Tuesday 10 March 2009

Rangsang anak anda makan

Memang ramai kanak-kanak meragam kerana tidak mahu makan. Ibu bapa pasti bimbang jika keadaan berlarutan kerana ia boleh menjejaskan kesihatan si kecil.

Antara cara yang boleh dilakukan bagi menggalakkan anak makan adalah seperti berikut:

# Menyediakan makanan sebaik waktu makan iaitu mendidik supaya anak makan pada waktu ditetapkan.

# Jadikan waktu makan sebagai waktu berkumpul seisi keluarga.

# Galakkan anak menghabiskan makanannya. Berikan pujian setiap kali dia menghabiskan makanan. Cara ini boleh memberi rangsangan positif kepada minda anak.

# Elak memberi makanan ringan ketika menghampiri waktu makan kerana ia boleh menjejaskan selera anak.

# Jadikan masa makan sebagai waktu menggembirakan.

# Jika anak cerewet, hiaskan makanan dengan cara kreatif untuk menarik minat mereka makan. Kebanyakan kanak-kanak suka makanan cantik dan menarik.

Malah, mereka lebih berselera untuk menikmati makanan yang cantik.

# Pelbagaikan jenis hidangan untuk anak. Beri anak peluang mencuba jenis makanan baru setiap hari bagi mengelakkan mereka rasa jemu.

# Hidangkan buah-buahan yang dipotong kecil dan disusun menarik untuk menggalakkan anak makan buah-buahan.

# Gantikan air kordial dengan jus buah yang diproses sendiri. Melalui cara ini, anda dapat mengawal kandungan gula dan menggalakkan pengambilan serat untuk si kecil.

No comments:

Post a Comment