Friday, 13 March 2009

Anak-anak: ibu bapa mencoraknya

Walau sejauh mana anak itu tinggal, kasih sayang ibu bapa tetap melekat di hati dan kasih itu jugalah menjadi pengukuh ikatan antara anak dengan ibu bapa.

Namun untuk mewujudkan satu ikatan kekeluargaan yang erat memerlukan satu rentetan hubungan yang baik antara ibu bapa dan anak sejak mereka dilahirkan.

Untuk memahami lebih dekat bagaimana ikatan itu boleh terhasil Abbot Sdn Bhd mengambil inisiatif menjayakan kem "Gain Family Discovery" di Tioman baru-baru ini.

Kem ini memberi pendedahan kepada ibu bapa yang berkerjaya tentang bagaimana untuk mendidik dan mengasuh anak-anak dengan cara yang betul tanpa memberi tekanan kepada anak-anak.

Ini susulan ramai kanak-kanak kini mengalami tekanan emosi berpunca daripada gesaan untuk memenuhi kehendak ibu bapa tanpa memikirkan keinginan anak masing-masing dan sikap sedemikian perlu diubah.

CARA BETUL DIDIK ANAK

Sememangnya masa membataskan ibu bapa yang mempunyai kerjaya untuk meluangkan masa bersama anak-anak dan ini berbeza pada masa lampau.

Bertemakan "lebih banyak anak-anak belajar, lebih bersedia mereka (anak-anak) untuk menghadapi masa depan", Abbot Sdn Bhd telah mengambil daya usaha untuk memperlihatkan kepada ibu bapa mengenai cara yang betul untuk mendidik anak-anak.

Pakar perunding klinikal psikologi Monash University di Pusat perubatan Sunway, Paul Jambunatahn dalam ceramahnya berkata, kemahiran berkomunikasi serta memahami kehendak anak-anak adalah penting bagi merapatkan lagi hubungan kedua-duanya.

Beliau turut menekankan pentingnya penglibatan anak-anak dalam setiap perkara kekeluargaan di samping mendengar dan beri tumpuan 100 peratus dengan apa yang mereka ingin suarakan.

Ilmu keibubapaan sangat penting untuk diterapkan secara mendalam kepada setiap ibu bapa sekarang tambahan pula kanak-kanak sekarang semakin bijak dan agresif, katanya.

"Tambahan pula kehadiran anak-anak ini merupakan pelengkap dan penyeri bagi rumah tangga. Pasangan suami isteri yang merancang dengan baik terhadap tumbesaran anak mereka kurang mendapat konflik rumah tangga berbanding mereka yang tidak merancang.

"Anak-anak belajar daripada pemerhatian terutama apa yang dilakukan oleh ibu bapa kerana menganggap mereka adalah contoh yang terbaik untuk diikuti", jelas beliau.

Pesanan Paul kepada peserta program agar anak-anak diberi kasih sayang yang mencukupi dan bukan berlebihan.

MAKANAN BERNUTRISI

Peserta juga didedahkan mengenai penyediaan makanan yang sesuai untuk tumbesaran kanak-kanak oleh pakar paediatrik, Dr Chow Su Lin.

Beliau menyarankan kanak-kanak diberi makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan serta makanan yang mengandungi nutrien pada setiap hidangan harian.

Makanan yang mengandungi nutrien yang mencukupi dapat membantu kanak-kanak membesar dengan baik, membekalkan sistem imunasi yang kuat untuk melindungi mereka daripada serangan alergi dan jangkitan penyakit

No comments:

Post a Comment