Selulit
# Makanan pedas juga berpengaruh terhadap pembentukan selulit kerana toksin yang dihasilkan berkumpul dalam kelenjar lemak.
# Tekanan dan kurang rehat, menyebabkan kelenjar turut tertekan, lalu menghalang kelancaran pembuangan bahan tidak diperlukan tubuh.
# Menyahkan selulit, boleh dijayakan dengan melakukan senaman, banyakkan mengambil air suam dan kurangkan minuman berkafein dan beralkohol.
# Kurangkan pengambilan gula, mentega, lemak haiwan dan garam, sebaliknya banyakkan pengambilan protein, buah-buahan dan sayuran berwarna terang kerana ia mengandung antioksidan seperti mangga, bayam dan tomato.
# Selulit lebih pantas hilang jika melakukan senaman secara teratur kerana aktiviti berkenaan membantu membuang racun dan kelebihan lemak di bawah kulit.
# Hindari alkohol, minuman berkafein, sebaliknya lebihkan pengambilan air kosong. Kombinasi kafein yang banyak dan duduk lama di kerusi menyebabkan aliran darah tidak lancar dan memudahkan penghasilan selulit.
# Kurangkan makanan bergula, garam dan berlemak. Sungguhpun ada produk makanan menyatakan kurang lemak, ia mungkin menggantikannya dengan gula.
No comments:
Post a Comment