Monday 4 May 2009

intim anda kepada si dia

Hubungan intim yang hangat bersama suami adalah saat-saat indah buat seorang isteri. Namun saat itu akan menjadi lebih indah dan intim jika anda tahu apa yang diinginkan oleh suami ketika bersatu dengannya.

http://api.ning.com/files/*mpdmyo75l00gk1uAsSdQz6lsw8kvgNgZ4AOnp6iVK8_/1621786258_dd2af46e5f.jpg

Sebagai seorang isteri tahukah anda dalam menjalin hubungan intim yang hangat? Apa yang perlu dilakukan untuk memastikan pasangan berasa kepuasan? Sentuhan bagaimana yang disukai?... ... Jom kita baca dan hayati di bawah ini

SENYAP ITU INDAH

Tidak ada yang menghairahkan seorang lelaki melainkan apabila melihat pasangannya membuka pakaian mahupun butang baju secara perlahan dan tanpa sepatah bicara. Dia pasti tidak akan sabar-sabar menarik anda dalam pelukannya.

SENTUHAN LEMBUT

Kelembutan sentuhan wanita menjadi harapan setiap lelaki. Kucupan yang lembut dan usapan yang halus menggunakan hujung jari mampu menggoda lelaki. Sentuhan ini termasuklah bahagian leher, lengan, dada dan peha lelaki

DORONGAN VISUAL

Sekali sekala kenakan pakaian di hadapannya. Lakukan secara tiba-tiba. Ia adalah salah satu cara lelaki menaikkan ghairahnya. Ramai wanita tidak menyedari bahawa dorongan seks lelaki disebabkan oleh rangsangan yang ditimbulkan secara visual terutama ketika wanita sedang mengenakan pakaian mahupun ketika selesai mandi.

BANGKITKAN SUASANA ROMANTIS

Lelaki dan wanita ketika bersama memerlukan suasana yang romantis. Selain daripada lilin dan alunan lagu-lagu klasik yang mendayu, suasana ini dapat dihidupkan dengan pemakaian bau-bauan seperti minyak wangi, wangian aroma terapi, losen yang harum dan selendang lembut yang dibiarkan menyentuh kulit lelaki. Ini pasti membuatkan suasana menjadi lebih romantis.

HADIAH SENSASI

Wanita dapat merangsang keinginan lelaki dengan hadiah yang diberikan. Bekas cakaran atau gigitan..love bite..( bagi menandakan kawasan..hehehe )yang ditinggalkan ditubuh akan membuat mereka terkenang kepada anda. Juga meninggalkan pakaian dalam seksi di tempat tidurnya akan membangkitkan kembali keghairahan.

MEMBUAT KEJUTAN

Lelaki akan sentiasa menginginkan diri anda sekiranya anda sentiasa membuat kejutan dari masa ke semasa. Ini temasuklah membuat perubahan dari segi penampilan. Jika di tempat tidur sesekali kenakan pakaian yang jarang.singkatseksi dan menampakkan bahagian bonjolan tubuh.

RANGSANG DENGAN BAHAGIAN TUBUH

Kulit dalam bahagian peha wanita mampu merangsangkan lelaki kerana ia lembut dan halus. Apatah lagi bila disentuh, kesannya membuat wanita kegelianini menjadikan lelaki merasa lebih mancho!

SECEPAT KILAT

Bila ingin lelaki cepat ghairah, sekali-sekala bolehlah anda mengambil tindakan yang agak agresif, agak kasar dam macho. Tarik si dia ke sofa dan bertindak secepat kilat..tenguk reaksi dia.

RAMBUT TERURAI

Terutama apabila anda berada di atas tubuhnya. Rambut yang terbiar terurai akan menyapu tubuhnya dengan perlahan lantas membangkitkan ghairahnya. Begitu juga dengan sentuhan dibahagian putingnya... Usapan lembut akan memberi ghairah yang tidak terperi.

TATAPAN MATA

Tatapan yang mempersonakan dan penuh perasaan kasihsayang terhadap lelaki cukup untuk menggambarkan perasaan wanita terhadapnya. Tidak perlu diungkapkan dengan kata-kata. Apatah lagi pandangan tersebut adalah pandangan yang penuh keikhlasan, redup dan penuh pesona.

HINDARI DARI MENYENTUH KELEMAHANNYA

Bagi mengelakkan hubungan intim menjadi kurang menyenangkan, jangan sentuh kelemahan yang ada pada tubuh suami. Tumpukan pada bahagian tubuh yang bidang, lengannya yang sasa atau bahagian lain yang menjadi kebanggaannya.hehehe.


Free Signature Generator

No comments:

Post a Comment