Monday 1 June 2009

Faktor pendidikan anak terabai

Pelbagai faktor menjadi punca pendidikan anak terabai, malah lebih malang apabila ia turut menjerumuskan anak ke kancah kehidupan tidak menyihatkan.

Renungi perkara berikut yang mungkin mampu dijadikan bimbingan dalam mendidik anak:

# Kesibukan ibu bapa terutama dalam bidang kerjaya masing-masing atau sengaja menyibukkan diri dengan urusan seharian sehingga mengetepikan usaha mendidik anak.

# Kaedah dan cara didikan yang tidak betul, sama ada dilakukan secara sedar atau tidak yang boleh menjejaskan perkembangan fikiran anak.

# Pergaduhan berpanjangan antara suami isteri, malah keluarga mentua secara tidak langsung menyediakan landskap hodoh kepada persekitaran pendidikan anak.

# Perceraian suami isteri boleh menjadikan si anak terkontang-kanting dan keliru sehingga mereka mencari jalan penyelesaian yang mungkin memburukkan lagi keadaan.

# Pendedahan terhadap aktiviti yang boleh menyebabkan anak menjadi asyik dengan dunia palsu dan menghancurkan.

# Silap memilih kawan atau kelompok kawan yang akhirnya mendorong anak terjerumus ke lembah keruntuhan budi.

# Perantara seperti Internet, cakera padat (CD), cakera padat video (VCD), imej di telefon bimbit, majalah, televisyen dan seumpamanya yang mempunyai pengaruh cukup kuat boleh mendorong anak berkelakuan atau berfikiran tidak sewajarnya jika tidak dipantau.

# Kemiskinan dan pengangguran ibu bapa serta kesempitan hidup yang melampau boleh mendorong anak terjebak dalam gejala keruntuhan, ditambah pula dengan tarikan dunia yang serba materialistik.

# Anak-anak yatim yang dahagakan perlindungan dan kasih sayang juga boleh menjadi mangsa keruntuhan akhlak jika kebajikan dan pendidikan mereka tidak ditangani dengan sebaiknya.


Free Signature Generator

No comments:

Post a Comment