boleh diwarisi kepada anaknya pula.

Tip-tip adab di meja makan adalah seperti:

~ Makan dengan mulut yang tertutup saat mengunyah makanan.

~ Berbicara dengan suara yang rendah.

~ Tutup mulut saat batuk atau bersin.

~ Jangan menyandarkan punggung di sandaran kerusi.

~ Jangan menimbulkan suara saat mengunyah makanan.

~ Jangan memainkan makanan dengan peralatan makan.

~ Jangan menimbulkan suara saat memakan sup.

~ Letakkan garpu di sebelah kiri dan garpu di sebelah kanan bersama-sama di arah jam tiga di atas piring dengan bahagian pisau yang tajam menghadap ke dalam. Ini menandakan bahwa anda telah selesai makan.

~ Napkin yang disiapkan untuk anda hanya untuk membersihkan mulut bila kotor.

~ Jangan mengambil makanan dari piring orang lain dan jangan memintanya juga.

~ Jangan lupa untuk selalu mengatakan 'tolong' dan 'terima kasih' setiap kali meminta bantuan.

Saturday 28 March 2009

3 simple ways to have more FUN

Life can often turn into an endless procession of mundane obligations if we’re not careful. Besides the never-ending household chores, we consistently carry the burden of work duties, family responsibilities, personal goals, and commitments to our community, neighbors and friends.

With all of these burdens resting on our shoulders day after day, it’s no wonder we end up feeling like we’re stuck in a rut of tedious repetition.

Fortunately, adding more fun to our daily lives can be as simple as mixing things up from time to time.

Here are 3 simple ways to bring a greater element of fun into your life:

Make time for recreation.

You may think you are too busy to make time for fun and relaxation – but if you are that busy you NEED it more than anyone does! You don’t have to devote endless hours to recreation in order to benefit from it. Simply set aside some time once or twice a week to relax and recharge.

You can spend time with your family members, watch a movie or disappear into a good book, take a soothing bubble bath, or even go for a walk in a local park. The activities themselves don’t really matter. The important thing is to give yourself permission to relax and let go of stress for awhile.

Follow your passions.

When was the last time you did something you loved just because you wanted to do it? Many of us push our passions aside while we tend to other, “more important” duties. However, indulging your passions on a regular basis can make even the most mundane chores seem more rewarding.

Begin making time to engage deeply with your passions. Whether you take a few classes in topics that inspire you, set up a mini-studio in your basement or network with others who share the same interests, you will be lending a greater element of fun to all areas of your life.

Find the humor in every situation.

A good sense of humor can make even the darkest situation seem bearable. If you want to make your life more enjoyable, make a point of laughing as often as possible! Seek out humorous material that tickles your funny bone. Read joke books, watch comedies on television, or hang a favorite cartoon clipping in your workspace.

At the same time, try to find something funny about every situation you experience. Almost always, you’ll be able to see the lighter side. Learn to laugh at yourself – not in a cruel way, but in a good-natured way. Help others to laugh at themselves also. The more you can focus on the lighter side of each situation, the more fun you will have.

These may be simple suggestions, but do not be fooled - they hold great power! When you do these things on a regular basis, you find yourself feeling lighter, freer and happier all the time, not just while you’re actively engaged in fun activities. And a light mood can make any obligation seem less burdensome!

khasiat tomato


TOMATO buah berwarna merah dan boleh dimakan mentah. Namun, bukan semua orang menggemarinya! Tahukah anda tomato mengandungi pelbagai khasiat tersendiri, termasuk membantu mencegah penyakit berbahaya?

Warna merah itu ialah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung.Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.

Perunding Pemakanan di Institut Jantung Negara (IJN), Mary Easaw John, berkata cara terbaik bagi menambah jumlah likopena di dalam badan manusia adalah melalui pengambilan makanan berasaskan tomato dan produk masakan yang diperbuat daripada bahan itu.

Beliau berkata, berdasarkan kajian saintifik, likopena dapat membantu mencegah penyakit tertentu seperti kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser perut. Likopena juga dapat membantu mengurangkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat) dan sekali gus mengawal tekanan darah supaya stabil, katanya pada ceramah kesihatan The Red Campaign di ibu negara, baru-baru ini. Kempen itu dianjurkan oleh syarikat makanan global, Heinz, yang mengeluarkan sos tomato, perasa dan pelbagai aneka sos.

Mary berkata, sumber terbaik untuk mendapatkan likopena ialah dari sos spagheti, jus tomato, tembikai, pes tomato, sup tomato, cili sos dan sos koktel. Beliau berkata, kira-kira 80 peratus likopena terkandung di dalam produk tomato dan buah tomato tetapi hakikatnya, tomato yang sudah dimasak mengandungi likopena yang lebih tinggi.

Ini kerana, katanya, proses memasak akan memecahkan dinding sel tomato yang sekali gus membenarkan tubuh manusia menyerap likopena. Bagaimanapun, beliau berkata, sebaik-baiknya pastikan anda tidak menggunakan minyak dan lemak yang berlebihan ketika memasak untuk memastikan keberkesanan penyerapan likopena.

kehendak wanita dari segi Seks

* Lelaki patut lebih ceria semasa melakukan seks.
* Makan malam bersama dan bersuap-suapan makan ke mulut pasangan sebelum melakukannya.
* Tidak suka lelaki menghimpit kerana sukar bernafas.
* Gembira jika inzal tapi tak perlu inzal untuk merasa puas, asalkan suami dapat beri kemesraan.
* Tidak suka lelaki yang pentingkan dir sendiri. Suka lelaki yang ambil berat tentang kehendak pasangan.
* Gembira jika lelaki dapat menenangkan hatinya sebelum melakukannya.
* Suka jika lelaki melayaninya seolah-olah mereka melakukannya buat pertama kali. Lelaki itu patut mengasihi serta lemah-lembut.
* Lebih suka disentuh dan dirangkul berbanding inzal bila melakukannya.
* Gembira jika boleh memberitahu lelaki apakah perasaannya bila melakukannya dan lelaki itu memahaminya.
* Suka hatinya bila lelaki berkata bahawa dirinya cantik menawan.
* Perlukan masa untuk menyegarkan badan serta berdandan sebelum melakukannya.
* Tidak suka melakukannya dalam keadaan yang tergopoh-gapah.
* Suka jika lelaki mengejutkannya dari tidur dengan cara mencium tubuhnya.
* Merasa gembira bila lelaki memuji bahagian demi bahagian dari tubuhnya.
* Gemar melakukan diwaktu pagi.
* Suka berendam dalam air sebelum melakukannya.
* Gemar jika lelaki bergilir-gilir melakukannya sekali untuk pasangannya, kemudian untuk dirinya pula.
* Gembira jika dipanggil dengan nama-nama manja sebelum melakukannya.
* Benci bila melakukannya setelah selesai saja makan malam.
* Tidak suka lelaki yang gelojoh di atas ranjang, sepatutnya bertenang dan jangan terkejar-kejar tidak tentu hala.
* Tidak akan merasa jemu mendengar lelaki memuji betapa jelitanya dia.
* Gembira jika lelaki menumpukan perhatian pada dirinya bila melakukannya, bukan pada benda lain.
* Tidak suka jika lelaki memakai minyak wangi yang tidak sedap baunya.
* Suka jika lelaki memberitahunya apakah yang telah dilakukannya dengan betul, bukan hanya kesalahannya.
* Gemar jika lelaki yang membukakan pakaiannya.
* Suka berjanji dulu pada hari bila dan waktu bila mahu melakukannya, dan janji itu perlu ditunaikan.
* Gembira jika lelaki menunjukkan kasih sayang setelah melakukannya melebihi masa sebelumnya.
* Suka melakukannya dalam suasana udara yang hangat.
* Gemar hanya melakukan di atas ranjang.
* Tidak gemar bila lelaki menunjukkan kegagahan dan kekerasan semasa melakukannya.
* Gembira mendengar sesuatu yang menghairahkan dikatakan oleh lelaki sebelum melakukannya.
* Tidak suka jika lelaki membawa makanan ke ranjang.
* Tidak suka melakukannya jika malam sudah terlalu lewat.
* Tidak gemar bila lelaki melakukan cara yang sama saja setiap kali bersama.
* Gemar jika lelaki membelai-belai rambutnya sebelum melakukannya.
* Benci bila lelaki terus mencabut keluar zakarnya sebaik saja inzal.
* Gembira jika lelaki berkata dengannya pada masa itu dengan nada suara yang rendah dan dalam.
* Tidak suka pada lelaki yang memaksa.
* Suka jika lelaki meniup-niupkan nafas yang hangat ke telinganya.
* Suka lelaki yang berterus-terang apakah kelemahan lelaki itu dari sudut seks.
* Tidak suka lelaki yang serta-merta mahu memulakannya tanpa ringan-ringan.
* Gembira jika jari kakinya diurut terlebih dahulu.
* Tidak suka lelaki yang melakukannya sebelum lelaki itu mandi.
* Tidak suka lelaki yang mencakar-cakar tubuhnya dengan rakus.
* Gemar jika lelaki berada di atas dan mengawal aktiviti.
* Tidak suka melakukannya bila anak-anak masih jaga atau ada di rumah.
* Suka dan akan melayani sepenuh hati lelaki yang kuat bekerja mencari nafkah utnuk keluarga.
* Gemar menunggu melakukannya dalam keadaan cahaya terang.
* Gembira melakukannya sambil muzik lembut berkumandang.
* Gemar jika lelaki melakukannya dengan lemah-lembut dan perlahan.
* Suka jika lelaki menghadiahkan padanya bunga.
* Gemar jika lelaki tunjukkan kasih sayang yang tinggi semasa melakukannya.
* Menganggap rahsia seks ialah kejujuran.
* Sama ada inzal atau tidak dan berapa kali inzal tidak penting.
* Adakalanya mahu memberi, adakalanya hanya mahu menerima.
* Gemar disentuh sebelum, ketika, setelah dan luar masa melakukan seks.
* Gembira jika lelaki menjilat sekitar payudara kemudian meniupnya dengan lembut.
* Suka jika lelaki itu merasa bangga ketika bersamanya.
* Perlukan perhatian dan masa.
* Suka jika ia dapat berterusan sepanjang malam.
* Gembira sekiranya lelaki menyatakan perasaan nikmatnya bila melakukannya.
* Suka jika zakar disorong lambat dan ditarik dengan cepat semasa dayungan.
* Gemar jika lelaki peka kepada kehendak dan perasaannya.
* Suka jika berpegangan dan berpimpin tangan.
* Suka sekiranya seks itu menjadi menifestasi cinta.
* Gembira diperlakukan dengan kasar.
* Tidak gemar jika seks di anggap oleh lelaki sebagai rutin kerana itu tidak menyeronokkan.
* Gemar meraba dan diraba hingga tidak tertahan lagi kegelian.
* Selepas melakukannya suka tidur di dalam rangkulan lelaki.
* Suka jika lelaki melakukan sesuatu yang memeranjatkan di ranjang.
* Gembira kerana lelaki melakukannya bersamanya setiap hari dengan kata dan layanan yang baik.
* Suka jika lelaki menggunakan tangannya untuk menjelajah ke seluruh tubuhnya dan betisnya dibelai.
* Tidak pernah masuk tidur dengan keadaan marah atau bosan, semua masalah diselaiskan dahulu.
* Gemar jari-jarinya disedut oleh lelaki.
* Seks patut mengembirakan bukan sesuatu yang menyedihkan hati.
* Mesti mahukan inzal bila melakukannya.
* Suka meletak bantal di bawah pinggul bila melakukannya dalam keadaan lelaki di atas dan dia baring terlentang.
* Gemarkan posisi-posisi baru.
* Suka jika payudara diramas dengan lemah-lembut seolah-olah menjaganya jangan pecah.
* Rasa istimewa bila lelaki memberikan perhatian yang tidak berbelah bagi.
* Tidak sudi kepada lelaki yang tidak mempunyai perasaan kepadanya.
* Semasa di ranjang mahu dianggap sebagai wanita sempurna segala segi.
* Lelaki yang lemah-lembut dan baik hati menjadi idaman.
* Melakukannya di tempat ganjil menjadi hobi.
* Sanggup menjadi hamba seks lelaki asalkan lelaki pun begitu.
* Lebih lama lelaki bersabar sebelum memulakannya, lebih cepat wanita inzal.
* Mahu tahu apa yang lelaki tertarik dengan dirinya.
* Suka lelaki yang bersopan.
* Lebih suka jika lelaki tunjukkan kasih sayang dengan cara bukan seksual.
* Suka jika dapat tentukan sendiri masa untuk melakukannya, tidak hanya lelaki sahaja.
* Saya tidak mahu seks, saya mahu memadu cinta.
* Gembira jika lelaki menyuruhnya memainkan peranan aktif sekali-sekala.
* Suka lelaki yang bersabar.
* Gemar bergurau senda selepas melakukannya dan anggap itulah paduan cinta yang sebenar.
* Suka cara yang berbeza-beza.
* Gemar jika dicium lembut sambil masuk ke kamar.
* Rasa selesa dan selamat melakukannya dengan lelaki yang setia.
* Benci bila lelaki menolak ajakannya.
* Gemar jika lelaki memegang tangannya sambil masuk ke kamar.

Friday 27 March 2009

How to dress with self confidence

While it's nice to think that appearances don't matter, the fact is that you clothes can have an effect on your self-confidence. That said, the only important thing is how you feel about the clothing you wear, not what others may think about it. Dress in a way that makes you feel confident and everything else will fall into place.

Finding your own style is a great way to feel more confident about the clothes you wear. Look to fashion magazines, catalogues and your stylish friends and associates for inspiration, but then create a look that's entirely your own.

Whether you prefer a tailored look or a hippie bohemian style, whatever makes you feel comfortable with yourself is the right choice.

There are times when you'll need to ignore this personal style and wear clothes that are appropriate for a certain occasion. When you're faced with such an event, or even if you have to do it every day for your job, find a way to make the required dress work for you, perhaps by adding your own style with subtle accessories. And if you just can't think of a way to feel comfortable in a tuxedo or the lime green bridesmaid dress your friend selected, draw confidence from the fact that everyone around you feels the same way.

When it comes to clothes, the most important thing is to wear items that make you feel confident and avoid everything else. If you have a shirt that clings to your stomach and makes you feel incredibly fat, then the obvious answer is to not wear that shirt anymore. Too many people would continue to wear the shirt and feel their self-confidence drop every time they put it on. Find pieces that work with your body type and your best natural attributes. If you're not sure how to do it, ask your most stylish friend or family member or find a full-service clothing store.

If you feel like your body type gets in the way of looking your best, maybe you're just not making the best choices. Don't be embarrassed about shopping in the "Women's" department, the "Petite" section or a "Big and Tall" store if that's where you'll find the clothing that fits you best. If you're accustomed to buying your clothes at discount stores, investing in some more expensive but high-quality pieces can result in a better fit because of the better craftsmanship.

Support garments like control-top pantyhose can improve your silhouette and the way you feel about yourself.

Jewelry can add to a polished look. Select pieces that complement and mesh with your chosen style. Don't forget other details as well when you choose accessories. A stylish hat or a fun pair of shoes can bring it all together.

Glasses are another issue when it comes to accessorizing. Some people hate the idea of wearing glasses because they think they look too bookish or it makes them feel old to need reading glasses. Contacts or laser eye surgery may be a suitable option if the idea of wearing glasses is that hateful and detrimental to self-confidence. Alternately, some use their need to wear glasses as an opportunity to show their fashion sense. They choose stylish or trendy frames that complement their faces and improve their confidence in their overall appearance.

Now you're sure to run into people along the way who just want to bring you down. They may scoff at your personal style or your lack of designer clothing or any other detail they can think of to make them feel better about themselves.

Know that this will happen and prepare for it. Whether you want to create snappy comebacks ahead of time or you just want to brace yourself for an insult, being prepared will keep the hateful words from sinking in and affecting the way you feel about your dress. If you're facing these attacks regularly, it may be time to find a new group of friends, remove yourself from the situation, or whatever would lead to a happier you.

The saying, "Clothes make the man" may or may not be true, but with the right choices, clothes can make or break your self-confidence.

Pemimpin yang dihormati

Menjadi pemimpin yang dihormati dan berjaya di tempat kerja bukanlah sesuatu tugas yang senang? Seorang pemimpin haruslah menyiapkan diri dengan cabaran yang bakal ditempuhi kerana lain organisasi lain pula budaya dan kerenah pegawai2 serta staf bawahan.

Hari ini, saya nak berkongsi tips dengan anda mengenai apa yang boleh dilakukan bagi membantu anda untuk jadi pemimpin yang disenangi oleh staf anda.

1. Jangan takut buat silap

Kita kerap melakukan kesilapan. Jadi belajarlah dari kesilapan dari masa ke semasa. Elakkan dari mengulangi kesilapan yang sama. Anda jangan cuba menyorokkan sesuatu dengan menipu mereka. Lama kelamaan ia akan terbongkar juga.

2. Libatkan semua orang.

Jangan buat kerja seorang diri. Ia bukan sahaja memenatkan kita, tetapi orang lain juga terasa mereka diabaikan. Mereka tidak akan rasa dihargai kewujudannya.Walau apapun jawatan dan kedudukan, mereka semua ada potensi untuk memberikan idea dan pendapat yang kreatif. Jadi libatkan semua orang dalam membuat sesuatu perancangan atau projek.

3. Jadilah seorang yang fleksibel dan adaptif

Anda perlu ada kemahiran mempelajari sesuatu dengan pantas dan mengubahsuainya mengikut keperluan semasa. Bekerjasamalah dengan orang lain. Mereka mungkin dapat membantu. Tiada gunanya meninggi diri dan ego tidak bertempat.

4. Miliki visi yang berpandangan jauh.

Ini termasuklah visi untuk diri sendiri, pasukan dan organisasi anda. ” Pakejkan” visi ini dan berkongsilah dengan orang lain dalam organisasi. Berikan penekanan terhadap visi pada setiap peluang yang anda perolehi. Adakah ia selari ataupun sebaliknya?

5. Sanggup ambil risiko

Anda seharusnya berani mencuba idea-idea baru yang berpotensi. Risiko sebanarnya ada dimana-mana. Yang membezakannya hanyalah adalah samada besar ataupun kecil. Menyahut cabaran bermakna anda bersedia mengambil risiko. Dan mereka yang gagal menyahut cabaran biasanya tidak akan melakukan perubahan dan tidak dipandang orang.

6. Berikan dorongan kepada orang lain untuk kreatif dan inovatif

Ini adalah kunci perubahan jika anda ingin mara lebih jauh ke hadapan. Relakan diri anda untuk dipengaruhi oleh idea-idea baru.

7. Berilah latihan dan peningkatan diri

Luangkan banyak masa untuk membuat kerja ini kerana ia seperti satu pelaburan jangka panjang. Kita boleh melatih mereka dengan cara seminar, bengkel, taklimat, pengalaman bersama, serta mengajaknya melakukan sesuatu yang baru.

8. Galakkan kerja berpasukan

Jangan mengongkong dan menghalang mereka kerja bersama. Berilah autonomi dan autoriti jika mereka memerlukan sedemikian (dan jika keadaan mengizinkan). Dengan cara itu, mereka akan menjadi lebih berdikari.

9. Beri ganjaran

Berilah ganjaran kepada mereka jika mereka dapat melakukan sesuatu tugas dengan baik. Ada banyak jenis ganjaran termasuk pujian, sanjungan, bonus, kenaikan pangkat, anugerah, tambah gaji dan sebagainya. Apa yang penting gunakan kuasa GANJARAN. Ini adalah satu bentuk motivasi yang amat berkesan.

20 tanda lelaki jatuh cinta

1. Lelaki akan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu perkara ntuk kekasihnya dengan rela hati bukan kerana terpaksa atau dipaksa.

2. Lelaki akan sentiasa ingin menghiburkan kekasih hatinya dan berubah menjadi orang yang suka berbual.

3. Lelaki akan kerap menasihati dan memberi pandangan kepada kekasihnya sebagai tanda dia menyayangi kekasihnya itu.

4. Kadangkala lelaki cuba menyekat kebebasan kekasihnya kerana wujudnya perasaan cemburu dan curiga.

5. Lelaki sentiasa berasa takut akan kehilangan kekasihnya.

6. Lelaki tidak menyukai sekiranya kekasih hatinya rapat atau berkawan dengan lelaki lain.

7. Apabila kekasihnya tidak memberi tumpuan sepenuhnya, lelaki akan mudah berasa cemburu dan sensitif.

8. Adakalanya lelaki bersikap seperti keanak-anakan kerana mahukan perhatian dan layanan daripada kekasihnya.

9. Lelaki akan berubah menjadi seorang yang rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa sahaja.

10. Lelaki mula pandai merajuk kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

11. Lelaki akan mula berasa risau dan curiga apabila kekasihnya berjauhan darinya dalam tempoh yang lama.

12. Lelaki akan sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya kerana dia lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

13. Lelaki akan kerap bertanyakan sedalam mana cinta kekasihnya terhadap dirinya.

14. Lelaki tidak akan melayan perempuan lain jika tiada urusan penting.

15. Lelaki akan cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu.

16. Lelaki akan cuba membanggakan kekasihnya di depan kawan-kawan atau orang lain.

17. Apabila putus cinta, lelaki mudah berasa serik dan wujudnya rasa tidak percaya dengan cinta perempuan lain. Pada masa yang sama, dia mengharapkan kekasihnya kembali.

18. Lelaki menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup berkorban apa sahaja termasuk harta mahupun nyawa.

9. Lelaki tidak akan berlaku curang terhadap kekasihnya. Tetapi apabila mereka curang ini bermakna kasih sayang terhadap kekasihnya itu belum sepenuhnya.

20. Tidak semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya kerana seoran perempuan.

Thursday 26 March 2009

orang yang mencintai kamu

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’,
‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia
akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, jauh dihati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan
minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah
mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun
yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

[ Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada,jangan pernah mensia- siakan orang tersebut… kamu akan menyesal melakukannya! ]

Meningkatkan kesuburan

Untuk meningkatkan kesuburan seseorang, minumlah kacang soya setiap hari. Kalau boleh soya yang diperah secara asli (bukan dalam kotak). Ini disebabkan kacang soya membantu mengatasi penurunan hormon estrogen pada wanita kerana kacang soya mempunyai khasiat isoflavon iaitu khasiat yang mempunyai kesan yang sama seperti estrogen. Cubalah!!

Wednesday 25 March 2009

Masalah keputihan

“Keputihan’ yang disebabkan oleh keluaran lendir dari faraj seringkali menimbulkan kerunsingan dan ketakutan di kalangan wanita-wanita.

Perkara yang paling ditakuti sekali ialah jangkitan kuman (venereal disease) seperti siplis dan gonorrhea iaitu penyakit –penyakit yang dijangkitkan menerusi hubungan seks. Perkara lain yang merunsingkan wanita ialah kemungkinan beliau mengidap penyakit kanser pada bahagian peranakan. Bagi gadis-gadis yang belum berkahwin, pengeluaran keputihan menimbulkan persoalan samada mereka mengidap penyakit yang mengancam kesuburan mereka di masa hadapan kelak.



1. Peranan lendir di dalam faraj

Pengeluaran lendir keputihan dari kemaluan tidak semestinya menandakan penyakit. Di sebaliknya ia mungkin tanda seperkara yang biasa sahaja. Lendir dikeluarkan oleh faraj dan pangkal rahim untuk tujuan tertentu. Ia dikeluarkan oleh sel-sel dan kilang-kilang khas pengeluar lendir.

Lendir ini mempunyai tugas pelindung kepada sel-sel dan dinding saluran faraj. Jika tanpa lendir, sel-sel tersebut akan menjadi kering dan rosak. Kekeringan faraj sering dialami oleh wanita-wanita yang telah putus haid (menopause) dan iini boleh menimbulkan masalah seperti rasa sakit sewaktu bersetubuh dan terkeluarnya darah dari dinding faraj.

Lendir faraj juga mempunyai peranan penting dalam peranan persetubuhan dan pengeluaran lendir bertambah banyak ketika naik syahwat dan ketika bersetubuh. Dalam keadaan demikian lendir adalah dikeluarkan oleh kilang-kilang lendir yang khusus dan terletak di bibir faraj. Keluaran lendir dari faraj yang berlebihan boleh berlaku di kalangan gadis-gadis yang sedang di alam percintaan dan gadis-gadis yang tinggi syahwatnya.

Pangkal rahim (cervix) juga mengeluarkan lendir denga tujuan-tujuan tertentu. Lendir pangkal rahim memainkan peranan dalam percantuman di antara benih lelaki (sperm) dan benih perempuan (ovum) di dalam proses persenyawaan.

Lendir ini mempunyai daya untuk membekal makanan dan tenaga kepada benih-benih lelaki untuk beberapa hari dalam keadaan hidup jika sperma terletak di dalam lendir di pangkal rahim (pada kebiasaannya benih lelaki hanya hidup di antara 24-28 jam sahaja). Sifat dan keadaan lendir di pangkal rahim berubah dengan pusingan haid oleh sebab terpengaruh dengan perubahan paras hormon.



2. Apakah yang mengawal pengeluaran lendir?

Pengeluaran lendir dari faraj adalah dipengaruhi oleh paras-paras hormon-hormon iaitu estrogen dan progesteron di dalam darah wanita. Hormon-hormon tersebut menambah bilangan kilang-kilang lendir dan membesarkan saluran-salutran kilang tersebut. Kenaikan dalam paras hormon tersebut , menambahkan lagi pengeluaran lendir dari dinding faraj dan pangkal rahim.

Keadaan ini sering kita temui apabila seorang wanita hamil. Ketika kehamilan kandungan hormon-hormon estrogen dan progesteron meningkat naik dan ini seringkali menyebabkan pengeluaran lendir yang berlebihan dari biasa.

Keadaan yang sama seringkali dialami oleh wanita-wanita yang memakan pil perancang keluarga kerana pil tersebut mengandungi kedua jenis hormon etsrogen dan progesteron. Wanita-wanita yang sedang dalam rawatan dengan ubat-ubat hormon oleh sebab penyakit-penyakit yang tertentu seperti endometriosis kadang-kala juga mengalami pengeluaran lendir yang berlebihan.

Keadaan-keadaan tersebut di atas adalah dianggap sebagai fisiologi atau biasa dan tidak perlu merasa gempar atau bimbang.

Pengeluaran lendir yang berlebihan juga boleh berlaku kerana gangguana jiwa seperti keadaan yang menimbulkan kesedihan atau kegembiraan yang amat sangat. Begitu juga wanita-wanita yang bekerja kuat dan memerlukan tenaga fizikal yang banyak, pengeluaranlendir yang berlebihan juga boleh berlaku.


Sifat lendir yang normal

Pada kebiasaannya sifat dan rupa lendir atau keputihan itu adalah jernih , cair tanpa berbau dan tidak diiringi rasa gatal.

Tuesday 24 March 2009

Love and Honesty

Love honestyIn a relationship, any relationship, complete honesty is always needed. In fact, honesty should be part of the relationship’s foundation. The principle behind it is that basically, no one likes being lied to, and if a relationship is to flourish, it should not be peppered with lies.

Lying with words is simple enough to pull off but easy enough to detect. No matter how smooth and suave the lie has been delivered, we all have an innate sense of knowing that we were lied to. Just feeling that we have been deceived already hurts, regardless of whether it was done deliberately or not.

But there is another form of lying that is more dangerous than lying with words. It is called emotional dishonesty. There are times that you like the guy so much that you would do anything to keep him with you. You would change your manner of speaking, the way you dress, the way you wear your hair, your personal routine, everything about you, just to please him. In effect, you are lying to yourself by not staying true to your own identity, and you are lying to him as well for showing him a different person than who you really are.

In the end, the truth shall come out. You are not only in danger of losing him when the truth behind the lies is finally revealed, but you would also lose yourself in the process. Losing yourself is one of the worst possible outcomes in the end of a relationship; sometimes, it is hard to regain the sense of who you truly are.

tips praktikal jimat petrol

Bersama-sama kita jimatkan petrol demi memulihara alam sekitar!
Berikutan daripada harga minyak antarabangsa yang melambung naik, harga minyak tempatan turut meningkat dengan mendadak, secara tidak langsung telah mengakibatkan kenaikan harga barangan. Keadaan ini memberi impak yang besar kepada orang ramai, khususnya mereka yang membawa kereta, apatah lagi gaji pula kekal sama. Anda disarankan mempraktikkan cara-cara menjimatkan petrol seperti berikut demi menyelamatkan diri kita dan memulihara alam sekitar.

  • Semasa hidupkan enjin
  • Elakkan menekan minyak dengan kuat, tambahkan kelajuan secara perlahan-lahan
    Berbanding menambahkan kelajuan secara perlahan-lahan, menekan minyak dengan kuat akan menyebabkan penggunaan petrol bertambah sebanyak 2 hingga 3 kali ganda. Tabiat pemandu yang kasar, contohnya menekan minyak dengan kuat atau tiba-tiba menekan brek, boleh menyebabkan penggunaan petrol bertambah sebanyak 30%. Jadi, pandulah dengan cermat untuk memastikan perjalanan yang lebih lancar dan menyenangkan sepanjang hari.

  • Memandu sambil memanaskan kereta
  • Kebanyakan kereta pada masa sekarang tidak lagi menggunakan karburetor, jadi enjin kereta tidak perlu dipanaskan sebelum berjalan. Tarikkan injap sambil membawa kereta dapat memanaskan enjin secara perlahan-lahan. Pandulah kereta dengan kelajuan yang biasa sambil memanaskan kereta anda. Selepas 1 – 2 km, enjin kereta anda akan mencapai suhu yang sesuai.

  • Semasa isikan minyak, jangan bertindak keterlaluan
  • Apabila pam minyak berhenti secara automatik, bermakna tangki minyak telah penuh dan harus alihkan muncung bagi mengelakkan lebihan pengisian. Keadaan ini samalah seperti anda dipaksa makan bila perut sudah kenyang. Minyak berlebihan akan menumpah keluar jika kereta anda berjalan di atas jalan raya yang tidak rata. Keadaan ini bukan sahaja membazirkan, malah tidak mesra alam.

  • Dalam perjalanan
  • Kekalkan jarak yang selamat dan elakkan menekan brek secara mengejut
    Kelajuan kereta akan berkurangan atau berhenti jika brek ditekan, jadi enjin perlukan petrol yang lebih untuk menggerakkan semula kereta daripada gear rendah atau daripada keadaan statik.

  • Elakkan memecut!
  • Semasa di lebuh raya, anda barangkali akan menambahkan kelajuan tanpa disedari sambil menikmati keseronokan memecut yang tak terpada. Memecut bukan sahaja akan meningkatkan penggunaan petrol, malah juga akan meningkatkan risiko ditimpa kemalangan jalan raya.

  • Perintang
  • Ramai yang suka pasangkan bendera kecil atau aksesori dan kelengkapan lain pada bumbung kereta. Benda-benda seperti itu sebenarnya merupakan perintang yang akan membebankan kereta anda dan memperlambatkan kelajuan kereta anda, seterusnya menambahkan penggunaan petrol.

  • Elakkan kerap menekan brek
  • Asyik merehatkan kaki kanan anda pada brek dan menekan brek bukan sahaja menambahkan penggunaan perol, bahkan juga akan memendekkan hayat brek kereta. Keadaan ini juga akan membahayakan pemandu yang mengikut di belakang kereta anda.

    Tayar lebar dan rendah lebih stabil tetapi lebih tinggi penggunaan petrol
    Sesetengah pemandu suka menukar tayar lebar dan rendah yang lebih luas permukaannya demi menikmati pemanduan yang lebih stabil semasa memecut. Oleh kerana permukaan tayar yang bersentuhan dengan jalan adalah lebih luas dan menyebabkan geseran yang lebih kuat, jadi ia perlukan kuasa enjin yang lebih. Keadaan ini akan meningkatkan penggunaan petrol, khususnya bermula daripada keadaan statik.

    Pengetahuan Am

  • Letakkan kereta di tempat berteduh
  • Elakkan daripada meletakkan kereta di tempat tidak berteduh. Suhu dalam kereta akan naik jika kereta terdedah di bawah bahangan matahari dalam tempoh masa yang panjang. Apabila kereta dibawa, sistem penghawa dingin mengambil masa yang lebih panjang untuk menyejukkan keadaan dalam kereta, akibatnya penggunaan petrol turut bertambah.

  • Jangan melengahkan penyenggaraan berkala
  • Penyenggaraan adalah wajar bagi setiap 5,000 atau 10,000 km, untuk memeriksa penapis minyak, bendalir, angin, bateri, penyambung CV dan sebagainya bagi membolehkan kereta anda berkeadaan optimum dan lebih menjimatkan petrol. Tekanan tayar juga mesti diperiksa supaya berkeadaan normal. Tekanan angin yang sesuai dapat menambahkan 3.3% jarak yang dijalani. Kekurangan tekanan tayar menghabiskan petrol yang banyak iaitu penggunaan petrol akan bertambah 0.4 sen bagi setiap pengurangan 1 paun tekanan angin. Lebih teruk lagi tayar mungkin akan pancit kerana terlampau panas. Jadi pemeriksaan tekanan tayar dengan kerap bukan sahaja menjimatkan wang, malah juga dapat melindungi keselamatan anda.. Tayar akan menggoncang jika tekanan tayar terlampau tinggi, ia juga akan mengakibatkan pancit dan membahayakan.

  • Bersihkan plag pencucuh
  • Karbon mungkin terkumpul pada bahagian enjin dan di sekeliling plag pencucuh jika kereta anda selalu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Penimbunan karbon ini akan melemahkan proses pembakaran dan menghabiskan petrol yang lebih banyak. Jadi, plag pencucuh yang bersih boleh membantu pembakaran yang sempurna dan menjimatkan petrol.

  • Kurangkan penggunaan alat elektrik
  • Tenaga elektrik dalam kereta dihasilkan oleh generator. Semua alat elektrik dalam kereta seperti penghawa dingin, lampu, sistem penggera, stroboskop dan sebagainya, hanya akan membebankan generator. Semakin banyak tenaga elektrik diperlukan, generator perlu mengeluarkan tekanan yang lebih pada timing belt untuk menghasilkan lebih banyak tenaga elektrik. Keadaan ini sudah pasti akan menambahkan penggunaan petrol.

  • Kurangkan bebanan
  • Ramai pemandu jarang mengemaskan dan membersihkan benda-benda yang tertimbun dalam keretanya, kadang-kala mencapai 40-50kg! Lebihan berat ini bersamaan dengan membawa lebih seorang penumpang, penggunaan petrol juga akan bertambah 1-2%.

  • Pengubahsuaian sembarangan membazirkan petrol dan wang
  • Sesetengah kedai pengubahsuaian kenderaan akan menasihatkan pemilik kereta supaya menukarkan konverter katalisator. Pada halnya, pengubahsuaian sebegini hanya akan menekan ekzos lalu membebaskan lebih banyak tenaga dan menghabiskan petrol yang lebih.

    Rahsia mandi

    Kajian terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan
    untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta
    berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

    Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine
    menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam
    berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13
    peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air
    panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

    Berikut ini disenaraikan beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya;

    Mengeluarkan racun: Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas
    membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan
    membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang
    dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

    Stres: Jika anda mengalami stres, mandi air sejuk adalah jawapan yang
    tepat. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.
    Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat
    menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. l

    Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal
    boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam
    air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian
    dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk
    berendam selama 10 hingga 20 minit.

    Selesema dan sakit kepala: Merendam kaki dalam air panas membantu
    menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang
    lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan
    pergelangan kaki kemudia tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender,
    peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk. Lakukannya selama
    10 hingga 20 minit.

    Insomnia: Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda yang
    mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki
    sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,
    pendarahan hidung, selsema dan sembelit..

    warm regards

    tq to all of u who supported my blog.. whenever it is pro or cont ( comment ), i'll accept it..
    i think all of u as a blogger know that drsexology's blog has achieve 400 people who views this site until today (24th of March 2009)..

    and furthermore... i wish to welcome our new followers ..
    enjoy ur day here.. i hope that this articles will bring out new learning education about our life, behaviour, and sexology..

    if u want to share something, just email me at drsexology7@gmail.com..
    tq

    sikap "TERLALU" yg harus dihindari


    Sikap 'terlalu' ini sangat berbahaya dalam perhubungan sekiranya tidak dikawal. Ia mungkin dapat menjejaskan hubungan yang harmonis atau menjadi penyebab pertengkaran yang berulang pada sesebuah hubungan. Oleh itu lebih baik kita menyelidik diri sekiranya kita menghadapi gejala 'terlalu' dalam diri kita.

    1. Terlalu Manja

    Sifat manja wanita sering dikaitkan sebagai suatu daya tarikan tersendiri. Banyak lelaki yang menyukai kemanjaan kekasihnya, kerana ia dapat membangkitkan sifat melindunginya. Namun jangan kemanjaan tersebut berlebihan. Wanita yang terlalu
    manja seumpama anak kecil yang mengada-ngada. Paling teruk karenah wanita yang terlalu manja kelihatan buruk di depan umum. Pasti akan memalukan teman lelakinya.

    2. Terlalu Tertutup

    Demikian pula dengan sikap terlalu tertutup, hal ini akan menghambat komunikasi.
    Padahal komunikasi sangat penting bagi menjaga keharmonisan setiap hubungan. Baik lelaki mahupun wanita ingin mengetahui pengalaman, perasaan dan keinginan pasangannya.

    3. Terlalu Terbuka

    Orang yang bersikap umumnya menyenangkan dan mesra. Namun sikap yang terlalu terbuka juga kadangkala menjadi tidak menyenangkan. Orang yang terlalu terbuka biasanya mengungkap isi hatinya tanpa melihat situasi dan keadaan, sulit menyimpan rahsia, dan yang lebih buruk adalah kebiasaan bicara dulu , berfikir kemudian serta melampau had sempadan.

    4. Terlalu Cerewet

    Ada sebahagian wanita yang kurang menyedari, betapa buruknya wanita yang terlalu cerewet. Jika seorang ibu cerewet kepada anaknya yang masih kecil mungkin masih dapat dimaafkan. Namun cerewet kepada kekasih amat menyesakkan, meskipun dengan
    alasan "Kerana aku sayang padamu".

    5. Terlalu Sensitif

    Wanita yang terlalu perasa atau sensitif akan membuat kekasihnya merasa tidak bebas untuk mengungkapkan perasaanya, kerana takut melukai hatinya. Padahal dalam hubungan cinta yang sihat kedua belah pihak seharusnya saling mengungkapkan perasaannya dengan bebas. Kadangkala gurauan juga dapat mengguris perasaan wanita yang terlalu
    sensitif sehingga pasangannya tiada mood untuk berlawak jenaka bagi menceriakan suasana.

    6. Terlalu Mengongkong

    Lelaki memerlukan kebebasan atau ruang untuk melakukan aktiviti yang disukainya, untuk menekuni apa yang dipelajarinya, untuk bergaul dengan teman-temannya dan untuk menjadi dirinya sendiri. Jika wanita terlalu mengongkong, mungkin untuk sementara pasangannya dapat bertahan atau memahaminya, namun tidak untuk jangka panjang.
    Dia akhirnya akan bosan dan berontak sehingga boleh menjejaskan hubungan.

    7. Terlalu Memperlekeh

    Lelaki tidak menyukai wanita yang tidak menghargainya, apalagi memperlekehkannya. Wanita perlu bersikap lebih bijak untuk tidak membuat lelaki merasa direndahkan baik oleh sikap mahupun ucapan yang dihamburkan. Bila kamu hendak memperbaiki kekasih kamu yang terlalu banyak kelemahannya, kamu perlulah mendorongnya untuk berubah sedikit demi sedikit dgn cara yang sewajarnya iaitu tidak memperlekehkannya.

    8. Terlalu Memiliki

    Tidak ada seorang pun yang betul-betul ingin dimiliki oleh orang lain. Tentu saja dia kekasih kamu, namun bukan milik peribadi kamu. Jadi biarkan dia juga dimiliki oleh dirinya sendiri, oleh teman-temannya, oleh keluarganya dan oleh orang lain.

    9. Terlalu Menyanjung

    Kebiasaan memuji dan saling menghargai memang perlu. Selain untuk merapatkan hubungan, ia juga penting untuk meningkatkan rasa percaya diri kekasih kamu.
    Tetapi kalau kamu terlalu sering menyogoknya dengan pujian dan sanjungan, kamu tidak saja merosak erti sebenar pujian , tetapi juga membuat si dia merasa bosan. Dia juga menganggap kamu tidak ikhlas.

    10. Terlalu Menuntut

    Meskipun lelaki perlu dipacu semangatnya, namun terlalu menuntut bukanlah cara yang baik. Lelaki juga ada had kesabarannya dalam melayan karenah pasangannya yang terlalu menuntut itu dan ini. Lama-kelamaan dia akan jadi bosan dan tidak lagi mahu menurut kehendak pasangannya.

    Jenis perempuan yg dijauhi lelaki


    Wajah sememangnya cantik. Badan montok. Kulit mulus. Tapi kenapa lelaki seperti menjauh dari anda. Jangan-jangan, anda termasuk jenis perempuan yang mereka hindari. Cuba lihat senarai di bawah, apakah anda termasuk dalam salah satu kategori.

    1. Miss Superwoman
    Perempuan superhero, yang terlalu berdikari, angkuh dan seperti tak perlukan lelaki, dihindari lelaki dalam kehidupan nyata. Selain tak rela anda yg berkuasa, lelaki tak suka berdampingan sekiranya hanya jadi pak turut..

    2. Miss Matre
    Perempuan yang selalu suka pada kebendaan tak akan digemari lelaki. “Saya pernah berkenalan dengan seseorang berwajah cantik. Tapi saya terus hilang mood bila dia tanya, 'awak ke sini bawa kete apa? Rumahmu di daerah mana?' Bedebah! Belum apa-apa dah tanya pasal kete. Yang bikin paling bengang, bila saya cakap pasal kete saya, dia cuma menjawab pendek ‘ooh,’” kata Shah, (keterer).

    3. Miss Workoholic
    Mereka tak melarang anda bekerja, tapi kurang suka ketika perempuan bekerja siang malam. Mereka akan menilai perempuan seperti ini akan rela mengorbankan keperluan dan kepentingan demi pekerjaan. Silap-silap, janji utk dinner bersama dan tengok wayang selalu gagal kerana anda sibuk di pejabat.

    4. Miss Barbie
    Barbie memang cantik, tapi tak boleh diajak berbual dan berbincang. Begitu pun dengan perempuan yang ada ciri-ciri barbie. “Saya pernah berjumpa dengan jenis seperti ini. Dari luar wajah dan penampilannya memang cantik dan memenuhi selera saya. Tapi sayang, bila diajak berbual, saya tak dilayan.macamlah dia sorang yang cantik. hahaha” ujar Adek (tauke Jamu).

    5. Miss Obsesif
    Perempuan yang terobsesi untuk secepat mungkin menjadi isteri adalah mimpi buruk bagi mereka, kerana mereka membayangkan pasti anda bakal mengejarnya untuk segera bernikah dengan anda. Apalagi jika baru kenal, anda sudah kecoh-kecoh pasal baju pengantin, bahkan menyiapkan nama untuk calon anak-anaknya walaupun masih belum menemukan calon suaminya.

    6. Miss Bossy
    Perempuan yang suka perintah dan mengarah juga membuat lelaki tak mahu mendekat. Perilaku bossy boleh dilihat ketika anda bekerja atau sebagainya, seperti kepada pelayan restoran atau office boy. Sekejap-sekajap memberi perintah buat ini buat itu.

    7. Miss Agresif
    Baru dalam proses dilihat dan dipandangi olehnya, Anda sudah meneleponnya sehari lima kali. Mengiriminya SMS bertubi-tubi. Perempuan yang terlalu agresif menakutkan mereka, karena menganggap akan melakukan segala cara untuk menjerat dirinya.

    8. Miss Intelektual
    Cantik, berambut panjang, baik, pandai masak, itu ciri-ciri dari kriteria yang dicari lelaki kat perempuan. “Yang kami cari hanya orang yang sesuai dan senang diajak berbual. Saya rasa tak selesa dan tak sepadan dengan perempuan yang terlalu pandai, kerana dia pasti ada ego yang tinggi sama seperti saya,” Danesh, (pegawai kerajaan).

    9. Miss Mommy
    Lelaki mengaku takut mendekati perempuan yang dah berusia kerana tidak ingin didesak minta segera dinikahi. Perempuan berusia matang termasuk yang dihindari oleh mereka yang masih ingin menikmati masa berhibur lebih lama.

    Bahaya kerang


    INI mungkin mengejutkan ramai peminat kerang rebus atau kerang bakar.

    Sebagaimana yang kita ketahui, habitat kerang adalah di dalam lumpur dan pada kebanyakan waktu ia membuka cangkerangnya untuk mengumpulkan sumber makanan.

    Sekiranya kerang itu diperoleh dari kawasan yang airnya tercemar, kekotoran dan toksik yang terkandung di dalamnya boleh mengakibatkan masalah kesihatan seperti sakit perut akibat keracunan.

    Lebih teruk, anatomi kerang menjadi tempat terbaik bagi aktiviti bakteria dan virus yang menyebabkan hepatitis dan meningitis. Ia sama bahaya dengan kes keracunan raksa seperti yang dilaporkan terdapat pada ikan laut.

    Wanita hamil dan mereka yang sensitif terhadap makanan separa masak sebaik-baiknya perlu melupakan keinginan untuk menikmati kerang atas risiko keracunan.

    Jika tidak dapat dielakkan, pastikan dahulu dengan pemilik gerai (jika dia mengetahui), dari manakah kerang itu didapatkan dan bagaimanakah ia dimasak.

    Adakah kerang rebus lebih baik daripada kerang bakar?

    Sementara kerang bakar membuatkan kita memakan kesan lumpur yang menjadi unsur karbon dan tar, rebus pula menyingkirkan lebihan lumpur dalam cangkerang.

    Kaedah rebus juga boleh mematikan darah kerang yang berpotensi mengandungi unsur yang memudaratkan. Maka, anda perlu pastikan ia direbus lebih lama.

    Monday 23 March 2009

    Tips kesihatan perlu diamalkan

    Di bawah ini disenaraikan beberapa tips yang mungkin boleh dikongsi bersama mengenai perihal cara pemakanan yang bagus.

    • Jangan Makan kombinasi makan seperti dibawah ini ;
    1. Jangan makan SUSU + DAGING
    2. Jangan makan DAGING + IKAN
    3. Jangan makan IKAN + SUSU
    4. Jangan makan AYAM + SUSU
    5. Jangan makan IKAN + TELUR
    6. Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
    7. Jangan makan SUSU + CUKA
    8. Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

    • Jangan makan buah selepas makan nasi, sebaliknya makan buah terlebih dulu kemudian barulah makan nasi.
    • Tidur 1 jam selepas makan tengahari.
    • Jangan makan malam terlalu lewat. Kalau boleh, makanlah makan malam sebelum maghrib.

    Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

    Islam menyarankan kepada kita untuk menjaga kesihatan dengan baik. Berikut ini beberapa amalan yang boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan :-

    • Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
    • Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
    • Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
    • Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam?

    Mungkin perkara yang disenaraikan dah banyak kali dan biasa sangat kita dengar. Tapi kalau setakat dengar dan tahu saja tapi tak amalkan apalah gunanya.

    Pantang larang lelaki

    Mungkin wanita tidak sedar wujud beberapa perkara yang boleh menjadi pemicu kepada kemarahan golongan cik abang. Dengan memahami ‘pantang-larang’ kaum lelaki dan perkara-perkara yang boleh membuat mereka bosan, ia dapat mengelakkan si isteri daripada terjebak dalam perbalahan rumahtangga.

    Berikut adalah beberapa ‘pantang’ lelaki ;

    1. Ungkit kisah lama

    Anda marah dan kerana kemampuan wanita mengingati sesuatu peristiwa dengan terperinci, anda mengomel sambil mengungkit kisah 10 tahun lalu.

    Tetapi cik abang bertanya: ‘Ah? Apa kena mengenanya?’

    2. Banyak soal
    Wanita suka berdialog, umpamanya beliau ingin tahu di mana lelaki itu makan tadi, dengan siapa dan apa yang dibualkan tetapi lelaki salah faham dan menganggapnya seperti disoal inspektor polis.

    3. Bersaing dengan dirinya
    Beliau sedang bercerita dengan anda tentang perangai bos di tempat kerja. Bukannya beliau ingin anda mendengar keluhannya, sebaliknya bercerita panjang lebar tentang diri sendiri.

    Lelaki menganggap anda sedang bersaing cerita dengannya sedangkan apa yang beliau mahukan ialah untuk anda mengatakan beliau betul dan bosnya salah.

    4. Perlakukan mereka bak anak kecil
    Mereka tidak perlukan seorang lagi ibu untuk memperbetulkan gaya, cakap dan pakaian mereka, bertanya mengapa tidak melakukan begitu dan begini.

    5. Mengongkong
    Bukan beliau tidak mempedulikan anda.

    Sebenarnya ramai lelaki perlukan ruang untuk menyendiri. Mereka kadangkala perlu berinteraksi dengan kaum sejenis mengenai perkara-perkara yang hanya mereka fahami.

    6. Menuduh
    Wanita suka berbicara bak dirinyalah menjadi mangsa sekali gus membuat lelaki berasa bersalah. Misalnya:

    Wanita: Baju mana yang cantik, merah ke biru?
    Lelaki: Entah, suka hati awak. Dua-dua cantik.
    Wanita: Awak memang tak ambil endah. Semua tak tau!

    7. Cakap berputar belit
    Cara perbualan, penyampaian dan menceritakan sesuatu dengan amat terperinci dan panjang lebar seolah-olah tiada penghujungnya membuat lelaki bosan kerana apabila berbual, lelaki lebih fokus.

    8. Tidak tahu simpan rahsia
    Mungkin wanita rasa tidak bersalah memberitahu teman bahawa suaminya berdengkur amat kuat dan cerita begini menggelikan hati tetapi lelaki menganggapnya kesalahan besar.

    9. Bertanya sayang ke tidak
    Pertanyaan seperti, ‘Awak sayang saya tak?’ buat sekali dua tidak mengapa tapi kalau ditanya berulang kali boleh membuatnya bosan.

    10. Kata ‘tak ada apa-apa’
    Apabila anda mematikan diri dan mengharap mereka ‘membaca’ fikiran anda, anda membuat mereka berasa keinginan untuk menolong ditolak dan akhirnya, mereka pun meradang. Tercetuslah perang sengit.

    new email

    i've new email account for this blog..

    drsexology7@gmail.com

    any comments or if u have such as articles to share, just email to this account..

    Zikir & doa utk kekal cantik

    1. Untuk sentiasa kelihatan cantik menawan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :

    • Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
    • Baca ” Ya Nur ” 1x
    • Baca ” Ya Hadi ” 1 x
    • Baca ” Ya Allah ” 3x

    Amalkan membaca zikir ini dan tiup ke tapak tangan dan kemudiannya sapu ke muka kita setiap hari.

    2. Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;

    • Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
    • Selepas baya ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.

    *Kaedah ini adalah untuk rawatan dalaman supaya kelihatan cantik muda dan bertenaga luaran dan dalaman.

    3. Bacalah surah al-Waqiah tiap tiap hari sebelum tidur, nescara kita akan sentiasa murah rezeki dan mendapat ketenangan jiwa.

    Sedikit tambahan info ;
    Kepada yang selalu sakit kepala atau migrain tu, amalkan membaca ayat 19 dari surah al-Waqiah. Moga-moga boleh menghilangkan / meredakan sakit kepala yang dialami.

    Sekian, selamat beramal.

    Makanan ibu dalam pantang

    Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.

    Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah. Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.

    Jenis ikan

    Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.

    Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.

    Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.

    Ulam-ulaman

    Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

    Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya:

    Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.

    Jenis sayuran dan buahan

    Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung. Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.

    Jenis ayam dan burung

    Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.

    kuatkan daya ingatan

    Untuk menguatkan daya ingatan, antara perkara yang perlu diambil berat adalah:

    1. Waktu Tidur Mencukupi

    Tidur yang cukup memang penting untuk kesegaran tubuh. Badan kita perlu rehat yang secukupnya. Keletihan hanya akan menganggu maklumat yang telah disimpan oleh otak. Selain itu, ia juga akan menjejaskan kemampuan kita untuk mempelajari sesuatu yang baru.

    Jadi, amalkanlah tidur yang mencukupi di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

    2. Cuba Mengawal Tekanan Sebaik Mungkin

    Tekanan akan membuatkan jiwa kita rasa tidak tenteram. Akibatnya tahap kesihatan akan terganggu. Kemudiannya, kita juga akan kurang peka dengan keadaan persekitaran dan tidak dapat berfikir dengan baik seterusnya daya ingatan pun turut terjejas.

    Jadi, mulai saat ini, cubalah kawal setiap tekanan yang dihadapi. Kita boleh cuba kawal tekanan dengan membaca Al-Quran, meditasi, sauna, aromaterapi dan seumpamanya.

    3. Amalkan Bersenam

    Dengan bersenam, kita dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Secara tak langsung, daya ingatan akan bertambah baik.

    Bersenam bukan setakat pergi ke gym semata-mata. Tetapi dengan berjalan kaki, berkebun dan mengemas rumah pun dikira sebagai senaman juga.

    4. Elakkan Kemurungan

    Usahlah bermurung kerana ia hanya membuatkan anda kurang ceria ataupun langsung tak ceria. Bila dah tak ceria, hidup ni pun kurang bermakna kan? Lama-kelamaan ia boleh menjejaskan daya ingatan.

    Sebelum ia merebak lebih parah, elakkan kemurungan ni dengan mendekatkan diri dengan Tuhan. Sebagai usaha tambahan, berjumpalah dengan pakar yang berkenaan.

    Thursday 19 March 2009

    63 petua bahagia Dr. Fadzilah Kamsah

    Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

    Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

    Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

    Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

    1. Doa yang berterusan.

    2. Patuh ajaran agama.

    3. Murah dengan pujian.

    4. Murah dengan khidmat.

    5. Murah dengan belaian kasih sayang.

    6. Murah dengan sentuhan.

    7. Mencari kebaikan pasangan.

    8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

    9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

    10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

    11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

    12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

    13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.

    14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

    15. Tolak-ansur.

    16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

    17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

    18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

    19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

    20. Sanggup berkorban buat pasangan.

    21. Menghormati pasangan.

    22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

    23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

    24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

    25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

    26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

    27. Meletakkan hak kepada pasangan.

    28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

    29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

    30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

    31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

    32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

    33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

    34. Memahami peranan ‘pasangan’.

    35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

    36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

    37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

    38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

    39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

    40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

    41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

    42. Sentiasa berterus terang.

    43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

    44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

    45. Elakkan salah pasangan.

    46. Cari titik pertemuan.

    47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

    48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

    49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

    50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

    51. Seimbangkan hubungan dari segi:

    (a) Mental, pendidikan dan ilmu

    (b) Emosi

    (c) Fizikal dan ekonomi

    (d) Sosial

    (e) Spiritual

    52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

    53. Tidak terlalu mengongkong.

    54. Tidak bertindak bersendirian.

    55. Memberi peluang untuk berbeza:

    (a) Pendapat atau pandangan

    (b) Hobi

    (c) Kegemaran

    (d) Makanan

    (e) Cita rasa

    (f) Warna pilihan dan pelbagai

    56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

    57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

    58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

    59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

    60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

    61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

    62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

    63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

    7 Zon erotik lelaki

    Ramai salah anggap kononnya zon erotik lelaki hanyalah zakar dan kepala zakar. Sebenarnya, banyak lokasi zon erotik ditubuh lelaki. Sebaiknya, semua zon erotik ini distimulasi secara lembut dan dilakukan apabila seseorang dalam keadaan tenang.

    Stimulasi yang betul pada kawasan erotik ini akan memberi kenikmatan sama seperti stimulasi pada zakar, malah boleh mencapai orgasm. Kawasan erotik ini boleh distimulasi secara sendiri semasa masturbasi atau oleh pasangan ketika melakukan hubungan seksual.

    1.Kerandut buah zakar

    Kulit yang menyelaputi buah zakar adalah sensitif kepada sentuhan. Ia boleh diurut dengan pergerakan circular dengan menggunakan hujung jari atau secara oral.

    Kerandut ini juga boleh ditarik secara lembut semasa seks oral. Buah zakar juga boleh distimulasi secara gentelan lembut dengan mengunakkan jari.

    2. Puting dada.

    Puting dada lelaki mempunyai kapasiti erotik sama seperti puting buah dada wanita. Ia kaya dengan bekalan saraf dan amat sensitif.

    Pada kebanyakan lelaki, ia mempunyai kapasiti menegang dan menjadi keras bila dirangsang. Pergerakan circular yang lembut bermula dari arah luar ke dalam boleh dibuat di sekeliling puting. Lelaki juga akan terangsang apabila puting dipicit atau digentel.

    3. Kawasan Perineum.

    Kawasan perineum ini terletak antara zakar dan lubang dubur (anus). Ia boleh distimulasi dengan urutan perlahan dari pangkal kerandut zakar ke arah anus atau sebaliknya. Pergerakan secara sirkular dengan hujung jari atau secara oral di kawasan ini juga akan memberi sensasi erotik yang tinggi. Pergerakan yang sama juga boleh dilakukan pada bahagian peha sebelah dalam.

    4. Kawasan ari-ari (suprapubik).

    Kawasan ini terletak antara pusat dan pangkal zakar. Ia amat sensitif kepada sentuhan dan urutan.

    5. Kawasan punggung.

    Kedua dua pipi punggung dan celah antaranya adalah kawasan erotik yang jarang diterokai. Gerakan jari secara perlahan dari hujung tulang belakang melalui celah punggung hingga ke anus. Lakukan ini secara berulang-ulang. Bahagian dalam pipi punggung juga boleh diusap lembut.

    6. Kawasan Anus

    Kawasan anus adalah zon erotik utama tetapi jarang diterokai. Anus boleh distimulasi dengan cara pergerakan sirkular dengan hujung jari atau oral di pembukaannya. Pergerakan ini boleh diselang-seli dengan stimulasi di kawasan perinuem, bahagian dalam peha dan pipi punggung.

    Jika seseorang itu lebih adventerous, jari boleh dimasukkan secara perlahan-lahan ke dalam anus.

    Sebelum itu, pastikan jari dilubrikasi sepenuhnya dengan gel pelincir seperti KY Jelly. Pergerakan jari keluar masuk dan sirkular secara perlahan lahan mampu memberi kenikmatan pada seseorang lelaki.

    7. Urutan Prostat.

    Kelenjar prostat terletak di bahagian depan sebelah dalam anus. Ia boleh dirasa seperti satu bonjolan kecil. Kelenjar prostat ini boleh diurut secara perlahan dan hasilnya akan berlaku pengeluaran cecair jernih dari zakar.

    Ini akan memberi kenikmatan pada setengah lelaki. Sebelum urutan ini dilakukan , jari perlulah dilubrikasikan dengan sempurna. Seseorang lelaki itu juga perlu berada dalam keadaan yang relaks dan selesa dengan proses urutan ini.

    Saya harap dengan maklumat yang diberi ,ia dapat membantu anda dan pasangan berhubung zon erotik lelaki. Sudah semestinya dengan stimulasi zone erotik ini akan merangasang seorang lelaki melakukan persetubuhan yang hebat.

    Wednesday 18 March 2009

    Note 4 u all

    Dear folks...

    Enjoy my postings here.. Any suggestions? just leave a comment so that i can improve this site.. Furthermore, u also can vote which category u like..

    Regards:
    -admin-

    Tips temuduga


    1. Buat Kajian Tentang Syarikat/Majikan.

    Buat kajian tentang latar belakang syarikat kerana besar kemungkinan penemuduga akan bertanya kepada anda sejauh mana anda tahu tentang syarikat mereka. Ini penting kerana ia menunjukkan sama ada kita benar benar berminat untuk berkerja di syarikat tersebut atau kita sekadar ambil mudah sahaja. Pada zaman internet ini, amat mudah untuk kita mendapatkan maklumat berkenaan syarikat syarikat tersebut melalui laman web mereka. Sebagai contoh, syarikat IBM, Intel, Petronas, Accenture dan sebagainya mempunyai laman web rasmi mereka tersendiri.

    Anda juga perlu ambil tahu sebanyak mungkin berkenaan dengan berita berita terkini yang berkaitan dengan syarikat tersebut. Sebagai contoh adakah anda membaca berita 2, 3 hari lepas bahawa syarikat yang anda pohon bakal bergabung dengan syarikat yang lain dan bakal mengurangkan jumlah pekerja? Jika ya, maka anda berada dalam situasi yang tidak bagus. Yalah, takkan bila baru masuk kerja sudah nak kena diberhentikan? Malang betul.

    2. Buat Kajian Tentang Jawatan Kosong Yang Dipohon.

    Pastikan anda mendalami tentang jawatan yang dipohon terutama tugas tugas utama yang perlu dilakukan apabila anda menjawat jawatan berkenaan. Sebagai contoh, jika jawatan yang dipohon ialah Pembantu Akaun, senaraikan rutin rutin tugasan yang mungkin anda akan lakukan jika diterima menjadi seorang Pembantu Akaun di syarikat tersebut. Anda mungkin tidak mengetahui kesemuanya, tetapi apa yang anda boleh lakukan ialah dengan menyenaraikan sebanyak mungkin senarai tugasan dan memilih beberapa yang anda fikirkan paling tepat.
    Memang amat memalukan jika kita sendiri tidak tahu apakah tugas tugas yang bakal kita lakukan untuk jawatan yang bakal kita pegangi. Pasti si penemuduga juga akan jatuh mood apabila mengetahui anda tidak cukup serius untuk mengambil tahu tentang selok belok jawatan yang kita pohon.

    3. Sediakan Senarai Contoh Soalan Temuduga Yang Mungkin Ditanya Kepada Anda

    Banyak sumber yang ada menyediakan senarai contoh soalan temuduga yang boleh anda dapati. Salah satu daripadanya ialah dari laman web SKOR Career. Anda juga boleh mendapatkan contoh contoh soalan temuduga yang lain dari sumber sumber yang berikut:
    1. Working-Smart’s Interview Questions & Preparation
    2. Interview Tips and Questions by Career Consulting Corner
    3. Sample Behavioral Questions by Quint Careers
    4. Sample Interview Questions by About.com
    Selain daripada contoh soalan temuduga yang ditulis dalam Bahasa Inggeris, anda juga akan mendapat manfaat berkenaan dengan tip tip serta panduan menghadiri temuduga.

    4. Berlatih Hadiri Temuduga Secara Praktikal dan Role Play.
    Tiada gunanya kalau kita sekadar mengutip contoh contoh soalan temuduga jika sekiranya kita tidak mempraktikkannya secara praktikal atau role play. Role play di sini bermakna anda mencari seorang pasangan untuk memainkan peranan sebagai penemuduga, manakala anda menjadi calon pekerja. Si penemuduga ini akan bertanyakan soalan kepada anda berdasarkan kepada soalan soalan yang telah anda kumpul dan anda berlatih menjawab soalan soalan tersebut satu demi satu.

    Setelah temuduga role play selesai, tibalah masa untuk anda membuat kaji selidik ke atas persembahan anda dalam temuduga tadi. Dapatkan pendapat daripada pasangan anda tentang prestasi temuduga anda, buat analisa terhadap kelemahan anda, dan cuba perbaiki kelemahan itu. Ulang role play sehingga anda dan pasangan anda berasa puas hati. Insyaallah, dengan melakukan role play ini berulang kali, keyakinan anda akan bertambah tinggi. Perasaan gemuruh anda akan berkurang.

    5. Cari Maklumat Tentang Penemuduga

    Sebaik baiknya cari maklumat tentang penemuduga anda. Anda tidaklah perlu mendapatkan nama mereka, tetapi seboleh bolehnya cuba siasat apakah jawatan yang dipegang oleh si penemuduga tersebut. Ini kerana adalah penting untuk mengetahui penemuduga itu datang dari bahagian mana sama ada dari bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang berkaitan dengan jawatan anda. Ini kerana jika penemuduga datang dari bahagian Sumber Manusia, soalan yang bakal dikemukan lebih bersifat menganalisa sifat sifat seperti kemahiran berkomunisi, membuat analisa serta personaliti anda. Jika temuduga melibatkan bakal bos anda, maka soalan temuduga akan digabungkan untuk mengkaji sikap anda serta kemahiran dan pengetahuan anda dalam bidang yang diperlukan oleh jawatan yang dipohon.

    6. Ambil tahu jenis temuduga yang bakal anda lalui.

    Adalah penting untuk anda mengetahui jenis temuduga yang bakal anda hadiri untuk membolehkan anda membuat persediaan yang rapi dan secukupnya. Persediaan yang rapi membolehkan anda memposisikan diri anda untuk memberi kelebihan berbanding calon temuduga lain.

    Adakah temuduga anda merupakan temuduga secara perseorangan (1 to 1)? Adakah ia temuduga secara berpanel dan berkumpulan? Persediaan untuk menghadapi kedua dua jenis temuduga ini adalah berbeza. Jika temuduga itu adalah secara perseorangan, persediaan untuk menghadapinya lebih mudah. Ini kerana temuduga secara perseorangan tidak akan berlangsung terlalu lama. Paling lama pun dalam 2-3 jam. Jadi kita boleh menumpukan persediaan kita terhadap topik yang bakal dibincangkan. Manakala temuduga secara berkumpulan akan membabitkan soalan dalam pelbagai aspek, terutamanya jika temuduga berkumpulan itu memakan masa yang lama dan membabitkan beberapa sesi temuduga.


    7. Senaraikan soalan untuk ditanya kepada majikan.

    Temuduga kerja bukanlah sejenis interaksi yang hanya membenarkan majikan bertanyakan soalan kepada calon pekerja sahaja. Ia adalah 2-way street. Ini bermakna, selain daripada menjawab soalan, anda juga boleh menanyakan soalan kepada mereka. Ini penting kerana, walaupun mereka menyukai kita dan berhasrat untuk melantik kita memegang jawatan kosong yang ada, keputusan samaada untuk bersetuju berkerja dengan mereka terletak kepada kita. Jika kita mendapati syarikat tersebut tidak sesuai dengan kita berdasarkan beberapa kriteria yang tertentu, maka kita berhak untuk menolak tawaran kerja tersebut.

    Jadi ambillah kesempatan ini untuk bertanyakan kepada majikan tersebut tentang beberapa perkara. Contohnya:
    1.Bagaimanakah potensi saya untuk berkembang di syarikat ini jika saya bekerja di sini? Adakah syarikat ini mempunyai perancangan yang teliti untuk semua pekerja mereka?
    2.Saya ingin tahu apakan isu isu serta cabaran yang perlu dipikul jika saya memegang jawatan ini.
    3.Boleh saya tahu kenapa jawatan ini kosong? Adakah ia jawatan yang baru diterbitkan, atau seseorang telah meninggalkan jawatan ini lalu ia menjadi kosong?

    Inilah masanya untuk anda mengetahui lebih lanjut tentang maklumat syarikat tersebut yang selama ini anda perlukan jawapan. Sesi temuduga adalah sesi ringkas yang berakhir dalam beberapa jam, tetapi apabila anda bekerja di syarikat tersebut, berkemungkinan anda akan terus bekerja selama 4-5 tahun. Jadi gunakan kesempatan pada waktu temuduga dengan sebaik mungkin.

    8. Sediakan resume serta salinan dokumen lain yang lengkap.

    Saya cukup kecewa apabila calon temuduga gagal menyediakan dokumen penting seperti resume dan juga salinan fotokopi dokumen lain seperti keputusan peperiksaan dan transkrip. Lebih mengecewakan apabila saya sendiri memberi pesan kepada mereka untuk membawa item yang diperlukan. Kadang kadang mereka datang sambil lewa membawa thumb drive yang mengandungi resume mereka dan pandai pandai pula menyuruh penemuduga untuk mencetak resume mereka. Cara ini sungguh tidak sopan dan biadap.

    Sebenarnya, ini jelas menggambarkan sikap atau attitude calon pekerja itu sendiri. Jika mereka tidak serius dalam memohon pekerjaan dan menghadiri temuduga, mereka juga tidak serius dalam bekerja. Jadi penyelesaian kepada masalah ini adalah mudah. Saya akan menjalankan sesi temuduga yang ringkas, beri nasihat kepada calon tersebut dan akan menyuruh mereka pulang. Mereka tidak akan disenarai pendekkan untuk jawatan tersebut, tetapi mereka telah belajar sesuatu yang berguna - iaitu jangan main main dalam mencari pekerjaan.

    9. Pastikan anda tahu lokasi temuduga dan buat strategi untuk sampai awal
    Jika pada waktu untuk bertolak ke tempat temuduga barulah anda terhegeh hegeh menyemak di mana letaknya lokasi temuduga anda, lambat laun anda akan terlambat sampai ke lokasi. Ini adalah satu lagi sikap ambil mudah yang sering kali terbawa bawa oleh calon pekerja. Jika anda tidak berapa pasti tempat tersebut, ambil usaha untuk melawati sekitar tempat tersebut sehari (atau waktu malamnya) sebelum temuduga yang sebenar.

    Ramai calon yang beranggapan, jika mereka lewat, itu tidak mengapa asalkan mereka menelefon majikan yang bakal menemuduga mereka. Alangkah silapnya tanggapan ini. Walaupun panggilan anda dijawab dengan suara dan muka yang manis, anda tidak tahu bagaimanakah persepsi penemuduga terhadap anda. Jika penemuduga tadi telah merancang mesyuarat selepas temuduga bersama anda, ini bermakna, mesyuaratnya akan tertangguh. Jika anda memberi masalah ini kepada penemuduga, nahaslah anda.

    Jika perancangan anda silap, anda akan lewat. Apabila anda terlewat, fokus anda akan terganggu. Anda akan cepat gementar dan menggelabah. Bila sudah menggelabah, prestasi temuduga anda akan jelas merosot. Anda bakal menemui kegagalan.

    10. Bersedia dengan kod pakaian yang sesuai.

    Tidak kiralah anda ini jenis punk, rock, hip hop dan sebagainya, bila tiba waktu temuduga, pastikan kod pakaian yang betul! Untuk lelaki, kemeja cerah yang bertali leher, dan seboleh bolehnya memakai kot gelap. Seluar panjang berwarna hitam atau gelap adalah sesuai, diiringi denga kasut kulit berwarna gelap dan dikilatkan. Pemakaian anda akan memberikan impresi pertama (first impression) kepada penemuduga anda, dan dalam first impression, tiada peluang kedua untuk anda, jadi pastikan anda memberi first impression yang baik.
    Untuk wanita pula, sesuai memakai executive blouse berwarna gelap.

    Selamat berjaya dalam temuduga kerja anda!