Saturday, 4 April 2009

Belajar kemut faraj

Kemutan faraj yang berkesan akan memberikan kenikmatan yang tiada terhingga semasa melakukan jima’. Ia akan dinikmati bukan sahaja oleh suami malah juga oleh isteri . Boleh dikatakan semua wanita tahu apa itu kemutan faraj dan boleh mengemut, namun kemutan yang tidak terlatih mengikut cara yang betul, tidak bertenaga dan kurang punyai kesan yang dinyatakan diatas.

Di Benua Afrika, ada satu kaum dimana para wanita yang telah pun berkahwin melatih anak-anak dara yang bakal pengantin akan cara-cara mengemut. Ia satu ilmu yang mempertingkatkan daya kemutan otot-otot faraj agar boleh dikecutkan dan mencerut batang dan kepala zakar suami dan menolong agar suami lebih lambat memancutkan mani dan lebih sayang kepada isteri kerana pandai dalam memuaskan menerusi cara kemutan.

Latihan mengemut faraj ini dilakukan secara sedar,iaitu dengan berlatih 20 kali kemutan setiap hari,selama sebulan penuh.

1 . Latihan Kemutan Luar
Ia adalah kemutan ototyang dipanggil Bulbo Cavernosus. Otot ini terletak di kiri serta kanan liang faraj. Bila ia menguncup, maka lubang faraj akan terpicit dan hampir menutupnya. Otot ini berfungsi sama seperti bibir apabila hendak bersiul. Bulbo Cavernosus adalah otot pertama yang hendak dihidupkan menerusi latihan ini. Ia juga dipanggil Otot Pengemut Faraj. Latihan ini juga akan menghidupkan otot kedua iaitu otot pengemut saluran kencing.

Cara yang perlu dilakukan ialah, cuba tumpukan perhatian seolah-olah mahu menahan kencing, iaitu menarik otot punggung kedalam. Latihan ini diulang 20 kali sekurang-kurangnya dengan sedaya upaya dan penuh kosentrasi serta manahan kemutan itu selama 7 saat pada setiap kali dilakukan.

2 . Latihan Kemutan Dalam
Latihan ini melibatkan 3 otot utama, iaitu otot Pubococcygeus, Olliococcygeus dan Puborectlis. Ia bermula dari dubur ke kawasan ari-ari dan mengelilingi kawasan dalam faraj. Bila otot itu mengecut, ia menarik dinding faraj dan memicit zakar. Kumpulan otot ini adalah kuat dan dapat memberikan keseronokan jika digunakan dengan baik.

Caranya ialah, lakukanlah seolah-olah mahu menahan dan mahu memasukkan semula tahi kedalam dubur. Ulang 20 kali dan buatlah setiap hari selama beberapa minggu.

Suami digalakkan mengajarkan ilmu kepada isteri kerana faedahnya besar untuk kebahagiaan rumah tangga. Bincangkan perkara ini kepada isteri agar dia mengetahuai dan mempraktikkannya.

No comments:

Post a Comment