DALAM keadaan ghairah dan berahi, rangsangan seksual berlaku dan dalam masa cepat banyak darah masuk ke dalam liang otot zakar.
Ia membuatkan ruang tisu otot mengembang lega untuk pengaliran kemasukan darah yang banyak ke dalamnya supaya zakar mengembang, membesar, memadat dan sesuai untuk hubungan penetratif.
Jika lelaki itu amat terangsang, proses ‘tumescence’ atau pengembangan dan kekerasan zakar berlaku dengan cepat. Jika perasaan rangsangan itu tidak seberapa, proses ini lembab dan kadangkala memerlukan bantuan seperti merangsang dulu anggota sulit.
Bagi lelaki yang masih muda, kekurangan rangsangan bukan kerana kurang tahap hormon testosterone. Bagaimanapun, jika satu ketika dulu dia aktif dalam sukan dan kini tidak lagi, berkemungkinan ini menjejaskan daya syahwat.
Seseorang itu memerlukan daya atau stamina dan tenaga supaya tindak balas rangsangan seksual berjalan lancar dan mudah mencapai ereksi, menjadikan otot padat serta mudah disalurkan ke dalam faraj.
Selain kemampuan fizikal, amalan tidak sihat seperti merokok menjejaskan fungsi ereksi. Apabila kembali aktif dalam sukan atau mula melakukan aktiviti fizikal berkala, fungsi syahwat kembali seperti dulu.
Selain itu, apabila mula melakukan senaman ‘kegel’ atau kemutan seperti mencengkam otot lubang kencing dan lubang anus (lubang salur najis) secara berkala, otot itu menjadi langsing dan kukuh.
Ketika ereksi, anda boleh tingkatkan tahap dan kepadatan ereksi dengan mengemut ketika melakukan penetrasi dan kemut ketika bergerak dalam corong faraj. Senaman kegel boleh mengukuhkan fungsi ereksi sepanjang hayat jika anda lazim mengamalkannya.
Apabila ereksi mengendur, ia memberi tekanan kepada pangkal zakar, lebih-lebih lagi jika ereksi anda besar dan berat. Dalam keadaan itu ereksi hilang daya ketegangan.
Ini berlaku kerana darah dalam otot zakar keluar dari otot pengembang berikutan kelemahan daya untuk mengekalkan darah dalam ruang otot pengembang.
Keadaan ini dapat diatasi apabila melakukan senaman kegel atau kemutan secara cergas dan berkala untuk meningkatkan daya kemutan supaya anda dapat mengekalkan darah dalam otot zakar dan membuatnya kekal padat.
Fenomena darah tercicir keluar dari otot pengembang atau istilah ‘venous leak’ perkara biasa untuk lelaki yang mempunyai zakar besar dan panjang yang otot kemutnya kurang daya.
Jika senaman kemut atau kegel diamalkan secara berkala, masalah itu dapat dibendung. Ada sebilangan lelaki yang mengalami masalah itu menggunakan alat seperti getah penahan yang dipasang ke pangkal zakar ketika ereksi berlaku supaya darah dapat ditahan dan dikekalkan dalam zakar.
Membelai zakar dengan krim perapi anggota sulit seperti krim ‘virile’ dapat membantu meningkatkan daya ereksi apabila ketika menggunakan krim dan mengurut hujung zakar secara lembut dilakukan, lelaki itu juga melakukan senaman kemut.
Dengan herba pengembang yang ada dalam krim itu, tisu pengembang menjadi lebih mantap dan senaman kegel yang dilakukan sekali harung dapat membantu mengekalkan daya otot dan secara langsung membantu mengekalkan daya ereksi.
Amalkan gaya hidup sihat, jaga berat badan, lakukan senaman berkala dan elak merokok. Apabila kesihatan sempurna, fungsi tubuh badan termasuk rangsangan dan fungsi syahwat akan sempurna.

No comments:
Post a Comment