1. Ingat bahawa seks bermula di otak.
Keinginan terhadap seks mampu dicipta walaupun anda ataupun pasangan sebenarnya tidak dalam mood untuk bercinta. Ia bermula di otak, jadi jika ingin mencipta ghairah maka fikirkanlah tentang perkara yang indah berkaitan dengan hubungan seks. Fikirkan tentang saat-saat membahagiakan ketika bersama di ranjang, keseksian pasangan mahupun kenangan bulan madu anda. Bagi merangsang pasangan anda pula, ceritakan kenangan tersebut secara singkat kepadanya atau pun mengirimkan gambar untuk memberi signal kepadanya. Atau anda juga boleh mengirimkan setangkai bunga mawar secara simboliknya.
2. Tekankan perkara yang romantik.
Wanita terutamanya amat menyukai perkara-perkara romantis. Lelaki juga tidak tekecuali menginginkannya. Jadi loveplay seharusnya ada unsur ini. Sekiranya anda bukanlah seorang yang romantik maka pelajarilah tentangnya. Bukan susah, buka lampu bilik yang malap, pastikan ruang bilik harum baunya dan bagi wanita pakailah sesuatu yang dapat merangsang nafsu suami. Tidak perlu menunggu malam hari untuk melakukan perkara yang romantik untuk pasangan. Kiriman bunga ataupun makan tengahari bersama kadangkala sudah mampu untuk menyentuh perasaan pasangan.
3. Perlahan-lahan.
Mulakan loveplay dengan sentuhan. Namun ramai lelaki melakukan kesalahan bila melakukan perkara ini. Mereka terus menfokuskan sentuhan dan ciuman pada daerah seks wanita. Selain itu sasaran utama mereka juga adalah payudara. Sebenarnya belaian yang disukai wanita tidak sama dengan lelaki. Lelaki mungkin suka menyasarkan sentuhan pada bahagian ini tapi berbeza dengan wanita. Mereka turut mahukan sentuhan lembut di belakang, kaki, punggung, leher dan banyak lagi bahagian sensitif mereka.
4. Berikan orgasme
Ramai wanita tidak mengalami orgasme ketika melakukan hubungan seksual bersama pasangannya. Malah ada juga yang berpura-pura mengalami orgasme kerana tidak mahu mengecewakan suami. Tapi ada juga sebenarnya yang mengalami orgasme lebih daripada sekali dalam hubungan seksual. Loveplay yang baik akan cukup membantu mencipta ghairah buat wanita dan inilah seterusnya yang mampu memberikan orgasme buat wanita.
5. Kelembutan.
Setap sentuhan yang diberikan pada pasangan sewaktu loveplay seharusnya penuh kelembutan. Selain itu pastikan anda tidak gelojoh sebaliknya melakukan urusan pemanasan dengan perlahan-lahan.
No comments:
Post a Comment