Tuesday, 26 May 2009

Panduan mengasuh anak

Sewaktu kecil, adakah anda seorang penakut? Apakah yang anda bayangkan hingga menjadi punca anda penakut?

Ketakutan pada kanak-kanak adalah perkara normal, namun perasaan itu tidak seharusnya keterlaluan hingga membataskan pergerakan dan menyusahkan orang lain.

Cuba imbas kembali memori zaman kanak-kanak. Apabila kita takut dan minta ditemani oleh adik-beradik, ibu atau bapa akan berkata: “Apa yang ditakutkan? Dalam rumah sendiri pun takut, bukan di luar rumah.” Ayat itu biasa didengari sewaktu kecil dan membuatkan kita terfikir, ada benarnya kata-kata berkenaan.

Membayangkan perkara bukan-bukan membuatkan seseorang itu takut. Sewaktu kecil, penulis paling takut duduk berhampiran pintu bilik yang ditabiri langsir kerana sering membayangkan ada tangan ghaib dari dalam bilik itu akan mencengkam tangan erat penulis.

Meneliti forum keibubapaan di Internet, ternyata kebanyakan ibu bapa sering berdepan masalah anak yang penakut dan sering minta ditemani.


Antara komen ialah anak minta ditemani untuk ke bilik air, bilik tidur, tingkat atas rumah atau memberi pelbagai alasan jika disuruh mengambil barang di ruang yang jauh dari tempat keluarga berkumpul.

Malah, ada anak yang cuba melawan rasa takut pergi sendiri ke ruang dalam rumah, misalnya untuk mencuci tangan di singki dapur, tetapi sambil itu masih tertinjau-tinjau dengan harapan ibu melihatnya dari jauh.

Kebanyakan anak juga takut tidur seorang diri walaupun sepatutnya sampai masa untuk mereka tidur di bilik sendiri. Apabila diselubungi rasa takut, anak mengharapkan ibu bapa sebagai tempat untuk berlindung.

Jika anda dapat mengurangkan rasa takut, urusan menjadi lebih mudah kerana tidak perlu menemaninya di dalam rumah sendiri.

http://www.leftyparent.com/blog/wp-content/uploads/2009/04/children-playing.jpg

Beberapa tip yang dikutip daripada pengalaman ibu bapa dalam forum di Internet boleh dijadikan panduan ibu bapa dalam menangani masalah ini:

# Usah memomokkan anak dengan hantu, menceritakan kisah hantu atau bersama menonton cerita hantu. Bercerita kisah seram memang menyeronokkan dan perasaan ingin tahu mengenai kesudahan cerita begitu menebal.

Namun, ia akan membuatkan seseorang itu teringat-ingat kisah berkenaan dan menjadi igauan ngeri kepadanya. Terlalu banyak cerita seram di televisyen turut memberi kesan buruk kepada kanak-kanak kerana menyebabkan mereka menjadi penakut.

# Ketika mahu melatih anak tidur seorang diri dalam biliknya, ibu bapa perlu menemani anak sehingga dia tertidur, baru tinggalkannya sendirian.

# Sebelum itu, ingatkan anak supaya berwuduk dan menunaikan solat dan selepas itu anda dan anak bersama-sama membaca doa tidur dan ayat al-Quran bagi menghindar gangguan syaitan.

Beritahu anak, tiada apa perlu ditakutkan dan Allah lebih berkuasa daripada segala makhluk serta sentiasa memelihara hamba-Nya.

# Ingatkan anak supaya membaca ayat al-Quran jika dia berasa takut bagi melawan rasa takut itu.

# Ketika melatih anak tidur sendirian, renggangkan pintu bilik anak dan buka lampu tidur, tetapi jangan sampai cahaya lampu berkenaan boleh timbulkan bayang yang menakutkan.

# Cipta suasana nyaman di bilik tidur anak, sesuai dengan daya imaginasi dan keinginannya. Suasana bilik yang ceria dan menarik mampu membuatkan anak selesa dan tidak dibayangi ketakutan atau melayan imaginasinya yang bukan-bukan.


Free Signature Generator

No comments:

Post a Comment