Sunday, 26 April 2009

Tabiat pemakanan kita: Adakah sihat??

Malaysia merupakan salah satu daripada syurga makanan di dunia. Kehebatan masyarakat kita dalam menilai makanan memang tidak dapat dinafikan lagi. di sini, saya ingin berkongsi bagaimana corak pemakanan masyarakat kita. Cuba kita lihat, berdasarkan pemerhatian saya selama ini, rakyat Malaysia mempunyai tabiat makan yang sangat pelik dan amat tidak menyihatkan.

Pada waktu pagi, apa yang biasanya kita semua makan? Semestinya roti canai, mee goreng, nasi goreng, kuih, dan juga nasi lemak. Makanan tersebut memang mempunyai kandungan lemak dan gula yang sangat tinggi.

MAKANAN KITA, KESIHATAN KITA

Pada waktu tengah hari pula, kita akan makan nasi. disertakan pula dengan ayam goreng, patin gulai tempoyak, tak makan sayur, dan juga bandung cincau. makanan tersebut sememangnya sedap namun mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi juga. Kenapa tidak minum saja air suam?

BUAH-BUAHAN. KESIHATAN KITA

Waktu petang pula, kita ke gerai di tepi jalan. beli pula pisang goreng dengan keropok lekor. Minum plak air kopi atau teh kat rumah dengan Keluarga. Sekali lagi kita masukkan gula dan kolesterol ke dalam tubuh kita.

Waktu malam pula, sekali lagi kita ke kedai mamak atau kedai makan yang popular. Makan pula makanan yang bergoreng seperti Nasi goreng, mee goreng, dan juga Tom Yam campur. Masuk la lagi kolesterol tu dalam tubuh kita. Taram je la. janji sedap kan. bagi yang bujang yang dah semakin kering lak, makan la megi yang direndam dengan air panas jer. Fuh, menusuk ke kalbu.

Tengah malam pun makan juga. pergi lagi ke kedai mamak. Makan roti kosong, roti telur, nasi lemak, dan bagi yang lapar lagi, taram la nasi dengan ayam goreng. Memang betul-betul tidak berkhasiat. Balik jer ke rumah, terus tidur.

KuEh MuEh

Makanan yang kita makan dari hari ke hari memang membantu memendekkan umur kita. Ini kerana kandungan lemak, gula, garam dan kolesterolnya sangat tinggi. Cuba kita ubah gaya pemakanan kita dengan memakan sayur-sayuran, buah-buahan dan juga dengan meminum air suam. Dengan ini, ianya dapat membantu kita dalam menempuhi hari-hari yang mendatang dengan tenang dan sihat.

BERSAMA MENGAMALKAN KEHIDUPAN YANG SIHAT

ihsan : tenagadalaman.wordpress.com
Free Signature Generator

No comments:

Post a Comment