Saturday, 16 May 2009

Tips memakai sandal

* Apabila anda memakai sandal pusat perhatian atau tumpuan utama adalah kaki kerana hampir sebahagian besar kaki anda akan terdedah. Oleh itu pastikan jari kaki dan sekelilingnya tampak bersih dan sebelum keluar dengan menggunakan sandal sebaik-baiknya lakukan perawatan pada kedua-dua kaki.

http://static.guim.co.uk/Guardian/lifeandhealth/gallery/2007/jul/05/fashion/sandal-3299.jpg

* Sandal tidak sesuai dipadankan dengan jeans baggy atau pun skirt paras lutut. Justeru, untuk tidak kelihatan jelek elakkan memakai kedua-dua pakaian berkenaan. Sebaliknya untuk tampak lebih anggun dan feminin, padankan dengan skirt bergaya labuh sekurang-kurangnya bawah paras lutut.

* Elakkan memakai stokin atau legging hanya kerana ingin menyembunyikan bentuk kaki yang besar. Pemakaian stokin atau legging boleh menyebabkan penampilan anda kelihatan begitu pelik. Jadi, antara cara untuk ‘menyembunyikan’ bentuk kaki besar anda ialah memakai sandal yang berukuran tapak lebar.

* Jangan terlalu banyak memakai aksesori apabila memakai sandal. Pemakaian sandal lazimnya bertujuan ingin berpenampilan kasual. Sebaik-baiknya, pilihlah aksesori yang sesuai dengan keperibadian anda seperti rantai, anting-anting atau gelang.


Free Signature Generator

No comments:

Post a Comment