Tuesday 1 September 2009

Panduan menulis Resume

  1. Jangan menghantar resume kamu tanpa surat pengenalan diri. lni akan memberi tanggapan seolah-olah kamu tidak berminat untuk mendapatkan kerja tersebut.


  2. Surat pengenalan itu mesti dibuat dengan kemas dan teratur. Sebaiknya resume kamu mestilah ditaipkan supaya ia kelihatan kemas dan lebih formal, mudah dibaca dan senang membuat pembetulan. Jangan kirimkan resume yang difotostat kerana ia akan memberikan imej buruk pada kamu, seolah-olah kamu tidak bersungguh-sunguh.


  3. Resume harus ada dalam satu muka surat sahaja. Jadi, ia mesti ringkas, padat dan jelas.


  4. Tulis sendiri! Tidak salah kalau kamu membuat rujukan daripada contoh atau format yang sedia ada, tetapi sebaiknya kamu tulis sendiri dan tentu hasilnya lebih memuaskan. Selain itu, kamu juga harus jujur semasa membuat resume. Jika kamu membesar-besarkan keupayaan kamu, tentu kamu akan malu jika ia diketahui orang nanti.


  5. Elakkan ‘gimik’ seperti foto, lukisan kartun dan lain-lain. Resume harus formal dan bersih serta senang dibaca. Gimik yang diletakkan juga tidak akan mendapat penilaian yang lebih baik. Jadi jangan buang masa untuk membuatkan gimik itu. Lagipun, ia kelihatan seolah-olah kamu masih lagi kurang matang, tidak dapat bezakan surat formal dan peribadi.


  6. Resume kamu harus difokuskan dalam bidang kemahiran kamu sendiri terutamanya dalam bidang yang berkaitan dengan kerja yang kamu pohon itu.


  7. Gunakan nombor atau garisan supaya resume kamu kelihatan kemas.


  8. Resume kamu juga harus tepat dan khusus kepada topik yang dibincangkan supaya ia kelihatan aktif dan positif.


  9. Jangan bazirkan ruangan dengan perkataan yang tidak penting. Biarlah setiap perkataan yang ditulis itu bermakna dan menyokong objektif penulisan resume kamu.


  10. Buatlah beberapa draf dan berikan resume kamu kepada beberapa orang untuk diperiksa. Jika terdapat kesalahan dari segi tatabahasa atau ejaan, buatlah pembetulan. Resume yang mempunyai banyak kesalahan akan memberikan kesan buruk kepada pembacanya


No comments:

Post a Comment