Wednesday, 8 April 2009

cinta di kamar



Hubungan intim tidak akan berlaku dengan sendirinya dan ia harus dicipta oleh pasangan.
PENCAHAYAAN berupaya menyeimbangi suasana romantik bagi kedua-dua pasangan.


"PENAT dan tidak bertenaga, apalagi setelah seharian bekerja." Itulah antara kata-kata yang sering menjadi alasan bagi pasangan suami isteri dalam menjalin hubungan intim. Padahal kemesraan perkahwinan perlu dipelihara.


Tatkala melihat si suami terbaring di atas sofa, tidakkah tercalit secebis keghairahan untuk berkasih-kasihan dengannya?


Ternyata, menerusi tinjauan yang dilakukan oleh laman web mydeco.com, sebanyak dua perlima responden yang terdiri di kalangan wanita memilih untuk membaca buku, satu lima daripadanya lebih gemar menonton televisyen, manakala lapan peratus memilih untuk berdua-duan dengan pasangan sebelum tidur.


Menurut seorang ahli psikologi tingkah laku Britain, Dr. Linda Papadopulus, masalah itu timbul disebabkan pasangan gagal mencipta suasana yang boleh membangkitkan keinginan seksual mereka.


Seharusnya mereka mengenakan pakaian yang seksi sewaktu di kamar tidur dan mengaturkan langkah baru mengenai cara membuat hubungan intim pada malam hari.
"Menerusi kajian yang dijalankan, kami mendapati kebanyakan pasangan lebih mementingkan hal berkaitan soal kerjaya dan anak-anak.


"Faktor ini menyebabkan mereka berasa terlalu tertekan akibat bebanan yang harus dipikul. Kami tidak lagi mendapati seks menjadi perkara penting dalam acara dinihari," katanya.
Padahal, kata Papadopulus, hubungan intim tidak akan berlaku dengan sendirinya dan ia harus dicipta pasangan.
"Masalahnya, tidak ramai isteri yang berusaha atau memikirkan sesuatu untuk mengubah konsep pada ruang kamar mereka," katanya.


Tambah beliau, warna-warna yang berhubung dengan aspek keghairahan adalah menjadi pilihan yang tepat. "Sebut saja warna merah yang seksi seperti sehelai kain cadar sutera, tilam dan langsir, pastinya akan mencipta atmosfera seksualiti yang lebih ideal," jelasnya.


Mengubah ruang tidur kamu semata-mata kerana ingin mengembalikan nafsu cinta berdua sudah menghuraikan satu pesanan yang jelas kepada pasangan bahawa kamu sedang berada dalam suasana keintiman.


Tip daripada Papadopulus:


1. Bangkitkan suasana pencahayaan bercinta di kamar beradu. Kamu tidak perlu membuat perubahan besar terhadap konsep dan susun letak perabot, cukup sekadar meredupkan cahaya lampu.


2. Ketahui perkara yang telah dicapai. Tanya sejauh mana perasaan, kepuasan hati dan kekhuatiran sepanjang mendirikan rumah tangga. Berbual pada waktu petang adalah masa paling sesuai untuk kamu berdua mencipta komunikasi lebih berkesan.


3. Sentiasa mengemas bilik tidur kamu bukan semata-mata untuk hubungan intim dan waktu tidur. Jadi, singkirkan perkara yang boleh menjauhkan kamu daripada melakukan hubungan seks. Contohnya, hal berkaitan pekerjaan, komputer dan rancangan televisyen.


4. Beristirehat sejenak dan tumpukan perhatian kepada diri sendiri dengan melakukan sesuatu yang kamu nikmati. Contohnya, menyegarkan tubuh atau menyapu lulur di badan. Cara sebegini dapat membangkitkan keghairahan ketika bersama pasangan.


5. Jangan membuatkan si suami berasa tidak selesa dengan dekorasi yang ditampilkan di ruang tidur. Tiada siapa pun yang inginkan dirinya berada di bawah pengawasan foto-foto yang dihiasi di segenap dinding kamar.


6. Hindari daripada menikmati hidangan sehingga membuatkan perut berasa kenyang sebelum tidur. Situasi sebegitu sememangnya tidak akan membuatkan kamu mencipta ketenangan.


7. Menikmati makan malam bersama sambil mendengar lagu santai atau menatap foto-foto lama anda berdua sebelum menuju ruang tidur untuk bermesra.

No comments:

Post a Comment