Saturday 12 September 2009

ketidakselesaan dalam hubungan intim


Antara langkah atau tips yang boleh baik untuk menunjukan ketidakselesaan dalam hubungan intim dengan pasangan anda.

Jangan pamerkan kehampaan
Jangan sesekali menunjukkan wajah masam mencuka ketika sedang melakukan hubungan intim dengan pasanan anda sungguh pun aksi pasangan anda membuatkan anda bosan, takut atau tertekan. Tindakan anda mempamerkan kehampaan hanya akan membuatkan pasangan anda berkecil hati atau berfikiran negatif.


Jangan berpura-pura
Anda tidak perlu berlakon atau berpura-pura bahawa anda merasa kenikmatan, keseronokan dan rasa terangsang dengan aksi pasangan anda. Sekiranya anda terus berpura-pura, pasangan anda menganggap anda suka dengan aksinya dan masalah akan terus berpanjangan dan anda terus rasa tertekan.

Katakan dengan manja
Jika anda kurang gemar dengan aksi pasangan anda, katakan dengan lembut dan penuh sopan dan berhemah. Jangan sesekali berkeras kerana ia hanya akan menyakiti hati pasangan anda. Memberi kritikan atau komen tentang persembahan pasangan anda dengan kata-kata yang manja lagi menggoda mampu merangsang keghairahan sekali gus mencabar pasangan anda untuk beraksi lebih agresif dalam mencari puncak keseronokan anda

Ajar pasangan anda
Jangan malu untuk memberi 'tunjuk ajar' kepada pasangan anda kerana anda lebih tahu di mana 'daerah' yang paling tepat untuk dirangsang. Pegang tangan pasangan anda untuk 'memandu arah' ke daerah keseronokan anda.

Beri isyarat kenikmatan anda
Beri isyarat menerusi rengekan, pergerakan tubuh dan pandangan tajam kepada setiap aksi pasangan anda yang pasangan anda persembahkan yang membuatkan anda rasa nikmat. Tindakan ini dapat membantu pasangan anda untuk merangsang lebih keghairahan anda.

Jangan malu berkomunikasi
Komunikasi amat penting bagi pasangan suami isteri terutama dalam hal-hal berkaitan hubungan intim. Suami isteri yang malu meluahkan kehendak seks masing-masing seringkali tewas dalam usaha untuk memberi keseronokan kepada pasangan. Beritahu dengan jujur ketika sedang berhubungan intim. Anda boleh meluahkan perasaan anda sebaik sahaja selesai berhubungan intim atau hari-hari berikutnya.

No comments:

Post a Comment