Thursday 16 April 2009

Panduan memilih kasut



# Pilih kasut selesa atau bersesuaian dan bukan untuk bergaya atau cantik semata-mata. Kesilapan memilih kasut merosakkan mood dan gaya si pemakai.

# Tentukan saiz anda. Jika anda menggunakan saiz 9, jangan sesekali menggunakan saiz lebih kecil atau besar kerana ia memberi kesan kepada kaki.

Saiz kecil membuatkan kulit sakit dan kesan lain kepada tubuh dalam tempoh jangka panjang.


# Kajian mendapati 80 hingga 90 peratus orang dewasa di Malaysia menderita akibat sakit kaki.

Sesetengah menderita masalah kaki serius seperti sindrom kaki diabetik atau reumatisme. Ini berpunca daripada memilih kasut yang tidak sesuai dengan bentuk kaki.

# Jika anda mempunyai kaki pengkar atau kaki bengkok ke dalam, pastikan kasut dipilih tidak memberi kesan kepada anggota badan lain.

Dapatkan nasihat pakar kasut sebelum memilih kasut.

# Simpan di rak yang bersesuaian untuk mengelak habuk pada kasut. Sesetengah orang akan menyimpan kasut di tempat tertutup sama ada dimasukkan ke dalam kotak sebelum disimpan di atas rak.

Bagi mengelak bauan, sentiasa pastikan kasut itu terbuka dan lap selalu.

# Bagi wanita, jangan terlalu memilih kasut terlalu tinggi sehingga melebihi empat inci kerana ia langsung tidak bersesuaian dengan keadaan diri mereka.

Ia boleh menyebabkan masalah sakit kaki atau sakit belakang kerana ia boleh menyebabkan postur badan anda bermasalah.

# Kasut terlalu tinggi mendatangkan masalah kepada buku lali, tapak kasut pula diperbuat daripada getah dan tidak mempunyai gigi akan menyebabkan si pemakai rasa tergelincir atau melungsur atas permaidani.


Free Signature Generator

No comments:

Post a Comment