Bentuk tubuh yang ramping dan proposional sering menjadi contoh di dalam berpakaian. Selain dilihat cantik, tubuh sedemikian mudah menggayakan apa jua fesyen.
Tetapi bagaimana untuk wanita yang berpinggul lebar dan mempunyai lemak di perut? Cuba semak tips 'ya' dan 'jangan' di dalam berpakaian.
'YA" -Gayakan seluar yang tidak memiliki details pada bahagian perut dan pinggul (flat front pants). Seluar gaya ini akan melangsingkan bahagian pinggul dan perut.
-Skirt panjang yang tidak begitu ketat dengan belahan di tepi atau skirt bahagian tulang pinggul dan panjang sehingga ke lutut dapat menyembunyikan bentuk pinggul anda yang lebar.
-Untuk jaket dan blaus, potongan lurus tanpa kolar dan panjangnya menutupi pinggul. Biarkan kancing atau zipnya terbuka.
-Jika anda menyukai bahan bercorak, pilih corak yang kecil-kecil misalnya kotak kecil atau motif bunga yang kecil dan rapat. Untuk motof garis, pilih vertikal (menegak) untuk kesan ramping.
-Warna gelap seperti hitam dan biru gelap dalam nada monokramatik akan membantu memberi efek ramping.
'JANGAN' -Hindari memakai seluar dari bahan elastik serta seluar yang mempunyai poket kerana ia akan menjadikan pinggul dan perut nampak lebih besar.
-Jangan masukkan baju (tuck in) kerana ia akan menjadikan pinggul anda kelihatan lebih besar. Manakala, wanita yang mempunyai perut buncit jangan memakai baju yang ketat tanpa memasukkan baju tersebut (tuck in).
-Ucapkan selamat tinggal kepada skirt yang ketat dangan potongan lurus atau memberi penekanan kepada pinggul dan perut.
-Hindari motif besar dan horizontal (melintang).
-Jangan berhenti bersenam dan jaga pemakanan untuk mendapat tubuh yang lebih cantik dan sihat. |
No comments:
Post a Comment