Tuesday 13 October 2009

anda normal???

Cerita 1

Aminah merenung batang yang semakin
menegak itu, dia terus mengusap-usap
batang tersebut, kelihatan air putih
mengalir keluar. Aminah pun menjerit
"..Nek lemang ni nak buat macam mana,
dah masak rasanya.."..

Cerita 2

Jalal meramas-ramas kemuncak kedua-dua
bukit kecil itu, hatinya puas dan
semangatnya semakin berkobar-kobar,
jari-jemarinya terus menguli tanpa
henti. Jalal tidak sabar hendak
menyiapkan model untuk projek sainsnya
itu yang bertajuk "bentuk muka bumi di
kawasan berbukit bukau."

Cerita 3

Zamrul menghisap-hisap puting itu dengan
berhat-hati dan perlahan, dia tidak mahu
tergesa-gesa, sesekali lidah nya
menyentuh lembut hujung puting itu dan
menyedut keluar sedikit susu ...."cehhh
masih panas, dah dekat satu jam aku
rendam dalam air suam pun masih panas"
Anak Zack yang masih bayi terus menangis
meminta susu. Zamrul semakin tension.

Cerita 4

Idham menjerit sambil menhenjut-henjut
badannya dengan rakus dan kasar "Come on
baby, lets make it..."..katanya
berulanag-ulang kali tanpa henti..
Kemuncaknya semakin tiba dan Idham
kelihatan semakin rakus memacu kudanya
untuk menamatkan perlumbaan itu, dia
bertekad untuk memenangi tempat pertama
dalam perlumbaan itu.

Cerita 5

Bahagian belakang kereta itu bergegar
dan berhenjut-henjut. Alman yang dari
tadi mengintip dari celah-celah pokok
dapat melihat dua susuk tubuh manusia
sedang melakukan sesuatu didalam
kegelapan itu. Alman terus mendiamkan
diri, dia takut kehadirannya akan
disedari. Tetapi setelah lama mengintip
Alman pun lantas bangun dan segera
menawarkan khidmatnya untuk membantu
mereka menukarkan tayar kereta mereka
yang pancit itu.

Kesimpulan Jika anda langsung tidak
terfikirkan aper-aper mengenai seks
semasa membaca 5 cerita diatas, ini
bermaksud anda bukanya seorang yang
normal. Sebaliknya jika anda terfikirkan
sesuatu yang berkaitan dengan
seks....jangan ler anda risau, sebab
anda adalah seorang yang normal ..

No comments:

Post a Comment